Friday, March 25, 2011

YU PARI MONSTER @ PANTAI PASIR BEDENGUNG

Khamis 24.3.2011 malam...antara yang turun bermalam mensurf cast di PANTAI PASIR BEDENGUNG terdiri dari Majidi, Madi, Jaki dan Imun bersama dengan 2 orang juniornya lagi. Pada jam 11 malam, pancing Imun telah kena strike dengan tarikan yang ganas dipercayai ikan monster menyebabkan kail surf Imun melantur macam C. Mula-mula Majidi mengambil kesempatan untok melayan tarikan ikan tersebut disebabkan ngaleh terpaksa tah pass lagi arah Madi tetapi sayangnya ikan berjaya melepaskan diri disebabkan hooknya patah. Setelah lama menungu tidak ada strike, masing2 pun mengambil masa untok berehat di pondok yang telah di buat oleh Majidi. Pada subuh jam 1 pagi, masing-masing pun sibuk kan mengganti umpan, oleh kerana kelalaian tidak disangka, rupa2nya kail Majidi telah pun hilang hanyut ditarik oleh ikan dan pada masa yang sama kail Imun sekali lagi menerima strike hebat dan kali ani dilayan oleh Junior Imun pada mulanya dan selepas atu Majidi lagi mengambil alih kerana junior Imun tidak mampu melayan disebabkan tarikannya terlalu kencang. Tidak lama kmudian kail berpindah tangan lagi kepada Jaki dan setelah lama bermain Jaki pun nda sanggup lalu dibagi kail tersebut kepada Madi apalagi berhempas pulas lah kan menaikknnya dan akhirnya yu pari berat 11 kg pun berjaya ditewaskan, tapi tidak disangka2 bukan kail Imun yang mengena tetapi kail Majidi yang hanyut sebenarnya yang hookup disebabkan main line Imun bekulut dengan batu kail Majidi.... apa-apa pun tahniah kepada semuanya yang berkerjasama menewaskan yu pari monster atu....baru ya pancing beganti-ganti "JANGAN NDA PECAYA TU..."

No comments:

Post a Comment