Friday, April 30, 2010

KALAKITOK & KETAMBAK SAJA @ DANAU

Jumaat 30.4.2010 pagi aku sama Bugul turun memancing lagi di Danau setelah mendangar taduh udah. Sesampainya kami disana jam 8.30 pagi, air masa atu pasang tinggi sudah tanpa membuang masa tarus tah memasang kail masing2 namun alum ada rezeki selunsong kali ani cuma kalakitok sama ketambak saja lureh ku dan bugul nda ada lureh apa. Sudah nda lagi ada makannya kami pun balik jam 12 tghari.

DALAK ASAT ALBAB YANG KE84 @ LUBOK KUCING

Jumaat 30-Apr-2010 jam 08.00am sekali lagi Asat Albab turun mendalak kali ani bersama Sofian dan Ibrahim diLUBOK KUCING. Sampai saja durang macam biasa lah tu membawa diri masing2, lebih kurang dalam setengah jam cast baru tah ada dalak yang sudi menyambar lure Asat Albab dalak dan berhasil dinaikkan. Nda lama selepas atu sekali lagi lure Asat Albab kena sambar uleh dalak dan berjaya jua dinaikkanya merupakan dalak yang ke84 jumlah setakat ani , Sofian sama Ibrahim cuma ugat dan miscall saja, nda apa sabar saja geng ah, kadang2 ada tymnya belureh, ada tymnya nada. Jam 10.00am durang pun balik, TAHNIAH Asat Albab..

ASAT ALBAB 2 VS YUS 1 @ LUBOK KUCING

Khamis 29-Apr-2010 jam 4.30petang Asat Albab turun mendalak bersama Yus diLUBOK KUCING baru jua 15minit cast Asat Albab nerima strike dalak tetapi cuma miscall saja. Nda lama selepas atu Yus lagi nerima strike pun miscall jua kira petanda begus lah tu udah, strike kali ke2 baru tah Asat Albab bejaya menaikkan dalak, nda lama selepas atu Yus pun nerima strike dalak dan berjaya dinaikkanya, selepas atu sekali lagi Asat Albab bejaya menaikkan sekong dalak lagi, Yus nerima 2x strike tym last2 minit tapi cuma ugat saja..Tahniah Asat Albab dengan dalak yang ke82 dan Yus dengan dalak yang ke13..
Yus dengan dalak yang ke 13 buatnya kali ani..

MENDALAK LAGI... @ LUBOK GERGASI, LAWU & YABAS

Khamis 29.04.2010, Emi, Madi dan Edin turun mendalak di lubuk gergasi mata satu, baru jua sampai, Madi sudah berhasil menaikkan seekor dalak XL merupakan dalak yang ke26 dan ugat 2x. Selepas atu nda lagi ada strikenya dan durang pun berehat di rumah Edin dulu dan menyambung semula mendalak tapi kali ani di lubuk lawu, di sana cuma Edin saja yang dapat menaikkan dalak size s merupakan dalak yang ke10 baginya dan sama jua lapas atu nda jua ada strike lagi durang pun berpindah lagi ke lubuk Yabas dan terjumpa durang Ebel sudah disana. Lebih kurang sejam udah cast di sana, Ebel berhasil menaikkan seekor dalak merupakan yang ke45 buatnya, Tahniah Madi, Edin dan Ebel buat Emi sabar2 saja ah andangnya tu.... Edin dengan dalak yang ke10 buatnya di lubok Lawu..
Dalak yang ke45 buat Ebel di lubok Yabas

BUGUL BARU BERAKSI KEMBALI @ SG KELAKAS

Khamis 29.4.2010 petang Bugul yang lama udah nda beraksi kali ani mengambil kesempatan mendalak di sg Kelakas selepas balik dari kaja dan berhasil dengan seekor dalak merupakan dalak yang ke3 baginya, tahniah Bugul..

Thursday, April 29, 2010

DALAK EMI KE19 @ LUBOK KABAK2 & LUBOK X

Rabu 28.04.2010 jam 2.30ptg, Emi dan Madi turun mengasting di lubok kabak2 yang mana Emi lurih seekor dalak menggunakan spiner janggut. Selepas 30min cast nda lagi ada strike, durang pun pindah ke lubuk X lagi dan sekali lagi Emi berhasil menaikkan 2 ekor dalak menjadikan 3 ekor dalak untok hari ani merupakan dalak yang ke 19 baginya. Disebabkan perkakas nda lengkap, lure spro Emi masih lagi didalam mulut dalak dan terpaksa tah dibawa mulih, tahniah Emi.Dalak yang diperolehi uleh Emi di Lubok Kabak2
Dan ani 2 ekor lagi lurehnya setelah berpindah di Lubok X..

DALAK EDIN KE9 @ LUBOK TEPIKONG

Rabu 28.4.10 jam 1650 sebelum kaja Edin menyampati mendalak dilubok tepikong untok mencuba nasib lagi walaupun cuaca hujan dari bandar sampai Sungai Liang tapi bila sampai di lokasi hujan pun beranti dan tarus tah Edin cast. Baru jua cast, tarus kana strike oleh dalak size m merupakan dalak yang ke9. Apa boleh buat kan kaja mun nda taruskan lagi mendalak toh, tahniah Edin..

MOON2 MADI @ SG KELAKAS


Selasa 27hb april 2010 petang Emi, Madi dan Jaki buang boring turun ke sungai Kelakas yang mana Emi telah jauh meninggalkan durang Madi sama Jaki kedalam sungguhpun Emi masuk terlebih awal namun Madi jua yang belureh sekong bulan2, sakit jua kepala Emi disebabkan teliat Madi menaikkan ikan bulan2. Tahniah Madi...

Wednesday, April 28, 2010

DALAK MONSTER EBEL LAGI...@ LUBOK YABAS

Rabu 28-Apr-2010 jam 11am lagi2 Ebel bersendirian mendalak di lubok kegemarannya LUBOK YABAS mengambil kesempatan dalam masa setengah jam saja cast berhasil menaikkan dalak monster merupakan dalak yang ke44 buatnya nda sia2 cast walaupun masa yang singkat, tahniah Ebel...

LEPAS RONDA2 MEMBARAB LAGI...@ ULU TUTONG

Pagi selasa 27-Apr-2010 setelah balik daripada membuat rondaan di ulu Tutong sekali lagi Yus mengambil kesempatan datang2 durang di pengkalan tempat durang mula2 turun mengunakan perahu tarus tah cast kira2 dalam 15minit cast Yus pun mendengar bunyi sambaran yang menyambar anak2 lauk apa lagi Yus tarus mengumban ngam2 tempat barab menyambar anak2 lauk dan tarus kena strike barab dan berjaya dinaikkanya merupakan barab yang ke5 buat Yus. Uleh kerana masa sudah suntok dan kereta yang membawa durang balik pun datang Yus pun beranti cast. Lagi2 barab tu...sakit tah lagi kepala member2 ne, sekali lagi TAHNIAH buat yang ke300x Yus,hehehe..

RONDA2 SAMBIL MEMBARAB @ ULU TUTONG

Jumaat 23-Apr-2010 jam 10.00am, semasa durang Yus membuat rondaan di hutan ulu Tutong bersama kawan2 seperjuangan sempat jua ia membarab ketika berehat setelah selesai membuat rondaan, yang mana sudah awal2 membuat persediaan membawa satu set kailnya sebelum memasuki hutan. Apalagi Yus tarus tah memasang lure nda tahan meliat aing masa atu betul2 cun kebetulan jua tempat durang berehat disiring sungai nda lagi membuang masa tarus tah jua cast lebih kurang dalam setengah jam cast baru ada strike barab dan berhasil dinaikkanya,selepas atu langsung nda lagi ada strike mau pun miscallnya. Sakit tah kepala member2 ni Yus...apa2 pun TAHNIAH Yus dengan barab yang ke4 atu....

Tuesday, April 27, 2010

DALAK YANG KE43 @ LUBOK PURAGAM

Selasa 27-Apr-2010 jam 3.30pm Asat Albab sama Ebel dan kawanya turun mendalak diLUBOK 3 SERANGKAI yang mana Ebel dan kawanya sudah pun awal datang dilubok tarus tah Ebel cast sementara menunggu kedatangan Asat Albab, yang mana Ebel telah nerima 1st strike dalak tetapi ugat. Kawan Ebel nda cast cuma ingin hatinya meliat2 saja,tapi jaga2 jangan keracunan saja geng ah,hehehe,datang saja Asat Albab durang pun tarus tah cast macam biasa yang mana Asat Albab nerima 1st strike dalak tetapi ugat nda lama selepas atu sekali lagi Asat Albab nerima strike dalak pun ugat jua,alum tah rezeki tu geng. Lebih kurang sejam durang cast langsung nda lagi ada strike mau pun miscallnya,durang pun pindah jauh kedalam setelah durang sampai tarus tah cast yang mana Ebel baru jua sekali cast tarus nerima strike dalak dan bejaya dinaikkanya yang mana dalak yang ke43 buatnya, tarus tah durang nama kan lubok atu LUBOK PURAGAM, uleh kerana hari kan malam nda lagi ada strikenya dan durang pun balik,TAHNIAH Ebel..

DALAK KE 9 JAKI @ SG.KELAKAS

Isnin 26.04.10 jam 5.45petang, Jaki turun lagi nda jauh dari rumahnya ingin mencuba saja2, walaupun surut sudah tapi sifat memajal tu masih ada. Jam 6.15 ptg Jaki mendapat strike dengan seekor dalak dengan lure spronya...dan 1x ugat..., maka terpaksa tah Jaki mengambarnya sendiri beinterframe kan cap shimano,beg dan rod fenwick nya jua..., tahniah Jaki maju terus...

Sunday, April 25, 2010

KALAKITOK & PARI @ DANAU

Ahad 25.4.2010 pagi aku bersama 2 orang sepupu biniku Bob dan Sham orang Kimanis KK turun mancing di Danau. Kali ani tujuan kan melayan ikan putih aka kalakitok saja memang berbaloi membawa durang ani nampak happy usul durang ani melayan tarikan kalakitok. Dalam masa sejam durang melayan kalakitok durang pun berehat seketika untok berteduh disebabkan cuaca terlalu panas dan aku tarus menunggu pancing durang, nda semena2 masa ku meliat pancing rupanya pancing yang digunakan oleh Bob sudah kena tarik apalagi aku layan lah dalam masa 10 minit bertarung baru tah pari berat 5kg menyerah diri walaupun mainline sama perambut yang dipakai cuma 20lbs dan matakail yang digunakan saiz damit macam matakail andapung. Alhamdulillah naik jua pari atu dan jadi menu makan malam kami, soooodap tuh....
Muka ada banyak senyum warga Kimanis KK ani Sham dan Bob melayan kalakitok.

9 EKOR DALAK @ DI LUBOK PADANG PASIR DAN AL-NA'IM

Ahad 25.04.10 yang turun beraksi atas rancangan bersama Asat, Roy, Sufian, Jaki, Emi dan Madi seawal jam 7.15 pagi telah mencoba berhijrah ke spot di lubok padang pasir dan di lubok naim..., setibanya di sana masing2 lah mencari tempat umpama kubu perang katak. Seawal pagi jam 7.45, Sufian mendapat 1 strike dalak tidak lama kemudian Emi lagi dengan 1 strike dalak merupakan dalak yang ke16 dan Madi jua mendapat 1 strike dalak merupakan dalak yang ke25 dan 1 ekor ugat dalak monster, Jaki 5x ugat 4x miscal, Roy pun 6x miscal belum ada yang berhasil setalah mencuba berkali2... dan Asat Albab mendapat 4 ekor dalak merupakan dalak yang ke80 buatnya.., dan terus berpindah ke spot al-na'im jam 2 ptg dan disana nda ada sebarang riakan ikan, maka berpindah lah durang semula ke spot asal jam 3.30..., casting punya casting nda jua ada lagi sebarang strike, jadi durang pun bercadang untok pulang jam 5.45 petang. Tahniah geng2 yang belureh tadi atu....

Saturday, April 24, 2010

DALAK YANG KE15 EMI @ LUBOK BUTAN TERAPUNG

Sabtu 24.04.2010 petang Emi, Edin dan Jaki turun mendalak di lubuk butan terapung, Emi dan Edin yang baru balik dari Danau terus menyambung disebelah petang dan menjemput Jaki untok join, disebabkan keadaan air yang kurang memuaskan. Edin bercadang untok pindah lubuk. Sedang2 berunding spinner milik Emi yang nda jauh dari kedudukkan kaki Edin tarus kana strike dalak menjadikan dalak yg ke15 buat Emi, Tahniah Emi....

3 EKOR DAKAL TEWAS ULEH ROY @ LUBOK AL NA'IM

Jumaat 23/04/2010 jam 5.00pm sewaktu habis bekerja sekali lagi Roy turun mendalak seorang diri jua, tetapi kali ani tempat lubok lain yang dinamakanya LUBOK AL-NA'IM yang mana telah berhasil menaikkan 3 ekong dalak merupakan dalak yang ke 46 buatnya kai ani 2x ugat dan 1x miscall,betambah lagi koleksi tu eh,apa2 pun Syukur Alhamdulillah rezeki udah tu Roy, ada heng ne......TAHNIAH lagi Roy..

DALAK ROY YANG KE43 @ LUBOK TANTY

Jumaat 23-04-2010 jam 07.00 sekali lagi Roy mendalak seorang diri diLUBOK TANTY mengambil kesempatan dalam masa sejam sebelum waktu berkerja bejaya menaikkan sekong dalak merupakan dalak yang ke43 nya lagi, uleh kerna masa terhad Roy pun beranti cast tarus tah menuju ketempat bekerja, betambah lagi koleksi tu Roy,TAHNIAH Roy,ada masa terluang jangan lalai teruskan mengasting,hehe...

WALAUPUN BABY TAPI ANI DALAK KE42 EBEL UDAH@ LUBOK KUCING

Jumaat 23/Apr/2010 jam 2.30pm sekali lagi Ebel mendalak kali ani bersama Asat Albab diLUBOK TEKAJUT, setelah durang datang di lubok masing2 tah memasang lure kegemaran untok menduga dalak. Lebih kurang sejam durang cast langsung nda ada strike mau pun miscallnya bermacam2 lure udah ditukar pun nda ada jua strikenya, kemungkinan aing nda ngam lagi pun bekas hujan dimalam, durang pun mengambil keputusan untok pindah keLUBOK KUCING semantara masa masih panjang, datang saja durang kelubok macam biasa tah jua lah mencari tempat masing2, lebih kurang 15minit durang cast Ebel bejaya menaikkan sekong dalak baby, yang penting koleksi betambah yo...hehe... Asat Albab kecundang hari ani nda belurih, nda apa Asat Albab alum tah ada rezeki tu,TAHNIAH Ebel, nda lama selepas atu durang Jaki, Madi, Emi, Edin, Azrin dan member seorang namanya Edin pun datang cara kebetulan nda ada bejanji dan durang pun tarus tah jua join cast, setelah bebarapa jam durang cast seorang pun nda belurih cuma miscall saja kecuali Ebel seorang saja yang belurih tadi,apa2 pun sabar saja geng ah,jangan putus asa andang udah menjadi perkara biasa bagi seseorang pemacing dan pengasting tu,he he he..
Lepas semula kehabitat asalnya kesian baby masih tu.....

Friday, April 23, 2010

DALAK EBEL YANG KE41 @ LUBOK YABAS

Jumaat 23-04-2010 jam 08.30 lagi2 Ebel beraksi seorang diri mendalak diLUBOK YABAS mengambil masa dalam setengah jam bejaya menaikkan sekong dalak merupakan dalak yang ke41 buatnya. Selepas belurih Ebel pun balik jangan nda membuang sakit kepalanya saja,hehe....,TAHNIAH Ebel..Anitah lure scum frog mr green milik Ebel yang kana sambar.

2 BULAN-BULAN Vs 1 DALAK @ LUBOK KUCING

Khamis 22.4.10 jam 4.15 petang yang awal turun beraksi ialah Ebel aka logoon, kebetulan dalam diam2 Ebel terserampak tah 3 geng memajal Madi, Emi dan Jaki dan tidak lama kemudian Asat Albab pun ada jua join. Dalam operasi mengasting Madi belureh seekor bulan2 bagi strike pertama dan 1x ugat pada jam 6.20petang, dalam diam2 Jaki lagi mendapat strike bulan2 jam 6.35 petang dengan mengunakan kaedah popper 3D dan 1x ugat dalak, manakala Ebel mendapat 1ekor dalak saiz S merupakan dalak yang ke40 dan 2x ugat dalak dan Asat Albab 1x ugat dalak dan Emi pun 2x ugat dalak. Tahniah Jaki, Madi dan Ebel terutama Jaki yang lureh lesen bulan2.
Emi dengan tekun dan khusuk cast walaupun hari udah semakin gelap tapi memajal jua masih..

Thursday, April 22, 2010

DALAK YANG KE8 JAKI @ LUBOK BUTAN TERAPONG

Khamis 22.04.10 jam 7.45 pagi Jaki berseorangan lagi mencasting dan mencoba nasib di lubok butan terapong lagi, oleh kerana Emi dan Madi ingin membawa mereka di lubok fruity..disebabkan tiada balasan sms mungkin masih tidur, jadi tapaksa tah seorang2 turun dilubok butan terapong.. Jam 7.55 baru lah ada strike pertama dengan 1 ekor dalak, dan 8.25 strike yang ke 2 dan berhasil menaikkan 2 ekor dalak dengan mengunakan lure spro..kali ani sudah betambah koleksi Jaki yang ke8. Tahniah Jaki....

MENDALAK LAGI....@ LUBOK KUCING

Rabu 21-Apr-2010 jam 3.30pm Asat Albab bersama Ebel turun mendalak diLUBOK KUCING,datang saja durang macam biasa ah tu Ebel kekanan Asat Albab kekiri, lebih kurang dalam setengah jam durang cast bermacam2 lure udah dipakai alum jua ada strike dalak mau pun miscallnya tetapi Asat Albab mencuba lure bassrat warna pink yang belum lagi dicubanya baru jua 3x cast tarus kena strike dalak dan berhasil dinaikkanya merupakan dalak yang ke76. Nda lama selepas atu sekali lagi kena strike dalak tetapi bejaya melepaskan dirinya. Selepas atu durang Yus sama Sofian pun datang dan tarus tah masa sendiri membawa diri masing2. Alum lama selepas durang Yus datang kedengaran bunyi suara Ebel terais2 sambil ketawa rupa2nya Ebel bejaya menaikkan sekong dalak merupakan dalak yang ke39 nya kali ani 1x ugat manakala Yus dan Sofian nda belurih cuma ugat saja. Sabar saja geng ah, jgn putus asa cuba lagi kalau ada masa dan peluang,hehehe..TAHNIAH Ebel dan Asat Albab..

MEMBADUS @ LUBOK BELIMBU

Rabu 21.04.2010 jam 430ptg Emi, Madi dan Azrin membadus di lubok 'Belimbu', yang mana Azrin sudah lebih kurang 2 minggu nda mengasting atas kesibukan kerjanya dan kali ani memajal membwa durang ani mencari lubok. Madi berhasil dengan seekor badus walaupun size s namun mampu membuatkan Azrin makin memajal smpaikan badus yang naik ke darat sudah tapi melabuk balik ke aing.sabar sja Azrin, atu namanya alum ada rezeki tu, Tahniah Madi..

LESEN KE 5 JAKI @ LUBOK BUTAN TERAPONG

Rabu 21.04.10 seperti biasa Jaki turun mendalak jam 5.30 petang dengan masa yang singkat namun teluang jua Jaki nda mau mau bekesempatan lagi walaupun lalah andang sakit kepala lagi dari kaja tarus mengambil rod dari rack dengan pakaian ala flyfishing trus zoom ke spot lubok butan terapong tidak lama kemudian jam 5.50 Jaki mendapat strike pertama dalak walaupun keadaan air jernih, tidak putus asa jua Jaki ani berpindah tidak jauh dari kedudukannya mula dan mendapat lagi strike ke dua dengan 1 ekor dalak dengan menguna lure spro serta 1x miscal pada jam 6.10. Dan ini merupakan dalak ke-5 yg di perolehi..Jaki.Tahniah Jaki...Dalak mula2 lurehnya.Terpaksa tah dalak jadi model iklan topi sama set pancing jenama Shimano ni hehe...

Wednesday, April 21, 2010

EMI LAGI LUREH NI.... @ LUBOK TERANCAM

Selasa 20.04.2010 jam 4 ptg, Jaki Emi dan Madi turun mendalak untuk mengisi masa terluang. Lubok pertama iaitu lubok jeranih tidak ada strike lapas atu pindah durang kelubok kedua iaitu lubuk terancam dan Emi mendapat strike di sana menaikan seekor dalak yang ke14 bagi koleksinya kali ani. Jaki 2x miscall dan Madi 4x ugat, tahniah lagi buat Emi buat yang ke 100x nya hehe......

PESTA MENDALAK @ LUBOK KUCING

Selasa 20-Apr-2010 jam 3.30pm Roy bersama Asat Albab turun mendalak diLUBOK KUCHNG. Sampai saja durang disana macam biasa masing2 tah membawa diri dan nda lama selepas atu datang rakan durang Sofian dan Ibrahim yang nda bejanji cara kebetulan lah tu. Lebih kurang dalam 15minit cast datang lagi member dua orang tujuan yang sama nda tau siapa namanya dan nda lama selepas atu Jimi lagi datang. Kali ani nda sunyi kiri kanan kedengaran bunyi suara dan macam pertandingan memacing durang tadi atu. Dipendekkan cerita Roy belurih sekong dalak merupakan dalak yang ke42 nya, Asat Albab belurih sekong dalak jua merupakan dalak ke75, Ibrahim pun belurih sekong dalak,cuma Sofian saja belurih 2ekong dalak manakala Jimi nda belurih cuma ugat saja dan yang bergambar Roy seorang sama dalak lurih durang masing2 saja,TAHNIAH Roy,Asat Albab,Sofian dan Ibrahim..
Anitah dalak lureh durang Asat Albab, Sofian dan Ibrahim....

Tuesday, April 20, 2010

PARI LAGI HABUAN EMI @ DANAU

Selasa 20.04.2010 jam 1tgh mlm, Emi dan Madi turun ke Danau untuk menikmati air biru naik pasang mlm. Sebenarnya planning bertiga sama Majidi tapi sayangnya Majidi sudah beradu dirumah terpaksa tah durang 2 saja berasmaradana di Danau hehe.... kira2 jam 3.30subuh lonceng sama spool bebunyi dan rod pun tunduk, rupanya milik Emi dan berjaya menaikan pari bintik seberat 6kg atas tunjuk ajar dari Madi. Sampaikan bepaluh2 jua Emi mempump tangsi yg habis dalam spool. Tahniah Emi...

LESEN DALAK KE 3 JAKI @ LUBOK BUTAN TERAPONG

Isnin 19.04.10 jam 5.15petang setelah ada kesempatan dan peluang tidak sia2kan, Jaki yang mana ingin mencoba nasib bersendirian saja di lubok butan terapong. Tanpa berlingah nda mau2 tarus memajal ke spot yang telah di riki sebelumnya. Jaki mendapat sambaran pertama dan kedua namun ugat...dalam perjalanan berpindah tempat sedikit dimana ternampak pohon kayu yang sudah mati dan disana tah Jaki mendapat sambaran dan tarikan yang amat kuat baru jua sekali cast dan tarus mendapat seekor dalak pada jam 5.55 petang...dan 2 kali miscall...tahniah Jaki maju terus....
Basar dalak atu Jaki baru ya yang ke3 udah tuh..teruskan usaha

DALAK 2KG EMI @ LUBOK SERUMA2

Isnin 19.04.2010 jam 5 ptg, Emi dan Madi mendalak di lubok seruma2. Disebabkan masa singkat durang bedua jangan nda membuang masa dan main2 saja cast yang mana Emi mula2 kena double miscall disangkakan cuma dalak damit saja tapi sudah miscall yang ke3 barulah menampakkan reaksi dalak bagak apalagi Emi dan Madi pun memajal sampai Emi jua berhasil akhirnya menaikkan sekong dalak berat 2kg n dalak yg ke13 baginya. Madi pula hanya ugat 2x. Tahniah Emi dapat dalak monster udah tu...

DALAK ROY YANG KE40 @ LUBOK MEMBAWA RASA

Ahad 18/04/2010 jam 3.30pm durang Roy bersama rakan2nya Sofian dan Ibrahim mendalak di LUBOK MEMBAWA RASA yang mana Sofian belurih sekong dalak dan Ibrahim pun belurih sekong dalak jua,mana kala Roy sakit kepala meliat rakan2nya belurih namun masih jua memajal dan hasil memajal belurih tia sekong dalak dalam jam 5.30ptg udah. Nda lama selepas atu belurih lagi Roy sekong dalak dalam last2 minit kan balik jam 6.15ptg kali ani membuatkan koleksinya bertambah lagi menjadi yang ke40, atu baru ya rezeki Roy,TAHNIAH Roy, Sofian dan Ibrahim...
Sofian pun belureh sekong dalak petang atu yang mana sebelah pagi belureh sekong jua.

Monday, April 19, 2010

DALAK ROY YANG KE41 @ LUBOK SENTUHAN KECUNDANG

Isnin 19-Apr-2010 jam 07.30am sekali lagi Roy mengambil kesempatan sebelum waktu bekerja mendalak seorang diri tempat kegemaranya diLUBOK SENTUHAN KECUNDANG,datang saja tarus tah cast,baru jua 3 ke 5x umban tarus kena strike dalak dan berhasil dinaikkanya merupakan dalak yang ke41,Uleh kerana masa udah suntok kan bekerja lagi tepaksa jua beranti cast dan tarus tah ketempat bekerja,tambah saja koleksi atu Roy,TAHNIAH Roy..

LESEN DALAK KE2 JAKI @ LUBOK MEMAJAL

Ahad 18.4.10 petang, yang turun mendalak Madi, Edin bersama anaknya dan Jaki di lubok memajal..jam 3 ptg. Lamanya nda ada strike cuma miscall yang banyak di lubok mula2, lapas atu tarus berpindah ke lubok kedua cuma Jaki saja ugat. Jam 5.15 ptg baru tah Jaki mendapat strike dan mendapat seekor dalak merupakan dalak yang ke2 bagi Jaki kali ani lapas atu baru tah orang sakit kepala datang Emi aka kendurau yang mana baru balik dari KB ada urusan dan tarus ke lubok memajal nda jua mahu ketinggalan mendalak. Berpindah lagi durang spot ke 3 yang mana Emi cuma ugat 1x lapas atu nda lagi ada strike. Edin, Emi dan Madi harap besabar alum tah ada rezeki tuh, tahniah Jaki aka Bungkas@ Sangkar..
Lure SPRO jadi taruhan Jaki baru ya solid hookup tu...

4 HARI DIAM2 RUPANYA YUS BERAKSI

HARI KEEMPAT Hari Ahad 11/04/2010 jam 08.00am Yus turun seorang diri mendalak dilubok yang dinamakanya LUBOK X3 berhasil menaikkan sekong dalak merupakan dalak yang ke12 ,4x ugat,TAHNIAH3x Yus..
HARI KETIGA
Khamis 15/04/2010 jam 4.30pm masih jua Yus seorang turun membarab di ulu Tutong kira kan mencuba tarus lure pencil yang baru dibalinya lagi. Sampai saja macam biasa lah tarus tah cast, baru jua 3x cast tarus kena strike uleh barab, tetapi sayangnya ugat. Alum jua Yus mengaku kalah masih terus menerus cast akhirnya kena strike jua dan berhasil dinaikkanya merupakan barab yang ke3 buat Yus, Adeh.....! barab lagi Yus..! Adui.....makin sakit tah kepala kami ne..hehe...TAHNIAH Yus..
HARI KEDUA
Rabu 14/04/2010 jam 07.30am, Yus turun maseh jua seorang diri tetapi kali ani membarab di ulu Tutong. Sampai saja di lubok nda tah payah berabut2 kan mencari tempat cast pasal seorang saja, lebih kurang dalam sejam cast memakai lure pencil alum jua ada strikenya tarus tah Yus menukar lurenya ke lure popper strike pro pun sama jua alum ada strikenya namun alum jua mengaku kalah last2 baru tah ada strike barab merupakan barab yang ke2 bagi Yus kali ani, barab ani tah yang membuat member2 STA sakit kepala lagi ni nanti...hehe..TAHNIAH Yus..
HARI PERTAMA
Selasa 13/04/2010 jam 07.30am, Yus yang lama nda beraksi kali ani turun memajal mendalak seorang diri diLUBOK X3, setibanya di lubok yang mana sudah siap sedia bepasang lure scum frog baru jua sekali umban tarus kena strike dalak dan berhasil dinaikkan, nda lama selepas atu kena strike lagi tetapi ugat, alum jua Yus bepuas hati masih memajal cast dan kena strike lagi baru tah bejaya dinaikkanya merupakan dalak yang ke 11 bagi Yus setakat ani. Uleh kerana cuaca tym atu terlalu panas tepaksa tah jua balik, Tahniah Yus....