Thursday, March 31, 2011

TOMAN2 VS DALAK1 @ EPM

Isnin 21.3.2011 jam 6 pagi....Asat Albab, Hj Pangan dan Danan aka Labooh turun menomanlak lagi di EPM. Setelah beberapa jam menjejaki tomanlak Capt Asat Albab bejaya menaikkan seekor toman dan sekali pertarungan yang hebat bersama toman monster dan suasana pun sunyi buat seketika cuma kedengaran bunyi drag spool Abu Garcia CARDINAL 504 ALBi saja masa atu. Dalam beberapa saat bertarung toman monster akhirnya berjaya melepaskan dirinya. Manakala Hj Pangan pun bejaya jua menaikkan seekor toman dan beberapa kali ugat (lepas) misscall.

Tidak ketinggalan jua Danan pun berjaya menaikkan seekor dalak dan beberapa kali misscall. Masa rehat tengah hari durang pun mengambil kesempatan membottom namun tidak berhasil, TAHNIAH Capt Asat Albab,Danan aka Laboh dan Hj pangan aka Piyambut..

No comments:

Post a Comment