Tuesday, March 15, 2011

1ST TRIP BERSAMA MEMBER CASTER MIRI @ SIBUTI SARAWAK

Ahad 13.3.2011 jam 7 pagi, sesampainya aku, Kiong dan Asat Albab di Miri kami terus saja berjumpa sama member caster Miri iaitu Mohammad Hamizan dan Heirol Nizam tujuan kan mengasting di Sg Sibuti Sarawak menggunakan perahu milik saudara kepada Mohammad Hamizan yang telah kami rancang secara mengejut pada hari Jumaat lepas. Sebelum kami ke Sibuti, terlebih dahulu kami singgah di Bekenu untok membali bekalan makanan dan minuman kami dan kami tiba di Sibuti pada jam 8.30 pagi.
Setibanya di sana, perahu sudah pun tersedia untok kami memulakan trip kami walaupun keadaan air sungai yang kurang memuaskan namun kami masih meneruskan jua dan setelah beberapa minit menyusuri sungai Sibuti, Mohammad Hamizan berjaya menaikkan seekor selunsong menggunakan lure Rapala minnow TDD.
Setelah atu giliran lure Rapala Husky Jerk tigerku lagi kena strike uleh ikan sumpit2 setelah Asat Albab ugat yang menggunakan SP Grub yang mana kami fikirkan ungah pada mulanya. Selepas atu giliran Heirol lagi kena strike yang disangkakan ungah jua , rupa2nya KANGBEDU daa.....hehe..dan nda lama selepas atu setelah kami masuk ke sebatang anak sungai Heirol berjaya menaikkan seekor ungah lagi....Manakala Kiong dalam masa kecederaan berhasil menaikkan seekor baby GT saja, namun kali ani nasib nda menyebelahi Asat Albab. Masing-masing dengan tekun mengasting selepas saja kami sarapan pagi di perahu saja....Surau yang terdapat di Kg Kuala Sibuti sebelum kami menaiki perahu yang disewa oleh kami..
HARI KE2Hari ke2 14.3.2011 kali ini kami turun di sg 7 Kuala Baram dan di sana kami boleh cast air tawar mahupun air masin dan cuma Heirol saja berhasil dengan 2 ekor dalak yang lainnya cuma misscol dan lepas saja.Sebelum balik sempat lagi kami bergambar ramai di pondok yang terdapat di sg 7 Kuala Baram dari kiri Mohammad Hamizan, Alex Kiong, Asat Albab, Heirol Nizam dan aku..Terimakasi kepada Heirol dan Mizan yang sudi membawa kami cast di kawasan Miri dan harap maafkan jika ada terkasar bahasa kami sepanjang berada di sana dan tidak lupa juga di ucapkan jutaan terimakasih kepada Alex Kiong yang sponsor penginapan di hotel dan makan minum kami sepanjang berada di Miri....

No comments:

Post a Comment