Wednesday, March 31, 2010

BALIK2 DARI LABUAN SEMPAT CAST LAGI....@ LUBOK SPINNER JANGGUT TEBABUT

Rabu 31.3.2010 jam 3.30 petang aku sama Emi telah pun sampai di terminal Muara setelah berada selama 2 hari di Labuan memenuhi aktiviti cast kami bersama member caster disana iaitu dari Darkartcaster Labuan memang memuaskan walaupun cuma seekor toman dan 2 ekor dalak yang kami perolehi. Setelah sampai diterminal Muara, kami pun balik menggunakan keretaku yang sudah sedia paking disana semalaman. Dalam perjalanan kan balik kerumah, Emi mencadangkan untok kan mencuba mendalak lagi di lubok spinner janggut tebabut, apalagi.... layan saja lah. Sesampainya dispot tersebut ku suruh Emi mencuba dulu yang mana ia menggunakan lure katak clossa untok taruhan mendalak, namun nda ada strike. Dalam 5 minit Emi cast, baru tah aku kan mencuba jua untok cast dengan menggunakan lure seahawk mini frogie warna hitam yang baruku bali sebelum kami kelabuan lagi...baru jua percubaan pertama lure seahawk ku tarus kana sambar uleh dalak dan berhasil dinaikkan merupakan dalak yang ke31 ku. Emi masa atu meliat aku menaikkan dalak tarus geleng2 sakit kepalanya meliat baru jua sekali cast hehe...apalagi Emi pun tarus cast jua ampir arahku tapi alum jua ada strike. Ku suruh ia menukar lure seahawk minifrogie warna dark brown yang baru dibalinya akhirnya Emi berhasil menaikkan seekor dalak merupakan lesen ke2 nya lagi selepas 1st lesennya di Labuan. Banyak kali jua kami ugat sama miscall nammun puas jua hati kami balik2 dari Labuan sempat lagi cast dan berhasil jua, syukur Alhamdulillah.Lure katak seahawk mini frogie warna hitam yang baru ku bali kemarin sudah mendatangkan hasil.1st lesen Emi di Labuan dan 2nd lesennya di Brunei tanah air yang tercinta, tahniah Emi ada sudah lurih tu...Setelah ku bagitau supaya ditukar lure atu pakai katak seahawk minifrogie yang baru dibalinya sama2 aku kemarin, baru tah ada strike dalak Junior hehe...Lure seahawk yang dark brown atu dipakai uleh Emi dan yang warna hitam atu baru tah yang ku pakai, baru jua dibali kemarin sudah ada heng ooo.....

HARI KE2 MENDALAK LAGI.... @ LABUAN

Rabu 31.3.2010 pagi jam 8.15 Fizan sudah menunggu kami dibawah hotel tempat aku sama Emi menginap yang mana Mizlan nda belaku masa atu disebabkan bertugas jadinya Fizan mengambil alih membawa kami cast pagi atu. 1st spot kami mencuba cuma ugat sama miscall saja antara kami bertiga. lapas atu kami pun pindah kelubok seterusnya.. 2nd lubok baru tah ada strike yang mana Emi berhasil dengan 1st lesen dalaknya dengan menggunakan lure SPRO lebih2 lagi menmgambil sukut spool baru dibalinya dikadai pancing Labuan iaitu Abu Garcia Cardinal 404i yang balum sampai lagi di kadai pancing arah tani, baru ya ada heng udah spool atu...2nd strike baru tah giliranku lagi dengan seekor dalak menggunakan lure yang dipinjam uleh Fizan yang dimodifiy nya sendiri kombinasi dari spoon sama hinomiya frog memang menjadi jua, thnks Fizan yang menyuruh mencuba lurenya atu...Anitah 2 hero mendalak pagi atu di lubok ke2, tahniah Emi 1st lesen dalak atu dan ani dalak yang ke30 bagiku kali ani.
Selepas sesi begambar kami release balik kedua-dua dalak atu, harap2 next trip yang akan datang berhasil lagi nanti...terimakasih semua member2 DARKARTCASTER Labuan atas layanan, kenderaan membawa kami, makan malamnya dan semualah yang diberikan kepada kami berbanyak2 terimakasih kami ucapkan, rasanya nda sabar kan menunggu kunjungan orang Labuan kesini bulan 6 nanti mudah2an jadi.....

DALAK KE7 YUS @ LUBOK YABAS

Pada petang 28/03/2010 hari Ahad, Yus jalan2 keLamunin seorang diri dalam 3.30 tarus mengambil kesempatan cast diLUBOK YABAS,tanpa membuang masa Yus pun tarus cast baru jua sekali umban tarus kena strike uleh seekor dalak dan berhasil dinaikkan merupakan dalak yang ke7 bagi Yus kali ani. Selepas atu langsung nda lagi ada strike mau pun miscalnya, Yus pun nda lagi memajal tarus tah ngambil keputusan balik,tapi syukur Alhamdulillah jua lah belurih sekong hilang jua rasa gian atu, cuba lagi mun ada peluang Yus....

KWANG 1 VS YUS 1 @ LUBOK KIRI DAN KANAN

Pada 25/03/2010 hari khamis pukul 07.00 pagi Yus bersama Kwang turun cast diLUBOK KIRI KANAN, sampai saja dilubok, masing2 tah pandai2 sendiri mencari tempat. Kwang pun nda lagi membuang masa baru jua 2 ke 3minit cast Kwang pun menerima satu strike dalak dan berjaya dinaikkanya. Nda lama selepas atu Yus lagi kana strike dalak pun berjaya jua dinaikkan merupakan dalak yang ke6 baginya, uleh kerana masa durang terhad sebab2 tertentu durang pun balik, yang mana kwang belurih sekong dalak,2x ugat 1x miscal, Yus pun belurih sekong dalak jua,2x ugat 1x miscal,TAHNIAH Yus n Kwang..Yus dengan seekor dalak merupakan dalak yang ke6 baginya kali ani...

Tuesday, March 30, 2010

MENOMAN BERSAMA MEMBER2 DARKARTCASTER @ LABUAN

Selasa 30.3.2010 ptg aku sama Emi berkunjung keLabuan secara mengejut bertolak dari Terminal Muara jam 1 ptg dan sampai Terminal Labuan jam 2.15 ptg dan disambut uleh bro Mizlan dari darkartcaster Labuan. Sebelum kami keterminal kami sempat lagi cast dilubok onway kami kan keterminal iaitu lubok sabun namun nda ada strike langsung dan yang menyedihkan lagi rod tohunko milik Emi patah semasa cast tadi. Setibanya di Labuan kami dibawa kedai pancing diLabuan dan lapas atu kami terus saja kelokasi menoman pada jam 4ptg setibanya kami di spot tersebut kami pun masing2 mencari spot strategi. Aku yang mula menggunakan lure popper ecogear premium baru sekali cast sudah kena sambar toman tapi sayangnya miscall, percubaan ke2 masih jua miscall buat kali ke3 cast ku tukar lure pencil strike pro putih, baru tah mengena seekor toman size junior saja. Lepas atu nda lagi ada strike, sejam kami cast Fizan, Izam dan Reduan pun sampai join kami cast. Namun petang dalam jam 6 atu nda ada jua strikenya cuma Emi saja yang miscall 2x. Jam 6.30 ptg kami pun balik mau jalan2 cari makan pasal perut udah bekeroncong.Lure pencil strike pro ku ani tah jadi hero menoman kali ani hehe...Liat tah Emi siok2 cast udah yang baju putih manakala Izam yang baju oren atu menggambar saja nda membawa set cast pasal baru balik kaja tu....Dari kiri aku, Mizlan(baju merah), Reduan(baju hitam), Emi(baju putih) dan Fizan(baju ala2 commando), Izam jadi tukang gambar saja. Tahniah buat Reduan menerima cahaya mata babygal merupakan anak yang ke2 semoga dimurahkan rezeki lagi...Anitah lubok sabun sebelum kami kan keterminal tapi nda ada langsung strike dalak, yang menghairankan rod tohunko Emi patah tymnya cast hehe...heran2..Terimakasih Mizlan, Reduan dan Fizan atas belanja makan malam tadi yang herannya lauk yang di order tu tak sampai2 lagi hehe...lagi menghairankan... Jam 9.30 mlm baru tah kami check in di hotel pantai view tempat kami tinggal, liat tah Emi sempat lagi memasang tali power pro baru arah spool abu baru jua dibalinya tadi dikedai pancing Labuan.

DIKESEMPATAN ANI SAYA MEWAKILI MEMBER2 STA INGIN MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA KHAIRUL AKA LANGKANG KERANA ISTERINYA SELAMAT MELAHIRKAN ANAK DAN DIKURNIAKAN ANAK LELAKI PAGI TADI SEMOGA DIMURAHKAN REZEKI LAGI...AMIN..

Sunday, March 28, 2010

BARAB VS DALAK @ LUBOK PUSING BALIK & LUBOK SCUM FROG 4

Ahad 28.3.2010 petang, member2 kami turun mendalak dan membarab lagi di ulu Tutong iaitu lubok scum frog 4 dan lubok baru yang diberi nama lubok pusing balik disebabkan ada kisah disebaliknya. Antara yang beraksi Roy, Jaki, Asat Albab, Madi dan Emi( baru tah kembali beraksi selama 3 bulan didalam kapal saja). Setibanya lubok mula2 iaitu lubok scum frog 4 masing2 tah beraksi dengan macam2 lure dipertaruhkan cuma Asat Albab saja yang berhasil dengan seekor dalak merupakan dalak yang ke60 baginya selepas atu durang berpindah lagi kesatu spot yang mana masing2 mencuba namun Madi yang bernasib baik walaupun kemudian cast, baru sekali cast sudah kana sambar lure popper Albino strike pro nya dan berjaya ditumpaskan merupakan 1st lesen barabnya. Disebabkan durang jauh berjalan sudah, terpaksa tah berpusing balik menuju tempat mula2 yatah durang namakan lubok atu lubok pusing balik. Emi ugat dalak 2x, Jaki ugat barab 1x dan Roy miscol dalak 1x jua. Tahniah Madi dan Asat Albab...WELCOME BACK TO EMI AKA KENDURAU PEMAJAL BATAH BEJARUK DIDALAM KAPAL TUH....Ani dalak Asat Albab yang ke60 bagi koleksinya kali ani.

CAST BERSAMA MEMBER2 HUNTEZ ANGLERZ @ BONGAWAN KK

Sabtu 27.3.2010 pada hari kedua ku berada di Kampong Kimanis, Sabah menghadiri majlis perkahwinan sepupu mem pada hari minggu, ku ambil kesempatan turun cast pada waktu pagi lagi bersama pemancing2 dari Sabah iaitu Huntez Anglerz terdiri dari Pisang, Fad dan Omar turun di satu spot kawasan Bongawan, Sabah. Dari hari Jumaat aku sama family udah sampai di Kimanis yang mana malam atu ku cuba menghubungi member pancing dari Sabah iaitu Pisang (Huntez Anglerz) kan membawa cast disekitar kawasan Papar, apalagi Pisang pun setuju kelurusan ia kan turun cast di kawasan Papar jua. Setibanya kami di spot cast, masing2 kami mengambil tempat dengan kedudukan yang begitu selesa memandangkan kawasannya luas banar. Baru jua dua kali cast popper premium baruku bali disambar bulan2 dan berjaya ditumpaskan, banyak kali jua ugat. Sudah nda ada strike ku ubah lagi popper strike pro red head baru tah bulan2 sudi menyambar lure ku lagi...beberapa kali cast kali ani ku fikir bulan2 yang strike namun kali ani mainannya berlainan usulnya rupa2nya ikan talapia yang mengena. Nda sangka talapia pun menyambar popper basar lagi tu....Omar dan Pisang masing2 belurih sekong seorang bulan2 dan Fad kali ani kurang bernasib baik cuma ugat saja masa atu..Dari kiri aku, Pisang dan Fad dari Huntez Anglerz dari Sabah....manakala Omar tukang gambar saja..Ani tah lurihku pagi atu berbaloi jua rasanya rasa gelisah atu terubat jua akhirnya melepas gian cast di Bongawan.
Selepas kami cast sempat lagi singgah dikedai makan Kg Kimanis, kiri sekali atu tah Omar, yang bertopi hitam Pisang dan sebalahnya atu Fad. Nanti lagi Mai mun ku sampai di KK tani berentap lagi sama2...

ROD CONOLON ADA HENG OOO....@ LUBOK SERI

Sabtu 27/03/2010 petang, Asat Albab sama Danan turun membarablak lagi diLUBOK SERI. Sampai saja durang tempat lokasi masing2 tah memasang lure katak untok menduga dalak. Memadangkan aing begitu cantik dan nda berapa dalam, fikiran pun salah2 tym atu, kan membarab jua, kan mendalak jua. Uleh kerana masa maseh panjang,last2nya mendalak tah durang dulu. Danan pun nda lagi membuang masa yang sudah tersedia bepasang dengan lure seahawk mini frogie,baru jua sekali umban udah tia kena strike uleh dalak dan berhasil dinaikkan merupakan dalak yang ke 17 Danan kali ani. Rod Conolon Abu Garcia baru diambil masa tengah hari dideep blue Tutong sebelum turun beraksi, ada heng udah tu Danan.Selepas atu lebih kurang sejam durang cast langsung nda ada lagi strike mau pun misscallnya, lagi pun tym atu hujan berai2 dan beguruh jua, uleh kerana perjalanan durang jauh kedalam sampai ke ulunya dan jam sudah pun pukul 5.30 ptg, durang pun bebalik semula bekas mula2 tadi. Hujan pun berunsur reda durang pun masing2 menukar lure popper untok menduga barab mengambil kesempatan sebelum gelap. Baru jua 5 ke 7 minit durang cast, Danan menerima 1st strike barab dan berjaya dinaikkan merupakan barab ke4 ni, jadinya Danan belureh sekong dalak dan sekong barab, Asat Albab nda belureh alum ada rezeki lah tu, sabar saja Asat Albab ah hehe....tahniah Danan...
Ani tah barab Danan yang menyambar poopper strike pronya, terpaksa gambar ikannya saja pasal sorang2 saja cast...hehe...

RONIE BERPESTA DALAK @ LUBOK DALAK KECUNDANG

Jumaat 26.3.2010 dari pagi jam 7 smpai jam 12.10 Ronie turun di lubok dalak kecundang yang mana 10 ekor dalak kecundang ulehnya merupakan jumlah yang terbanyak setakat ani dalam sehari dan merupakan dalak yang ke22 baginya. Kan menuju tempat atu memang banyak halangan dan rintangan, kalau nda kuat hati kompom inda jadi casting..tetapi berkat memajal dan sabar berbaloi2 jua akhirnya. Tahniah Ronie... 10 ekor dalak kecundang,5 ekor monster barat 1.3kg ke 1.9kg,yg lain bawah 1kg.
miskol nya saja labih 10 x,ugat saja bekali2,ada lagi dalak balum naik,inda mau dipump..

Thursday, March 25, 2010

BARAB SERI @ LUBOK SERI

Khamis 25/03/2010 petang, Danan membuat kejutan kira2 kan pukul 5 tau2 datang udah dihalaman rumah Asat Albab baru tah ianya ada sms kan membawa membarab, apa lagi Asat Albab pun inda tentu rasa kelang kebut dibuatnya. Sampai saja durang tempat lokasi masing2 membawa diri yang mana Asat Albab kekiri dan Danan pun kekiri jua tetapi sebelah ke ulunya sedikit. Lebih kurang dalam sejam cast Asat Albab nerima satu strike tapi inda dapat dipastikan apa lauknya cuma misscall saja. Danan pun serupa miscall jua. Durang pun pindah ke ulunya sedikit. Baru jua 5 ke 10 minit durang cast, Asat Albab menerima strike dan berjaya menaikkan sekong barab merupakan barab ke4 baginya. Nda lama kemudian Danan lagi nerima strike pun bejaya jua menaikkan sekong barab. Disebabkan draw lurih barab 1 sama durang panggil tah lubok ani Lubok Seri. Tahniah Danan n Asat Albab...teruskan membarab..
Sekong barab saja lureh Danan merupakan barab yang ke3 kali ani.

ANI AJA LUREH KAMI @ DANAU

Khamis 26.3.2010 pagi aku, Madi, Edin, Majidi turun memancing di Danau lagi yang mana Majidi sudah pun terlebih awal dari kami turun dari malam lagi namun sesampainya kami disana ia pun balik tanpa sebarang hasil. Aktiviti memasang pancing pun bermula, umpan udang hidup menjadi umpan kebiasaan kami memancing didanau namun nda ada strike ikan2 ganas menyambar umpan kami ketika atu cuma seperti ikan putih aka kalakitok, geronggong dan gerut2 aka umpak saja yang kami perolehi pada pagi atu. Jam 2 ptg aku sama Edin kan balik baru tah Jali sampai bedangan jua Madi yang masa atu nda balik menunggu Jaki lagi sampai kan mancing petang atu lagi, jadinya petang atu cuma Madi, Jali dan Jaki saja yang memancing dan hasil petang atu cuma seekor kerapu saja uleh Madi memang alum lagi rezeki kami menaikkan selunsong kali ani yang mana masa atu ada pemancing lain belurih seekor selunsong kira2 berat dalam 6 ke 7kg dan ada jua yang dapat pari. Nda apa, ada lagi hari lain kan mencuba disana harap2lah next trip ani berhasil jua..Amin...!
Cuma Madi saja belureh seekor kerapu petang atu..

DANAN BACK IN ACTION @ LUBOK SANGKUT

Rabu 24/03/2010 pukul 3.30 ptg Jimi datang kerumah Asat Albab membuat kejutan kan membawa membarablak diLUBOK SANGKUT yang mana masa atu hujan barai2. Apa lagi Asat Albab pun tanpa membuang masa layan jua lah,biasa lah mun mengasting ani,tulak makan, tau tak ape,hehehe...Dalam perjalanan kelubok, hujan pun reda dan sempat lagi durang sms untok meracun Danan tapi ia masih lagi bekerja. Sampai saja diLUBOK SANGKUT biasalah masing2 tah membawa diri, lebih kurang dalam sejam durang cast, sekong barablak pun nda ada strike, macam2 lure katak dan popper diorang pakai pun nda ada strike, kemungkinan bekas hujan atu kali lah, Danan yang keracunan pun datang tarus tah jua join cast. Lebih kurang setengah jam Danan cast pun nda jua ada strikenya. Alum jua durang mau mengaku kalah, maseh lagi memajal selagi alum gelap, last2nya Danan belureh sekong dalak merupakan dalak yang ke16 baginya, atu pun last2 minit, tapi syukur Alhamdulillah jua lah rezeki Danan kali ani. Walaupun Asat Albab sama Jimi nda belureh namun kawan belureh jadi tah, nda apa Asat Albab dan Jimi sabar saja esok2 lusa maseh ada, "Sekajap ada, sekejap takde" hehehe.....Tahniah Danan...
Ani lure seahawk mini frog milik Danan yang berhasil memikat seekor dalak tadi.

Wednesday, March 24, 2010

ASAT ALBAB 1 VS YUS 1 @ LUBOK IKAL MAYANG

Tadi ptg pukul 3.00 23/03/2010 Asat Albab sama Yus turun membarab dan mendalak diLUBOK IKAL MAYANG,apa bila sampai seperti biasa lah masing2 tah mencari tempat, Asat Albab kekanan Yus kekiri, lebih kurang dalam sejam durang cast langsung nda ada strike barab, hujan pun turun dengan lebatnya, apa lagi durang pun lari lintang pukang macam kambing takut hujan mencari tempat betaduh kebutulan jua tempat durang paking kereta ada rumah usang nda lagi ada penghuninya, disana tah durang betaduh nda jua basah, apa bila hujan beransur reda, Asat Albab pun becadang menukar menu lure scum frog menduga dalak lagi, baru jua 10minit cast Asat Albab pun nerima satu strike dalak dan berjaya dinaikkan, selepas atu lansung nda ada lagi strikenya, kemungkinan bekas hujan atu kali, tetapi diorang alum jua mengaku kalah maseh jua memajal last2 minit Yus ada nerima lagi strike dalak bejaya jua dinaikkan,hari pun kan gelap durang pun balik,sebelum balik Yus sempat lagi ngambil kesempatan, baru jua 2 ke 3x ngumban kena strike uleh dalak tetapi sayang ugat tia jua, jadinya Asat Albab belureh sekong dalak merupakan dalak yang ke59 kali ani,Yus pun belureh sekong dalak jua merupakan dalak yag ke5 buatnya,1x ugat.. Tahniah Asat Albab dan Yus maju lagi.....
Ani dalak Yus yang ke5 bagi koleksinya kali ani.

Monday, March 22, 2010

MEMBARAB JADI MENDALAK @ LUBOK UUUUMA....!

Isnin 22.3.2010 petang aku sama Madi turun mendalak dan membarab dilubok uuuuuma...Spot mula2 nda ada strike yang memaksa kami untok berpindah tempat. Aku yang menggunakan lure popper strike pro mencuba membarab namun nda berhasil cuma kayu saja yang berhasil menyangkutkan lure popper ku sampai putus line dibuatnya adui....! jadi perhiasan tia bah...Madi yang menggunakan lure popper strike pro jua akhirnya berhasil menaikkan seekor dalak walaupun barab yang dihajati nda menjadi namun ada jua hasilnya hehe...Tahniah Madi, dalak yang ke18 udah kali ani...Barab yang dihajati, dalak pula yang mengena...

ASAT ALBAB KE58 & JIMI KE28 @ LUBOK IKAL MAYANG

Isnin 22.3.2010 ptg jam 2.45 Jimi meracun Asat Albab membawa turun membarab dan mendalak. Setibanyha durang DILUBOK PAHIT LIUR macam biasa lah masing2 tah membawa diri mencari tempat dan pakai lure kegemaran masing2 untok menduga barab yang selalunya bersembunyi dicelah2 batang2 kayu yang ada didalam lubok2, lebih kurang dalam sejam durang cast sekong barab dan dalak pun nda ada yang sudi menyambar lure durang, kemungkinan jua pasal ayer nda berapa ngam kali dan yang sebenarnya alum rezeki lah tu. Uleh kerana nda ada sembaran barab dan dalak, Jimi pun bercadang membawa pindah arah Asat Albab KeLUBOK IKAL MAYANG. Datang saja durang dspot tersebut masing2 tah jua macam biasa lah apa lagi Asat Albab pun nda membuang masa yang mula2 sampai tarus mengumban yang sudah tersedia bepasang lure scum frog. Baru jua sekali umban tarus disambar uleh dalak dan berjaya dinaikkan, dipendekkan cerita Asat Albab belureh 4 ekong dalak yang mana dalak yang ke 58 baginga dan Jimi pun blureh jua 2 ekong dalak merupakan dalak yang ke28 baginya,2x ugat..Tahniah Asat Albab dan Jimi...Jimi yang belureh 2 ekor dalak merupakan dalak yang ke28 ni udah.....
Sebelum balik Asat Albab berhasil lagi seekor dalak dan 4 ekor lurihnya tadi petang.
Scum frog yang dipakai uleh Asat Albab wow...solid hookup.

DALAK YANG KE28 EBEL @ LUBOK YABAS

Isnin 22.3.2010 petang Ebel turun mendalak seorang dilubok Yabas yang mana berhasil dengan 3ekor dalak merupakan dalak yang ke28 baginya kali ani, tahniah Ebel ada yang jelez tu haha.....
Ani tah lureh Ebel 3 ekor dalak payah migang terpaksa tah gambar ampai2 saja.

CUMA UNGAH SAJA @ DANAU MENJERIT

Ahad 21.3.2010 jam 11 malam aku, Edin dan Madi turujn mancing di Danau yang mana Majidi sudahpun awal menunggu disana. Malam atu memang cerah nda berangin cuma beumbak sedikit lah tapi sudah jam 2pagi keadaan sudah berubah menjadi berangin tia. Nda ada strike masa atu hinggalah jam 9.30 pagi baru tah ada strike pancing Majidi dengan seekor ungah saja. Tahniah Majidi pancing mu jua kana strike hehe....

Sunday, March 21, 2010

MENOMAN LAGI @ LUBOK DIAM2 BERISI

Ahad 21.3.2010 jam 6.30 pagi aku, Hj Fadil dan Pak Chile mencuba lagi dilubok diam2 berisi kali ani ku taruhkan lure pencil strike pro warna putih namun nda ada strike toman monster cuma 2ekor anak toman saja yang sudi menyambar lureku lapas atu ku release semula keduanya. Memang banyak anak2 toman pagi atu bemain dipermukaan namun indung toman nda mau melayan lure kami semua, jam 9 pagi kami pun balik lah disebabkan hari sudah panas hehe...
Sudah memadai lurehku 4 ekor anak toman sebelum ani untok menjadi penghias aquarium dirumah dan kali ani ku lepaskan balik semula....

BARAB VS DALAK @ LUBOK BERAJUNG &LUBOK SCUM FROG 4

Sabtu 20.3.2010 jam 3 ptg member2 turun membarab n mendalak di LUBOK SCUM FROG 4. Setibanya durang di lubok, masing2 tah mencari tempat yang sudah memasang lure kegemaran masing2. 3orang kekanan yang mana Roy, Yus dan Sofian. Manakala yang disebalah kiri Asat Albab, Eboy anak Roy dan Kwang. Cuaca masa atu hujan barai2 ada sdikit reda tapi aing kurang memuaskan bekas hujan labat uleh kerana durang sudah sampai dilubok, paksa tah jua diteruskn jua yg mana Yus belureh sekong dalak baby merupakan dalak yang ke3 baginya dan 2x misscall,Roy, Sofian misscall saja manakala member kami yang disebalah kiri Kwng menerima satu strike barab yang ganas sehingga melangkangkan pemata poppernya sama banyak halangan jua, barab pun telepas. Asat Albab, Eboy nda ada langsung strike, uleh kerana nda ada strike durang pun balik kekerita. Sebelum balik Asat Albab mencadangkan membawa round sb kelubok trlusor. Setibanya durang di lubok yang dimaksudkn, apa lagi Asat Albab pun mencuba cast bersama Yus dan Sofian. Yang lainnya meliat saja, baru jua Asat Albab cast 5 ke 6x lure strike pro nya tarus disambar barab dan berjaya didaratkan merupakan barabnya yang ke3. Lebih kurang kul 6.30 ptg hari sudah gelap durang pun tarus balik..tahniah yang berhasil cast atu bagi yang nda bernasib baik cuba lagi.....Anitah barab lureh Asat Albab dalam jam 6.30 ptg pakai popper strike pro kali barab yang ke3 udah ni.
Ani popper Kwang pemata VMC udah tapi masih lagi langkang jua memang tah barab monster yang strike..