Monday, March 21, 2011

TRIP JELAJAH BARAB BRUNEI BERSAMA LABUAN CASTER @ ULU NYAMOKNYING

Jumaat 18.3.2011 jam 2ptg, member caster dari Labuan iaitu Mizlan, Pak Majeed dan Redzuan telahpun sampai di terminal Feri Muara. Ini adalah kunjungan kali ke3 bagi durang dan kali ani trip kami ke ulu Tutong bertujuan untok membarab dengan menggunakan 3 buah kereta pacuan 4 roda kepunyaan Kiong, Khalid dan Halim. Antara yang turut trip membarab kali ani aku, Asat Albab dan Madi.
Sebelum kami berkumpul di Lamunin sempat lagi aku membawa Labuan caster ani makan nasi katok dulu yang sudah lama di idam2kn oleh durang ani....tercapai jua hasrat makan nasi katok di Brunei hehe.... Dari kiri Asat Albab, Mizlan, Redzuan, Halim dan Pak Majeed bergambar sebelum memulakan XPDC kami.Khalid sedang mengemas barang di belakang kereta pacuan 4 roda miliknya dan memeriksa kalau2 ada barang yang tertinggal...Sebelum masuk ke ulu kami terlebih dahulu melapor diri di pos kawalan.Jam 4 petang kami pun bergerak ke Lamunin dan jam 5 petang kami pun sampai di tempat berkumpul yang mana Asat Albab, Madi, Kiong, Khalid dan Halim sudah pun berada di sana dan setelah atu kami pun bertolak menuju ke ulu Tutong dan sampai di sana pada jam 6.30 petang yang memakan masa 1 jam setengah untok sampai. Setibanya di sana Pakmajeed, Mizlan dan Reduan tak sabar2 kan mengambil kesemptan mencuba cast walaupun hari sudah gelap namun nda berhasil.
Malamnya kami cuma sembang2 sambil menikmati makan malam hidangan yang disediakan oleh Chef Wan dalam tin hehe....jauh tu sampai ulu Tutong bah promo makanan dalam tin ani hehe.... Pada keesokkan harinya 19.3.2011 jam 6 pagi kami pun dah siap sedia untok bertempur tetapi disebabkan hujan lebat turun dengan lebatnya semalaman, air sungainya sudah pun naik tinggi terpaksalah kami berpindah kespot seterusnya dan nampaknya airnya tak berapa tinggi dan memberikan harapan tinggi kepada kami untok terus berjuang membarab terutamanya kepada member kami dari Labuan Castersdan membarab pun bermula....Di sinilah bermulanya perjalanan kami meredah menuju ke perkarangan sungai yang mampu kami jelajahi setelah paras air sungai utamanya dinaiki air. Hasil barab pertama yang diperolehi uleh Asat Albab dengan menggunakan spinner buah Bakau memang mujarab....Hasil barab ke2 Kiong pun berhasil dengan menggunakan spinner buah Bakau juga....Akhirnya kedua-dua hero Labuan masing2 memperolehi seekor barab dengan menggunakan sesudu ABU ISLAND yang mana Pak Majeed terlebih dahulu memperolehinya dan selepas atu baru tah Mizlan manakala Redzuan cuma merasakan strike barab buat seketika saja sebelum barab berjaya melepaskan dirinya.Semasa dalam perjalanan balik akhirnya spinner milikku berhasil juadengan seekor baby barab jua... Mizlan meredah sungai sambil memegang sebatang kayu untok memastikan tempat yang dilalui tah dalam sangat.Sebelum kami balik sempat lagi kami mengambil kesempatan untok bergambar ramai.. Dalam perjalanan balik nda disangka2 rupa-rupanya kawasan kampung Benutan tempat yang kami lalui semasa masuk ke ulu sudahpun kebanjiran disebabkan hujan semalaman sampaikan penduduk kampung tersebut terpaksa menggunakan perahu, nasiblah kereta yang kami gunakan tinggi, kalau nda terpaksa tah bermalam lagi menunggu air surut lagi....Tahniah Mizlan dan Pak Majeed tercapai juga hajat tu... Terimakasih buat Khalid, Kiong dan Halim yang sudi memberikan perkhidmatan pengangkutan pacuan 4 roda bagi melancarkan lagi perjalanan kami sepanjang berada di ulu Tutong tanpa durang ani kami takkan sampai membarab di ulu...

No comments:

Post a Comment