Monday, January 31, 2011

MEMBULI WAA DALAK @ BILAKANG PANGKALAN BATU

Isnin 31.1.2011 jam 5.45 petang, aku turun mendalak kan mentest lure Bully Waa dan spool Stradic baruku bali dipadankan dengan braided line 14lb Rapala Titanium di bilakang Pangkalan Batu selepas dari mengambil anak sekolah. Baru jua beberapa minit cast, seekor dalak berhasil dibully waa...... selepas atu hujan labat pun turun dan terpaksa tah aku balik saja hehe....

Lure katak BULLY WAA berhasil membuli dalak ani sampaikan dalak atu membulinya balik hehe....

MENOMANLAK BERAKSI KEMBALI...@ EPM

Sabtu 29/01/2011 jam 06.30 pagi, operasi menjejaki tomanlak di EPM bermula lagi tapi kali ani menggunakan perahu milik Capt Kiong aka Sabat yang baru siap diubah suai untok mengambil alih operasi menomanlak perahu milik Khairul yang sudah pun dijual. Masih jua Capt Asat Albab sebagai jurupandu dan diikuti oleh Roy aka Marak sama Hj Pangan aka Piyambut. seperti lazimnya operasi menjejaki tomanlak pun diteruskan dan dalam beberapa jam operasi dijalankan, tiba-tiba lure milik Roy kena strike oleh seekor toman dianggarkan beratnya dalam 3 ke 4kg tapi sayangnya toman berjaya melepaskan diri. Capt Asat Albab dan Piyambut cuma beberapa kali miscall saja. Jam 12 tengah hari operasi pun direhatkan buat seketika menghilangkan penat lelah dan seterusnya mengisi perut yang telah bekeroncong dan dalam pada masa yang sama durang mengambil kesempatan membottom beumpankan hati ayam. Baru jua dalam beberapa minit membottom Piyambut telah berjaya menaikkan seekor toman. Nda lama selepas atu Roy lagi berjaya menaikkan seekor dalak yang disangkakan toman pada mulanya manakala Capt Asat cuma misscol saja.
Tepat jam 2.00 petang sesi sebelah petang pun diteruskan lagi dan setelah dalam beberapa jam menjejaki tomanlak Capt Asat akhirnya berjaya menaikkan seekor toman dan sekali ugat (lepas) manakala Roy dan Piyambut cuma ugat (lepas) dan miscall saja,TAHNIAH semuanya..

2 EKOR DALAK TUMPAS LAGI @ BILAKANG UMAH GIRIN

Sabtu 29.01.2011 petang, Emi yang baru jua start bercuti dari berkerja terus melepaskan geram di lubok bilakang umah Girin dan berhasil menaikan 2 ekor dalak sekaligus renew sudah lesen dalaknya tahun ani, Tahniah Emi... Dalak saiz S merupakan lesen pertama diperbaharui walaupun baru balik dari bertugas tarus mendalak tia dan masa ani baru kan start bercuti...

Saturday, January 29, 2011

2 DAPAT 1 TERLEPAS @ LUBOK SP GRUB

Sabtu 29.1.2010 jam 5.15 petang, selepas mengambil anakku sekolah ugama aku mengambil kesempatan untok mendalak di lubok SP GRUB sebelum mengambil anakku lagi balik dari sekolah menengah jam 5.30 petang. Lure SP Grub yang ku taruhkan kali ani membuahkan hasil 2 ekor dalak dan 1 ekor terlepas pada strike ke3 selepas membuat akrobatiknya yang mana 2nd strike nyaris2 terlepas jua setelah membuat akrobatiknya dan setelah sampai di darat baru tah lure sp grub ku terlepas dari mulutnya, nasib jua naik sudah hehe.... 1st strike hookup tuh....uleh SP GRUB ku..

DALAK 2 VS BULAN-BULAN 3 @ DI SIBILAH 5 STAR

Jumaat 28.1.2011 pukul 3.30 petang, Babah, Hj Fadil dan Rawi bekas anak murid Hj Fadil turun cast di lubok 5 star. Dalam 2 ke 3 minit cast..lure milik Babah (sp mimic minow) kena strike tapi sayanghnya terlepas tapi pajal punya pajal akhirnya bulan2 pun tewas merupakan 1st lesen tahun ani. Nda lama selepas atu naik lagi bulan2 yang ke2.
Manakala Hj Fadil pun naik jua bulan2 merupakan 1st bulan2nya tahun ani menggunakan skitter pop rapala..selepas atu di tukarnya lagi lure menggunakan scum frog tujuan kanb mendalak dan nda sia2 menukar lureh 1 ekor dalak.
Last2 minit sp mimic Babah kena strike yang mana pada awal2nya cuma misscol saja uleh dalak, sudah dicuba berkali-kali baru tah dalak berjaya dinaikkannya merupakan dalak yang ke13 lagi buat Babah manakala Rawi cuma misscol saja, tahniah Babah dan Hj Fadil..

DALAK FIKIR TOMAN @ LUBOK KALBAT

Jumaat 28.1.2011 jam 6.30 pagi, Babah sudah mula cast di lubok Kalbat konon2nya kan mengintai toman. Dalam 30 minit cast, lure katak bully waa miliknya kena strike yang pada mulanya dipikir2kan toman tapi rupa2nya dalak merupakan dalak yang ke12 baginya tahun ani..tahniah Babah.

3 EKOR DALAK TUMPAS @ LUBOK BULA

Khamis 27.1.2011 petang, Boy Sangkut cast di lubok Bula macam biasa kan mencuba nasib yang mana Babah sudah pun awal sampai di sana tapi nda ada dalak yang sudi menyambar katak Babah. Walaupun Boy Sangkut akhir datang namun nasibnya baik kali ani baru jua beberapa minit cast sudah lureh 3 ekor dalak menjadikan dalak yng ke 12 untuk tahun ani, tahniah Boy.

Thursday, January 27, 2011

MINAN AKA DUKUN12 VS TOMAN 7.5KG @ EPM

Rabu 26.1.2011 pagi, Minan aka dukun12 dan Salehen aka rambo rakan menomanlak durang Asat Albab sama Hj Pangan kali ani turun bedua saja di EPM. Baru saja cast dalam 10 minit, Minan berjaya menaikan seekor toman monster berat 7.5 kg manakala Salehen cuma berberapa kali ugat dan misscol, Tahniah Minan dengan toman monster atu....memang terkaran berabis tu geng....

Wednesday, January 26, 2011

MASIH ADA PENGHUNI LAGI... @ LUBOK TERHAPUS

Selasa 25.1.2011 petang Jaki, Madi, Rony dan Noorsham(Ebol) turun mengasting di lubok Terhapus memandangkan lama sudah tidak diterokai maka durang pun mencuba namun tidak menghampakan, Noorsham telah berhasil menaikan seekor dalak merupakan lesen pertama baginya. Manakala Ronie, Madi dan Jaki cuma ugat saja. Tahniah Sham dapat lesen dalak atu.....

Monday, January 24, 2011

TOMAN 2 VS DALAK 6 @ EPM

Sabtu 22/0l/2011 jam 07.00 pagi, operasi pemburuan tomanlak bermula lagi diEPM yang dianggotai uleh Capt Minan aka Dukun12, Asat Albab dan Ronie aka Sintak. Dalam beberapa jam operasi dijalankan, Capt Minan berjaya menaikkan 2ekor dalak dan beberapa kali ugat (lepas) manakala Ronie betul2 ada heng yang mana berjaya menaikkan 3ekor dalak, seekor toman dan beberapa kali ugat (lepas).
Tidak ketinggalan jua Asat Albab berjaya menaikkan seekor dalak dan seekor toman berat 3.5kg uleh membottom ketika berehat tengah hari dan mengambil kesempatan untok membottom. TAHNIAH semuanya..

6 ekor dalak dan 2 ekor toman tewas kali ani di EPM....

Sunday, January 23, 2011

TOMAN KELAPARAN @ LUBOK BUKIT SEPI

Ahad 23.1.2010 jam 5.30 petang, Hj Fadil dan Boy Sangkut memindah perahu milik Hj Fadil dari lubok teratai ke lubok bukit sepi yang mana sudah sekian lama jua nda melawati spot tersebut dan kebetulan masa atu aku ada acara dirumah dan setelah selesai dalam jam 5.45 petang baru tah aku join durang yang mana Hj Fadil sudah pun belureh seekor toman menggunakan lure katak buyunnya yang disambar tarus baru jua beberapa minit cast sebelum aku sampai.Setelah aku sampai di sana tanpa membuang masa aku pun tarus memasang light set dan mempertaruhkan lure SP white rabbit dan beberapa kali cast, lure ku telah pun disambar toman tapi sayangnya cuma kana ekor SP ku saja sampaikan terputus bah digigitnya haha...macam chewing gum banar tu....manakala Boy Sangkut cuma misscol saja yang menggunakan lure katak SPRO, Tahniah Hj Fadil heng saja ni batah2 ani hehe...

DALAK ROY KE2 @ SG KELAKAS

Ahad 23.1.2011 jam 4 petang, Roy bersama Jaki, Kiong, Madi, Ibrahim dan Asat Albab turun mendalak di Sg Kelakas yang sudah sekian lama nda dikunjungi uleh durang ani walaupun spot tersebut berhampiran dengan tempat tinggal masing-masing dan percubaan kali ani telah berhasil yang mana cuma Roy saja berhasil menaikkan seekor dalak merupakan dalak yang ke2 baginya tahun ani, tahniah Roy..

KEJUTAN HARI JADI ASAT ALBAB

Hari jadi Asat Albab satu kejutan yang nda disangka2kan uleh Asat Albab pada hari selasa jam 8.00 malam pada 18/01/2011 yang telah dirancang uleh durang Roy, Jaki, Kiong, Madi dan Hj Pangan rancang tampa diketahui uleh Asat sempena hari jadinya yang ke tut..tut..tut..Hehe..Cuma Hj Pangan saja nda sampat begambar akhir sedikit datang atas sebab2 tertentu..
Bagi pihak member2 STA lain yang tidak mengetahui majlis ini sama sekali memohon kemaafan dan kesempatan ini saya wakil member2 STA ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN YANG KE......SEMOGA DIPANJANGKAN UMOR DAN DIMURAHKAN REZEKI DISAMPING KELUARGA YANG TERSAYANG AMIN........!

Saturday, January 22, 2011

BADUSLAK LUNCH @ LUBOK BULA

Sabtu 22.1.2010 tengah hari, tym rehat Babah dan Boy Sangkut mengambil kesempatan cast di Lubok Bula yang mana biasanya jelama yang lunch tapi kali ani durang yang membagi badus sama dalak lunch dengan hidangan katak bully waa Babah berjaya memperdayakan seekor badus sekali gus memperbaharui lesen badusnya tahun ani.
Manakala Boy Sangkut pun berjaya menghidangkan reins birik2nya arah dalak, ugat dan misscol ada 2 ke3 kali..terasa sudah kelaparan durang pun chow lah, Tahniah Babah dan Boy.

Friday, January 21, 2011

MENDALAK MASA BANJIR @ LAYONG

Jumaat 21.1.2011 jam 4 ptg, Madi dan Ronie aka sintak kan mencuba mengasting dalak di Layong walaupun masih lagi dalam(banjir) tetapi msih jua durang ani memajal. Berbaloi jua memajal durang ani dan cuma Madi saja yang belurih 2 ekor dalak 1x ugat dalak monster manakala Ronie 1x ugat sampai telangkang pemata katak mini frogienya dan 2x misscal... sabar saja Ronie masa masih ada selagi bercuti ani hehe... Jangan nda pecaya tym banjir nda bedalak haha...tahniah Madi..

SP MIMIC MINNOW,SP WHITE RABBIT & POPPER SPRO BERGABUNG MENDALAK @ LUBOK MISTERI

Jumaat 21.1.2011 jam 8 pagi, trip menjejak dalak bagi menduga lubok Misteri berhasil jua walaupun ada SP dan lure katak yang terkoban. 1st strike, Babah belureh 1 ekor dalak menggunakan lure SP baru dibalinya MIMIC MINNOW dan 2 kali kecundang uleh dalak hingga menyebabkan SP nya menyangkut, Tahniah Babah. 2nd strike, Boy Sangkut lagi punya giliran menaikkan seekor dalak lagi setelah 2 kali misscall dan akhirnya hookup jua menggunakan lure katak SPRO dan 1 lure SPRO nya terkorban, Tahniah Boy.Strike ke3, akhirnya aku pun menaikkan seekor dalak menggunakan SP WHITE RABBIT setelah 2 kali ugat dan 1 SP ku telah terkorban jua.Lure SP MIMIC yang baru sampai di Lun Fishing telahpun dicuba uleh Babah ternyata berhasil jua...
Manakala aku mempertaruhkan SP WHITE RABBIT dan berhasil jua baru jua menukar tarus kena strike setelah SP STORM ku terkorban.

DALAK SOLO @ BILAKANG BIRAKAS

Jumaat 21.1.2011 petang, Babah memajal lagi kan mendalak bersama Boy Sangkut dan Hj Fadil di Lubok Bilakang Birakas yang mana cuma Hj Fadil saja yang belureh seekor dalak kebetulan masa atu Babah dan Boy Sangkut berada jauh darinya terpaksa tah sendiri menggambar liat tah usulnya banar2 memigang dalak atu takut terlapas hehehe...Tahniah Hj Fadil.

Thursday, January 20, 2011

BULLY WAA VS REIN BIRIK-BIRIK @ LUBOK BULA

Khamis 20hb Januari 2011, jam 12.00, di antara yang turun di Lubok bula, Babah, Boy sangkut & Aadi Rilex mengambil kesempatan cast semasa rehat kerja yang mana Babah pembuka tirai belureh seekor dalak balum lama ia cast dengan menggunakan katak Bully Waa hitam. Selang beberapa minit giliran Boy sangkut kana strike dengan menggunakan Reins birik-birik. Inda lama lapas atu Reins birik-biriknya berjaya lagi memperdayakan seekor baby dalak..Udah last2 minit tym kan balik Babah pun inda jua ketingglan menaikkan lagi seekor dalak dengan munggunakan Reins birik-birik jua,...manakala Adi Rilex ugat dan miscol saja,sabar saja Adi alum rezeki,..jgn putus asa. Tahniah Babah n Boy Sangkut, memajal tuh.... tym rehat tengahari pun sampat casting..
Kandid...bahapa tah Boy Sangkut ani....mun kana gigit lidah atu baru tau haha.....

Wednesday, January 19, 2011

GRUB BAKAU TAHI CACAK TIPU DALAK DA...@ LUBOK SPINNER JANGGUT TEBABUT

Rabu 19.1.2011 jam 4.45 petang, selepas dari bertugas aku sama Babah test lure baru masing2 untok mendalak di lubok spinner janggut trbabut sebelum mengambil anak sekolah. SP GRUB yang ku taruhkan membuahkan hasil dengan seekor dalak macam biasa menerais jua spool pakai light set ani hehe.....manakala Babah menggunakn SP baru alum bernasib baik kali ani...Solid hookup toh fikirnya cacing banar bah hehe......
Lure Grub Bakau tahi cacak yang baru ku bali ani sudah berhasil untok percubaan pertama kalinya.

Tuesday, January 18, 2011

MENDALAK @ LUBOK 9

Selasa 18.1.2011 jam 830 pagi, Madi, Edin dan Khairul aka langkang turun mendalak di Layong uleh kerana keadaan air di sana terlalu dalam disebabkan kebanjiran dan strike pun nada jadinya durang pun pindah di spot seterusnya. Sampai saja di sana dalam jam 10 pagi ,durang pun mencari tempat masing2.. dan hasilnya ketiga-tiga durang belureh dalak 3 ekor seorang, jumlah hasil kesemuanya 9 ekor dalak. Jadinya madi dan Edin sekali gus memperbaharui lesen dalak masing2 manakala Khairul yang sudah belesen dalak sebelumnya, menjadikn lesen dalak yang ke 8 baginya kali ani...Madi nda dapat bergambar bersama disebabkan jadi tukang gambar saja hehe...Tahniah semuanya yang belureh..

BABAH BULLY DALAK WAA...@ LUBOK BULA

Isnin 17.1.2011 jam 5 petang, lure katak Bully waa itam milik Babah berjaya memperdayakan 2 ekor dalak di lubok bula yang mana baru jua 1st cast tarus kana strike dan selang beberapa minit kena strike lagi oleh dalak yang ke2, Boy Sangkut cuma misscol dan ugat saja. Tahniah Babah Bully Waa hehe....

LUREH DALAK SAJA @ EPM

Isnin 17/01/2011 jam 6.30 pagi, lagi operasi menjejaki tomanlak dijalankan diEPM yang diketuai Capt Asat Albab crewman Hj Pangan aka Piyambut dan Minan aka Dukun12. Cuma Minan saja yang berjaya menaikkan seekor dalak, 3x ugat (lepas) dan miscall manakala Asat Albab 2x ugat (lepas) toman monster dan Hj Pangan cuma miscall saja, TAHNIAH Minan, yang nda belureh jangan putus asa cuba lagi..

Monday, January 17, 2011

RENEW LESEN DALAK LAGI WALAUPUN BABY @ ULU TUTONG

Ahad 16/1/2011 jam 11 pagi, misi mendalak di Layong yang dianggotai oleh Roy aka Marak, Kiong aka Sabat dan Asat Albab. Walaupun keadaan cuaca hujan dan banjir namun masih jua memajal mendalak sehingga lebih kurang dalam 2 jam sudah mendalak namun nda berhasil dan durang pun berpindah ke ulu Tutong uleh kerana masa masih mengizinkan cuma cuaca masih hujan. Lebih kurang dalam sejam membarab cuma Kiong saja berhasil menaikkan seekor baby dalak tapi renew jua ulehnya lesen dalak walaupun mimit tu....hehe...TAHNIAH Kiong. Walaupun kebanjiran tapi masih tetap memajal jua mendalak di Layong.

Sunday, January 16, 2011

MENOMANLAK SELEPAS HUJAN @ EPM

Sabtu 15.1.2011 jam 7 pagi, walaupun hujan misi menomanlak masih jua lagi diteruskan di EPM antara yang beraksi Capt Asat Albab, Roy dan Amizul yang mana Capt Asat Albab berjaya menaikkan 1 ekor toman dengan kaedah cast dan 1 ekor toman lagi dengan kaedah bottom.
Roy berhasil dengan 1 ekor toman dan 1 ekor dalak manakala Amizul cuma misscol dan ugat saja misi berakhir pada jam 6 petang. Tahniah Capt Asat Albab dan Roy, buat Amizul tingkatkan usaha lagi hehe...
Misi menomanlak walaupun kehujanan namun berhasil jua dengan 3 ekor toman dan seekor dalak.

Saturday, January 15, 2011

1ST SP HINOMIYA VS 1ST DALAK 2011 @ LUBOK SPINNER JANGGUT TEBABUT

Sabtu 15.1.2011 jam 5.15 petang sebelum mengambil juniorku balik sekolah, sempat lagi mengambil kesempatan untok mendalak di lubok spinner janggut tebabut yang sudah lama tidak dilawati kebetulan spot tersebut berhampiran jua dengan sekolah juniorku. SP Hinomiya ku jadikan taruhan dengan menggunakan light setku lagi dan baru dalam 3x cast, seekor dalak telah berhasil diperdayakan dan sekaligus memperbaharui lesen dalak ku tahun ani...
Terkaran dalak lagi kali ani hehe.....1st tym dapat dalak menggunakan SP Hinomiya yang telahpun berjaya merenew lesen snakehead ku tahun ani..selepas sesi bergambar dalak tersebut ku lepaskan semula..

PANAS TERIK PUN MENDALAK MASIH @ LUBOK BULA

Jumaat 14.1.2011 jam 10 pagi, Babah sama Boy Sangkut turun mendalak lagi di lubok Bula dan cuma Boy Sangkut saja lureh seekor dalak kali ani manakala Babah cuma ugat saja, Tahniah Boy Sangkut...paluh2 udah dahi macam kepanasan saja haha....

Friday, January 14, 2011

TERKARAN ULEH BARAB TUH...@ ULU TUTONG

Jumaat 14.1.2011 jam 6.30 pagi, aku sama Madi sudah pun berada di ulu Tutong tujuan kan membarab yang mana sudah seminggu lebih nda turun menahan rasa kana racun uleh kawan2. Lure beracun ku taruhkan untok mentest namun nda ada strike lalu ku tukar lure rattlin strike pro albino warna putih dan baru jua sekali cast terus kena strike uleh barab, memang terkaran berabis tu....menggunakan light set 5lbs mengambil masa dalam seminit lebih pertarungan akhirnya seekor barab berat hampir mencecah 2kg iaitu kira2 berat dalam 1.8kg telahpun berjaya ditumpaskan merupakan barab yang ke3 bagiku kali ani. Nyaman jua rasanya sudah naik atu hehe...membari susah hati jua lantur2 rodku ulehnya tadi sampaikan hook lureku langkang dikerajakan uleh barab dan cuma tinggal satu hook saja yang masih terlekat dalam mulutnya....
Dalam masa aku proses sedang melepaskan lureku dari mulut barab tersebut, Madi yang menggunakan lure beracun telahpun menerima strike jua seekor barab berat dalam 500grms merupakan 1st lesen barabnya bagi tahun ani.
Anitah usulnnya, hookup pulang tapi salah satu hooknya sudahpun langkang uleh barab ani dan cuma satu hook saja yang masih menyangkut dimulutnya...set 5lbs memang terrrrkarrran berabis tu.....
Lure beracun yang digunakan uleh Madi hampir2 ditelan habis uleh barab.