Selasa 22.3.2011 jam 5 petang, aku turun menomanlak lagi di lubok Teratai dengan berbekalkan lure KOPPERS frogieku warna hijau lagi yang sudah sedia untok bertempur. Baru jua dalam 3 kali cast, seekor toman berat 2kg telah berjaya ditawan oleh MR GREEN KOPPERS frogieku lagi dan selepas atu baru tah Babah sampai join menomanlak jua...
Sudah bergambar, toman tersebut dilepaskan semula ketempat asalnya.....Kira-kira 15 minit selepas atu, sekali lagi MR GREEN KOPPERS ku berjaya menipu seekor dalak yang mana pada mula-mulanya mizcol saja sebanyak 2 kali...dan belum jua lama selepas atu, seekor dalak monster ku pikir toman pada awalnya telah menyambar MR GREEN KOPPERS ku dengan rakus dan sempat membawa tersangkut di teratai sehinggakan aku terpaksa menunggu beberapa ketika untok memastikan mangsa keluar dari teratai tersebut namun belum jua ia mahu mengalah. Sudah hatiku nda sabar menunggu, terpaksa tah aku mencuba untok menarek tali sulam ku perlahan-lahan dengan tangan ditakuti putus dan akhirnya mangsa tersebut pun terlepas dari sangkut dan mangsa bertindak agressif lalu dengan tangkas tarus tah ku lawan balik sehinggalah berjaya ditewaskan rupa-rupanya seekor dalak berat dalam 1kg lebih, puas jua hati lure Koppers ku berjaya menawan seekor toman dan 2 ekor dalak kali ani manakala Babah cuma terlepas saja...2 ekor dalak berjaya ditawan oleh MR GREEN KOPPERS Frogie ku....MR GREEN KOPPERS FROGIE pembunuh upahan yang sudah berhasil menjerat toman dan dalak...
No comments:
Post a Comment