Ahad 06/03/2011 jam 06.00 pagi, sekali lagi trip membarabdus ke ulu tutong (Nyamoknying) cuma 3 orang saja beraksi menggunakan 4x4 milik Kiong aka Sabat disertai uleh Asat Albab dan Madi aka Kambayau.
Kelihatan dari jauh dengan jelas gunung Mulu yang terletak di Sarawak ketika dalam perjalanan di kawasan tinggi ulu Tutong.Madi menggunakan Rattlin Strike Pro warna putih berjaya memikat sang barab ani.....Setelah sampai kedestinasi, baru jua 5minit cast Madi berhasil menaikkan seekor barab dan seterusnya menaikkan 3 ekor barab menjadikan 4 ekor barab ulehnya.
Nda lama selepas atu Kiong pun berjaya jua menaikkan seekor barab dan seterusnya Kiong berhasil lagi menaikkan 3ekor barab.
Walaupun sama jumlah barab Kiong sama Madi tapi Kiong mempunyai kelebihan berhasil menaikkan seekor baung dengan teknik cast sekali gus lesen barunya.
Manakala Asat pun berhasil jua menaikkan seekor barab dan seekor badus aka bujuk sekali gus renew lesen badusnya..9 ekor barab, seekor baung dan seekor badus aka bujuk yang diperolehi pada trip kali ani....tahniah Kiong, Madi dan Asat Albab...tunggu trip yang akan datang lagi....
No comments:
Post a Comment