Saturday, July 31, 2010

MENOMANLAK BERSIRI SETERUSNYA @ EPM

Jumaat 30/07/2010 jam 07.30 pagi nda lain masih jua 3 orang pemburu bersiri tomanlak di EPM Asat Albab,Ebel aka castillo dan Khairul aka langkang. Kira² jam 08.30 pagi, pembakar semangat waktu atu Asat Albab berjaya menaikkan seekor toman berat 4kg dan nda lama selepas atu sekali lagi Asat Albab bejaya menaikkan seekor lagi toman berat 1kg merupakan tomannya yang ke12 pula kali ani. Jam 11.00 pagi, durang ani pun berehat setelah jam 2.30 petang baru tah cast disambung lagi semula dan pembukaan sesi petang Ebel bejaya menaikkan seekor dalak merupakan yang ke59 sudah baginya dan seterusnya strike ke2 seekor toman tetapi sayangnya toman berjaya melepaskan dirinya.Selepas atu baru tah giliran Khairul bejaya menaikkan seekor dalak merupakan dalak yang ke68 buatnya. Dalam beberapa minit selepas Khairul menaikkan seekor dalak, sekali lagi Asat Albab bejaya menaikkan seekor toman berat 3kg merupakan toman yang ke13 lagi buatnya dan penutup tirai kan balik Khairul bejaya menaikkan 2ekor dalak lagi membuat koleksi dalaknya yang ke70 , TAHNIAH Asat Albab, Ebel aka castillo dan Khairul aka langkang.. Hasil yang memuaskan 3 ekor toman dan 4 ekor dalak diperolehi pemburu tomanlak bersiri ani tapi seekor toman yang berat 4kg sudah kana bali uleh orang lain...

PAHAT-PAHAT NGANYA NI...@ JPMC

Jumaat 30.7.2010 jam 4 petang, aku sama Babah(kawan setugas) mencuba turun mancing dan cast di JPMC lagi setelah sebelah paginya kami memancing di Danau dan cuma seekor baby ungah saja lurihku. Namun percubaan pada petang pun sama kurang memuaskan jua, cuma seekor pahat-pahat saja lurihku beumpankan udang king.

Thursday, July 29, 2010

PEMBURU BERSIRI VS TOMAN MONSTER LAGI...@ EPM

Rabu 28/07/2010 jam 07.30 pagi, pemburu tomanlak bersiri di EPM turun lagi tetapi kali ani cuma Asat Albab bersama Khairul aka langkang saja. Setelah sampai di EPM macam biasalah memasokkan barang² kedalam perahu apabila semuanya sudah selesai tarus tah durang menjejaki tomanlak. Pembakar semangat pagi atu Khairul bejaya menaikkan seekor dalak. Lebih kurang dalam sejam selepas atu baru tah Asat Albab lagi menaikkan seekor dalak jua. Strike yang ke2 dan 3 beturut² Khairul bejaya menaikkan dalak lagi dan seterusnya baru tah giliran Asat Albab berjaya menewaskan seekor toman monster berat 7.2kg sekali gus memecah rekodnya sendiri sebelum ani dengan menggunakkan lure katak spro joran Conolon Abu Garcia dan Spool Shimano Ultegra C3000. Disebab kan hujan, terpaksa tah begambar di bawah flat Khairul. TAHNIAH Asat Albab dan Khairul aka langkang..Khairul lureh 3 ekor dalak kali ani merupakan yang ke70 ekor buatnya.Manakala Asat Albab lureh 1 ekor toman merupakan yang ke10 ekor dan 1 ekor dalak membuatkan genap lah yang ke100 ekor dalak baginya.

Wednesday, July 28, 2010

PEMBURU TOMANLAK BERSIRI.. @ EPM

Selasa 27/07/2010 jam 7 pagi, masih jua 3 orang pemburu bersiri ani menjejaki tomanlak di EPM siapa lagi kalau nda Asat Albab, Khairul aka langkang dan Ebel aka castillo, tetapi Ebel join manomanlak jam 12.00 tengah hari. Disebelah paginya pembuka semangat, Asat Albab bejaya menaikkan seekor toman berat 2.2kg yang ke8 baginya. Nda lama selepas atu sekali lagi Asat Albab bejaya menaikkan seekor toman berat 3kg yang ke9 lagi baginya. Tepat jam 12 tengah hari tarus tah durang mengambil Ebel yang sudah bejanji awal di tambing tempat menurunkan dan menaikkan perahu di EPM. Setelah Ebel diambil, durang pun tarus tah menuju kesebuah pondok usang di EPM untok berihat dan mengisi perut yang sudah bekeruncong. Apabila selesai mengisi perut sambil² berehat, Khairul mengambil kesempatan cast disekitar tempat durang berehat dan bejaya menaikkan seekor dalak yang ke63 buat koleksinya kali ani. Setelah berehat, durang pun menyambung menjejaki tomanlak kelubok² lagi. Pembakar semangat disebelah petang sekali lagi Khairul bejaya menaikkan seekor dalak dan kali ani menambahkan koleksi dalaknya yang ke63 lagi dan lapas atu baru tah giliran Ebel bejaya menaikkan seekor dalak jua merupakan dalaknya yang ke57. Nda lama selepas atu Khairul lagi berjaya menaikkan seekor toman berat 2.5kg merupakan tomannya yang ke8. Penutup kata kan balik, Ebel bejaya menaikkan seekor dalak lagi membuat dalaknya yang ke58 kali ani,TAHNIAH Asat Albab,Khairul aka langkang dan Ebel aka castillo..pemburu tomanlak bersiri menyengat lagi hehe...... Sambil berehat di pondok Khairul sempat lagi cast dan berhasil seekor dalak..Sebelum balik Ebel berhasil jua dengan seekor dalak lagi.........3 ekor toman dan 4 ekor dalak yang berhasil uleh 3 orang pemburu tomanlak bersiri ani....

Tuesday, July 27, 2010

BELAIS VS ANDAPONG @ JPMC

Selasa 27..7.2010 jam 6.30 pagi Hj Pangan aka Piyambut turun memancing andapong di JPMC bersama dengan kawannya. Cuma seekor andapung dan seekor belais saja yang naik..uleh Piyambut dan 2 kali putus. Kawan Piyambut pun 2kali putus kana strike uleh belais memang ganas2 belais di JPMC ani hehe....Tahniah Piyambut..memang brutal banar tah belais disana atu, nda apa lain hari lagi revenge balik...

Monday, July 26, 2010

DANAN MUNCUL KEMBALI MEMBARAB @ ULU TUTONG

Ahad 25/07/2010 jam 8 pagi, Danan aka laboooh turun membarab di ULU TUTONG secara solo betemankan cuma set pencing saja setelah sekian lama menyepikan diri tanpa berita tau2 muncul dengan membarab solo bersiri hehe...Apabila sampai ketempat yang dimaksudkan percuba cast pertama hingga ketiga menggunakan lure popper albino strike pro hanya ugat (lepas) saja. Setelah atu alum jua berpuas hati selagi alum naik masih jua memajal dan strike keempat hooknya lagi langkang. Rasa alum puas hati menghantui Danan dan alum jua mengaku kalah setelah kecundang beberapa kali, Danan mencuba menukar hook VMC yang tebal sedikit dan setelah percubaan ke5 barulah seekor barab kecundang akhirnya, merupakan barabnya yang ke7 kali ani dan selepas atu baru tah ia balik dengan rasa puas. Habis tah sakit kepala member STA ni ulehnya ,hehehe..TAHNIAH Danan aka laboooh..

MENOMANLAK BERSIRI LAGI @ EPM

Ahad 25/07/2010 jam 12 tengah hari masih jua 3 orang pemburu bersiri ani turun diEPM tak lain tak bukan Asat Albab,Khairul aka langkang dan Ebel aka Castillo. Pembuka kata tengah hari, Khairul berjaya menaikkan seekor dalak merupakan yang ke62 dan 1x ugat (lepas). Nda lama selepas atu Asat Albab pun bejaya menaikkan seekor dalak dan seterusnya sekali lagi Asat Albab bejaya menaikkan seekor dalak lagi merupakan dalak yang ke99 baginya dan 2x ugat (lepas). Lebih kurang jam 3 petang, giliran Asat Albab lagi pembuka kata sesi petang bejaya menaikkan seekor toman merupakan toman yang ke7 dan seterusnya Ebel aka castillo pun bejaya menaikkan seekor toman merupakan tomannya yang ke4 dan lepas atu baru tah giliran Khairul aka langkang berjaya menaikkan seekor toman jua merupakan toman yang ke7, TAHNIAH Asat Albab,Khairul aka langkang dan Ebel aka castillo....teruskan memburu tomanlak bersiri...hehe.. Kali ani koleksi dalak Asat Albab mencecah yang ke99 ekor sudah sejak dari awal tahun 2010...Ebel aka Castillo tidak ketinggalan menaikkan seekor toman jua buat yang ke4 koleksi tomannya..3 ekor toman dan 3 ekor dalak hasil dari 3 0rang menomanlak bersiri ani..

Saturday, July 24, 2010

TOMAN 4.8KG LAGI...@ EPM

Jumaat 23/07/2010 jam 07.00 pagi sekali lagi 3 orang ani turun menomanlak di EPM iaitu Asat Albab, Khairul dan Ebel. Baru jua 10 ke 15minit cast lure spro Khairul kena sambar uleh toman berat 4.8kg merupakan toman yang ke6 buatnya. Nda lama selepas atu hujan pun turun dengan lebatnya dan durang pun tarus tah berenti cast. Jam 2.30 petang baru tah durang beraksi lagi, yang mana lure spro Khairul kena sambar uleh dalak lagi merupakan dalak yang ke61 baginya. Nda lama selepas atu baru tah lure spro Ebel lagi kena sambar uleh dalak merupakan dalak Ebel yang ke56. Asat Albab alum rezeki hari ani cuma ugat (lepas) dan miscall saja,sabar saja geng ah. Cuma dalak saja nda sampat durang gambar disebabkan hujan, TAHNIAH Khairul dan Ebel.... Liat tah lure SPRO milik Khairul yang disambar uleh toman ani ....
Kili-kili yang dipakai uleh Khairul hampir patah dikerjakan uleh toman...

BATAH NDA MENDALAK TOH...@ LSJT

Jumaat 23.7.2010 petang, aku turun mendalak seorang di lubok spinner janggut tebabut setelah lama ditinggalkan terasa gian jua kan mencuba lagi. Pada paginya aku dan member² lain nda berhasil di Danau terpaksa awal balik disebabkan ribut dan keadaan beumbak melanda disana. Aku mengambil masa dalam masa 30 minit saja untok mendalak dan berhasil cuma seekor dalak merupakan yang ke43 buatku biasa pakai katak beracunku seahawk minifrogie dan sekali lepas, nda apa yang penting terubat jua rasanya merasa strike atu hehe....

Thursday, July 22, 2010

6 EKOR DALAK TUMPAS @ EPM

Rabu 21/07/2010 jam 12.00 tengah hari lagi² manomanlak di EPM Asat Albab bersama Khairul dan Ebel menggunakan perahu milik Khairul. Dalam beberapa jam cast yang mana Khairul memang ada heng hari ani bejaya menaikkan 4ekor dalak merupakan dalak yang ke60 baginya, manakala Asat Albab dan Ebel cuma bejaya menaikkan seekor seorang dalak merupakan dalak yang ke97 bagi Asat Albab dan yang ke55 bagi Ebel. TAHNIAH Asat Albab,Khairul dan Ebel.. Ebel dengan dalak yang ke55 kali ani..Cifu Asat Albab dengan dalak yang ke96 kali ani...6 ekor dalak berjaya ditumpaskan uleh 3 orang pemburu dalak bersiri hehehe.....

JAKI & ROY MENDALAK LAGI@ SG KELAKAS

Rabu 21.07.2010 Jaki dan Roy ingin mencuba mendalak dalam 5.30 petang ternyata Jaki berhasil pada strike kali ke3 dengan seekor dalak size M.. Manakala strike pertamanya ugat, dan strike kali ke2 dengan strike yang ganas berkemungkinan anak buaya yang memakan katak SPROnya. Manakala Roy cuma miscall saja masa atu. Tahniah Jaki dengan dalak ke15 dah tu..., jangan saja naik yang semacam atu..haha

TOMAN 1 VS DALAK 4 @ EPM

Selasa 20/07/2010 jam 06.30 pagi, yang turun lagi manomanlak di EPM iaitu Asat Albab dan Ebel, . Disebelah paginya Asat Albab bejaya menaikkan seekor dalak merupakan dalak yang ke96 baginya. Selepas lebih kurang jam 10.45pagi durang pun menuju ketambing mengambil Khairul yang sudah bejanji awal minta aga jam 11.00jam disebabkan ada urusan pada paginya memandang kan di EPM memang susah untok berhubung menggunakan hp. Sampai saja Khairul tarus tah durang berehat untok makan tengah hari mengisi perut yang sudah bekeruncong, di sebuah pundok yang sudah lama yang ada di EPM. Sesudah selesai makan Khairul mengambil kesempatan cast di kawasan berhampiran pundok tersebut dan berjaya menaikkan seekor dalak,setelah semuanya selesai baru tah durang macam biasa menjejaki toman lagi dilubok². Lebih kurang sejam cast Khairul berhasil lagi menaikkan seekor dalak dan nda lama selepas atu baru tah Asat Albab berhasil menaikkan seekor toman berat 2.5kg merupakan toman yang ke6 nya. Sekali lagi Khairul bejaya menaikkan seekor dalak merupakan dalak yang ke56 kali ani manakala Ebel alum ada rezekinya cuma ugat (lepas) dan miscall saja,sabar saja Ebel ah,hehehe..TAHNIAH Asat Albab dan Khairul...
4 ekor dalak dan 1 ekor toman berhasil ditumpaskan uleh durang ani..

Tuesday, July 20, 2010

BARRA MONSTER 13 KG MENGAMUK WAKTU RIBUT @ DANAU

Isnin 19.7.2010 jam 5 pagi, Majidi dan Kupek sudah pun berada di Danau macam biasa tujuan memancing dan casting. Namun pagi atu langsung nda mendatangkan hasil arah durang tapi berkat sabar menunggu atas rasa tidak kepuasan, durang ani sanggup extend lagi memancing sampai kepetang walaupun cuaca yang kurang baik. Jam 2 petang baru tah ada selunsong atu mau menyambar umpan terutama pancing Kupek yang telah 2 kali kena strike uleh selunsong tapi sayangnya kedua²nya terlepas. Selepas atu pancing Majidi lagi jadi sasaran selunsong dan sama jua nasibnya, selunsong berjaya melepaskan diri. Sehinggalah jam 4 petang ketika atu ribut melanda di Danau dengan keadaan aing yang beumbak dengan sikap memajal akhirnya selunsong monster ngam² berat 13kg tunduk jua dihujung joran milik Majidi menambahkan lagi koleksinya yang ke11 sekaligus memecahkan rekod selunsong terbesar Kupek 12kg lebih pada hari Sabtu lepas untok tahun ani sampaikan Madi sama Jaki terus begegas keDanau setelah menerima sms dari Majidi disebabkan keracunan ulehnya. Tahniah, Syabazzz n bravooooo.....Majidisong "YOU WIN"....haha.... Nda pun lurih selunsong join begambar pun jadi tah, liat tah Jaki atu mengambil sukut sampai memigang ekor selunsong hehe....selang seli ni usulnya.. kemarin cast yang belurih kali ani beumpan lagi yang lureh.

Monday, July 19, 2010

EBEL DENGAN TOMAN 4KG @ EPM

Isnin 19/07/2010 jam 07.00 pagi lagi2 manomanlak di EPM Asat Albab bersama Khairul. Di sebelah pagi, lure Asat Albab mula2 kena strike toman tetapi sayang tali sulam 40lbs putus dikerjakan toman dan nda lama selepas atu kena strike lagi tetapi ugat (lepas) dan seterusnya miscall beberapa kali manakala Khairul pun cuma miscall saja. Di sebelah petangnya baru tah Ebel join sama durang ternyata rezekinya petang atu setelah Ebel berhasil dengan seekor dalak merupakan dalak yang ke54 baginya. Lebih kurang dalam sejam cast sekali lagi lure Ebel kena strike uleh toman berat 4kg dan berjaya dinaikkanya merupakan toman yang ke3 buatnya. Lawa corak badan toman atu.... macam ada "kalimah" usulnya, memang Ebel betul2 ada heng hari ani..TAHNIAH Ebel aka Castilo..
Anitah dalak pembuka kata Ebel walaupun petang baru join namun rezekinya sudah tu....

HALCO TIGER CUSTOM MADE VS SELUNSONG 6KG @ DANAU

Ahad 18.7.2010 jam 12.10 aku sama Kupek sudah pun turun awal di Danau walaupun nda ada udang ostris namun dengan berbekalkan umpan udang hidup siar biasa sponsor by Jaki, kami tetap memajal kecuali Jaki saja yang menyusuli kemudian dalam jam 4 pagi bersama Madi. Keadaan Danau masa atu beumbak sedikit dan hujan barai² turun dan kami terpaksa memasang kem untok belindung. Setelah siap memasang kem, apalagi masing² tah melabuh pancing sehinggalah beberapa jam menunggu pancing kena strike namun belum jua ada aksi membuatkan kami mengantok ulehnya, layan mata tah dulu jawapannya..Jam 4 pagi, Jaki sama Madi pun sampai namun aku masih lagi tidor lena cuma Kupek saja tebangun masa atu sehinggalah jam hampir pukul 6 pagi baru tah Kupek membanguni aku lagi dan acara casting pun bermula. Dalam masa kami mengasting, rupa²nya sudah pagi atu baru tah tau kawan sepemancing kami Hamzah(Likas Angler)bersama kawannya pun memancing disebelah kami pasal malam atu kami nda berapa kelihatan.
Madi yang menggunakan lure halco tiger custom madenya telah menerima strike ganas uleh selunsong monster menyebabkan hooknya telangkang akhirnya terlepas namun Madi nda putus asa tarus tah menukar hook VMC lain lagi dan percubaan ke2 kalinya berhasil dengan seekor selunsong berat 6kg lebih merupakan selunsong yang ke7 buatnya. Selepas atu nda lagi ada selunsong yang sudi menyambar lure tiger kami. Dalam jam 7 pagi, Piyambut dan Yawang pun sampai, kali ani Yawang lagi sponsor umpan udang ostris kami.
Sudah cast nda ada hasil, giliran bottom yang kena strike uleh seekor ungah tau² pancing Kupek yang punya kena bedal la...hehe....heng toh..
Aku yang menggunakan pelampong masa atu nda sangka² ku fikir ungah yang menyambar sekali sudah dinaikkan rupa²nya umpak berat 1kg, pelik tapi benar kejarangan jua umpak makan umpan timbul ani hehe..mun sudah rezeki aku ambik...aja. Sebelum aku kan balik pancingku ada strike lagi tapi sayangnya cuma 2kali joranku tunduk tarus tah lepas alum tah rezeki ku tu...Dalam jam 10 pagi Ejam saudara Kupek pun sampai dengan tujuan kan memancing jua pasal kan memajal mengintai selunsong disebabkan kecundangnya sebelum ani dan ternyata berhasil jua akhirnya dengan selunsong berat 4.5kg setelah menunggu sehingga jam 4 petang, berbalooooi tu Ejam. Tahniah pada yang menerima habuan masing².

KHAIRUL VS TOMAN 5KG @ EPM

Ahad 18.07.2010 antara yang turun menomanlak di EPM Jaki, Roy dan Khairul pada jam 12 tengahari. Yang mana Jaki telah keracunan uleh Roy untok mencuba asakan toman monster yang menjadi akhir² ani..., Setibanya di sana, tanpa membuang masa dengan mengunakan perahu Khairul aka Langkang durang pun kestrike spot untok menjejaki toman. Setibanya waktu jam 2.25petang, Khairul mendapat tentangan hebat asakan ganas seekor toman dan berjaya menumpaskannya. Setelah ditimbang beratnya mencecah 5kg merupakan toman yang ke5 buat Khairul kali ani. Manakala Roy tewas dengan seekor toman monster dan Jaki cuma miscall sahaja. Jam 5.30 petang durang pun bercadang hendak balik memandangkan hujan terlalu lebat..waktu atu...., dan Insyallah durang akan beraksi pagi Isnin bersama Asat Albab dan Khairul lagi untok mencuba nasib... Tahniah Khairul ada heng tu....

Saturday, July 17, 2010

3 BARRA VS 3 STA @ DANAU

Sabtu 17.7.2010 jam 12.30 tengah malam Edin, Majidi, Ejal dan Kupek turun memancing lagi di Danau setelah Kupek menaikkan barra monster pada hari Jumaat pagi semakin bersemangat tah lagi member2 kami ani kan memancing jua. Walaupun dari awal jam 1 pagi melabuh pancing namun belum jua berhasil sehinggalah jam 7.30 baru baru tah seekor selunsong yang sudi menyambar umpan ostris Kupek dan berhasil dinaikkan ulehnya berat 8.2kg merupakan selunsong yang ke3 buatnya sebelum atu Kupek cast jua sebanyak 2 kali strike namun kedua²nya terlepas. Strike ke2 jam 8 pagi, umpan Majidi lagi kena sambar uleh seekor selunsong berat 5kg merupakan selunsong yang ke10 buatnya. Strike ke3 dalam jam 8.20 pagi, baru tah giliran Edin yang mana sebelum menaikkan selunsong lesen pertamanya pancingnya kena strike sudah namun terputus dan setelah atu dicubanya mengumpani lagi dan belum jua sampai seminit melabuh umpan, tarus tah kena tarek uleh seekor selunsong berat 6kg tercapai tah sudah hajat Edin kali ani. Bugul yang sampai kemudiannya kan memancing sama kawan²nya pun kena strike sekali uleh selunssong tapi telapas tia jua belum tah ada rezekinya tu. Sebelum balik, pancing Edin sekali lagi kena strike tapi kali ani dengan seekor pari. Tahniah buat Edin yang baru belesen selunsong, Kupek sudah kembali menyengat, Majidi bertambah lagi koleksi selunsong yang ke10 sudah ni...banar² mengamuk tah kali ani selunsong di Danau, kalau nda 7 ekor selunsong yang naik ni.. Anitah Pari lureh Edin sebelum balik...3 hero STA berjaya menawan 3 ekor barra di Danau Menjerit kali ani..MISSION ACCOMPLISHED

Friday, July 16, 2010

BARRA MONSTER KECUNDANG @ DANAU

Jumaat 16.7.2010 jam12.30 tengah malam aku, Majidi, Madi dan Kupek memajal turun lagi di Danau setelah kecundang uleh barra monster pada hari Khamis. Namun alum jua ada hasilnya walaupun sudah awal berada disana. Sehinggalah keadaan sudah beransur terang dalam jam 5.45 pagi, kami mengambil kesempatan untok cast, biasalah...test lure tiger masing² tah tu...ternyata rezeki menyebelahi Kupek dalam jam 6 pagi lure rapala tigernya telah pun disambar uleh selunsong monster serupa jua macam selunsong yang terlepas kemarinnya dan Kupek mengambil masa dalam 8 minit bertarung dengan selunsong tersebut kebetulan air masa atu surut jua bertambah menyukarkan lagi baginya untok menjinakkan selunsong atu. Setelah selunsong tersebut berhasil dinaikkan tanpa menggunakan siut cuma fish gripper saja digunakan, kami melihat keadaan lure tiger milik Kupek telahpun pecah dibahagian bawah disebelah belakang hinggakan tekeluar besi pemigang hooknya. Memang Kupek bernasib baik kali ani walaupun dengan keadaan lure rapalanya yang sudah pecah namun berjaya menumpaskan selunsong monster berat 12.5kg merupakan selunsong ke2 baginya untok tahun ani sekali gus memecahkan rekod selunsong terbesar Emi 11kg lebih pada tahun ani. Tahniah Kupek..GHOST BARRA IS BACK hehe......Beracuuun...rapala tiger ani memang menjadi pujaan selunsong di Danau hehe....Hook depan terlekat dimulut atasnya dan sudah pun dicabut manakala hook dibelakang masih lagi terlekat dimulut bawahnya walaupun sudah tercabut dari badan lure tersebutMacam ani tah usulnya rapala tiger atu setelah dikerjakan uleh selunsong monster, atu ganazzzzz....

TOMAN 3 VS DALAK 2 @ EPM

Khamis 15/07/2010 sempena cuti awam hari ulang tahun Kebawah Duli yang ke64, Asat Albab,Khairul dan Ebel sekali lagi turun menomanlak diEPM pada jam 12.30 tengah hari menggunakan perahu kepunyaan Khairul. Apabila semuanya sudah selesai memasukkan peralatan kedalam perahu, durang pun terus menuju kelubok² dan pembuka kata awal petang atu, Ebel bejaya menaikkan seekor dalak merupakan yang ke53 sudah baginya. Lebih kurang dalam setengah jam baru tah Asat Albab bejaya menaikkan seekor toman yang ke5 buatnya lagi. Nda lama selepas atu Khairul lagi bejaya menaikkan seekor toman merupakan yang ke5 jua baginya dan seterusnya Asat Albab sekali lagi berjaya menaikkan seekor toman yang ke6 baginya dan seterusnya seekor dalak merupakan dalak yang ke95,TAHNIAH Asat Albab,Ebel dan Khairul..bubut membubut sudah ni.... Selepas Ebel belureh dalak pembukaan baru tah Asat Albab lureh seekor toman...Seekor burung dengan tidak sengaja mengenai tali sulam milik Asat Albab hingga menyebabkan tersimpul disayapnya setelah dileraikan burung ani dilepaskan semula...
3ekor toman dan 2 ekor dalak yang berjaya dinaikkan uleh durang ani...