Tuesday, August 30, 2011

TOMAN PENGHUJUNG RAMADHAN @ EPM

Ahad 28/08/2011 jam 07.30 pagi.... Operasi menomanlak diEPM masih lagi diteruskan walaupun dipenghujung bulan ramadhan yang dianggotai uleh cuma dua orang pemajal saja iaitu pemilik perahu sendiri Cpt Sofian aka Kuyan dan Roy aka Marak. Operasi sebelah pagi dijalankan dengan kaedah WALK THE DOG langsung nda ada strikenya. Jam 12 tengah hari.. durang pun berehat sambil membottom cuma Cpt Sofian saja berhasil menaikkan seekor toman. Uleh kerana membottom pun nda berapa memberangsangkan, durang pun bertukar mencuba lagi dengan kaedah WALK THE DOG dan kali ani baru tah giliran Roy berhasil menaikkan seekor toman manakala Cpt Sofian pun berhasil jua menaikkan seekor toman lagi,TAHNIAH Cpt Sofian dan Roy.

Thursday, August 25, 2011

SUMPIT-SUMPIT LAGENDA AWANG SEMAUN @ SG PEKAN TUTONG

Selasa 23/08/2011 jam 6 petang.... sebelum sungkai, Yus turun cast secara solo mengambil kesempatan cast di sungai pekan Tutong belakang balai polis berhasil dan menaikkan seekor ikan sumpit-sumpit legenda Awang Semaun, TAHNIAH Yus..

Monday, August 22, 2011

KALAKITOK KAN SUNGKAI @ DANAU & KUALA TUTONG

Sabtu 20.08.2011 jam 10.30 pagi... yang turun beraksi berperahu kali ini Jaki, Sofian dan Capt. Asat Albab.., perancangan bermula ingin mencoba WALK-THE-DOG namun tiada berhasil di sepanjang sungai Danau dan kuala Tutong walaupun 2 ekor selunsong menunjukkan reaksi akrobatik berhampiran namun tiada respond, jadi durang pun berpindah spot kaedah membottom cuma layanan berturut beberapa ekor kalakitok, ungah, ketambak dan gelama disaat durang hendak berbuka puasa. Tahniah yang belureh kepada yang hot atu sabar saja ah...
Anitah hasil dari membottom setelah kaedah mengasting nda berhasil.

Sunday, August 21, 2011

TAWIH ADA LAGI... @ DANAU

Sabtu 20.8.2011 jam 2 petang...Rimi bersama kawannya Faizal turun membottom di Danau lagi dan berhasil menaikkan 2 ekor tawih dan seekor umpak, tahniah kedua2nya...fikir habis sudah musim tawih ani, rupanya ada lagi bah...!

Saturday, August 20, 2011

YOZURI REDHEAD PIKAT 1ST LESEN BEKALANG @ DANAU

Jumaat 19.8.2011 jam 5.45 petang...aku, Rawe, Hensem Boy dan Gulin turun cast di Danau selajur sungkai di sana yang mana baru jua Hensem Boy sekali cast terus kena strike uleh bekalang pada mulanya kami fikirkan selunsong. Akhirnya berhasil jua menaikkan bekalang tersebut dengan menggunakan lure yozuri redhead yang baru dibelinya dan merupakan 1st lesen bekalang baginya manakala aku cuma misscol 2 x alu2 dan Rawe 1 x misscol alu2 jua, tahniah Hensem Boy...muka ada banyak senyum wa...

HARI KE2 SELUNSONG 8.5KG @ DANAU

Jumaat 19.8.2011 jam 5 pagi... HJ Pangan turun casting lagi di Danau bersama 2 orang kawannya Azmi dan Dann..Baru jua Hj Pangan cast 2 ke 3 kali, lure yozuri miliknya kena strike uleh selunsong tapi sayangnya terlepas. Selepas atu giliran Azmi lagi kena strike uleh alu2. 3rd strike baru tah seekor selunsong berat 8.5kg berjaya dinaikkan uleh Danan, tahniah Danan 2 hari 2 ekor selunsong udah naik ni...ada heng toh...!

Friday, August 19, 2011

SELUNSONG NDA PUASA @ DANAU

Khamis 18.8.2011 jam 3 ptg...Hj Pangan turun membottomcast di Danau bersama 3 orang kawannya Azmi, Danan dan Ahim. 1st strike Ahim, seekor alu2 berhasil memutuskan perambutnya dan selepas atu baru tah giliran Danan yang sedang cast berjaya menaikkan seekor selunsong 3kg menggunakan lure rapala, Tahniah Danan.

Thursday, August 18, 2011

SELUNSONG SELEPAS SUNGKAI @ DANAU

Rabu 17.8.2011 jam 3 petang....Rimi beraksi kembali secara solo di Danau dengan berbekalkan udang saiz queen dan berhasil dengan seekor ungah dan 2 ekor kalakitok. Sehinggalah selepas waktu sungkai baru tah ada selunsong berat 2kg labih yang sudi menyambar umpannya dan berhasil dinaikkan, usulnya sungkai tah jua selunsongnya ani...tahniah Rimi.

MJ UNTOK MENU SAHUR @ JAMBATAN SERAMBANGUN

Rabu 17/08/2011 jam 01.00 pagi.... Yus mengambil kesempatan sebelum sahur turun secara solo membottom di jambatan Serambangun dan berhasil menaikkan 2 ekor ungah 3x putus dan 2x lepas gugur keaing semula tym menaikkan dari atas jambatan. Nda apa 2 ekor sudah ada untok menu sahur ni.....TAHNIAH Yus..

Wednesday, August 17, 2011

LAYAN 7 EKOR BARAB TYM PUASA @ ULU TUTONG

Selasa 16.8.2011 jam 4 petang....Danan aka Laboooh turun solo mencuba membarab di ulu Tutong setelah mengetahui sehari sebelumnya telahpun hujan di ulu dan rindu jua kan tarikan barab yang sekian lama ditinggalkan. Hasilnya 7 ekor barab berjaya dinaikkan uleh Danan kali ani....kira terlabih karan udah ni geng hehe....tahniah 100000x.

Tuesday, August 16, 2011

TOMAN 10 VS DALAK 4 @ EPM

Ahad 15/08/2011 jam 07.00 pagi... pemburu bersiri tomanlak kini kembali lagi beroperasi di EPM menggunakan perahu milik Cpt Sofian aka Kuyan yang disertai uleh Roy aka Marak dan Ibrahim. Setelah berjam2 operasi menjejaki tomanlak dijalankan dan juga membottom, kali ani hasil cukup lumayan dan sungguh menggembirakan yang mana 10 ekor toman dan 4 ekor dalak berjaya dinaikkan. Sofian berjaya menaikkan 1 ekor dalak dan 6 ekor toman salah seekor daripadanya toman monster berat 6.5kg 2x lepas, 1x misscol toman monster jua berkemungkinan pasangan toman monster lurehnya.

Ibrahim bejaya menaikkan 1ekor toman 2ekor dalak dan berkali2 lepas dan juga misscol manakala Roy berjaya jua menaikkan 3ekor toman 1ekor dalak 3x lepas dan berkali2 misscol TAHNIAH SEMUA..

Monday, August 15, 2011

MEMBOTTOMPOP @ PILONG ROCK

Sabtu 12.8.2011 jam 4 petang....Babah, Boy Sangkut dan fadli turun di muara tujuan kan mempop dan membottom..Spot awal2 sekali iaitu Pilong Rock..yang mana Boy Sangkut kena strike sudah awal2 uleh banau tapi terlepas dan serupa jua Babah yang mana banau tersebut berjaya memutuskan leader vanish 40lbs dan sekaligus menapau popper halco rosta biru milik babah. Selapas atu baru tah Boy Sangkut strike lagi pada mula2nya durang sangkakan lauk putih biasa sekali sudah hampir rupa2nya blue fin gt yang menyambar popper halco roosta nya dan berjaya dinaikkan didalam beberapa minit. Babah pun turut jua kana strike selepas atu uleh gt namun setelah bermain, mainline 14lbs lagi putus disebabkan kelupahan merelease spol drag...kana tapau tia lagi lure halconya hehe...


Cast punya cast kana strike lagi popper halco rosta gold milik Babah uleh banau dan dalam beberapa minit bermain dengan mengunakan line 14lb...akhirnya banau berjaya dinaikkan.


Jam 7 malam...durang pun berpindah spot untok membottom di kawasan pelabuhan..Boy Sangkut berjaya menaikkan beberapa ekor ketambak..fadli menaikkan umpak dan lapih manakala Babah cuma lureh seekor ketambak saja, tahniah semuanya yang belureh atu..

Sunday, August 14, 2011

TRIP 3 M @ PERAIRAN LAUT TUTONG

Sabtu 13.08.2011 jam 10.30 pagi....trip membottom, menakat dan meambur di laut Tutong kali ani hasil rancangan dan disponsor oleh Jaki disebabkan keracunan trip minggu lepas yang disertai oleh Asat Albab, Yahya dan Capt Jali yang empunya perahu.

Hasil dari trip 3 M ani, durang berjaya menaikkan bermacam-macam tangkapan seperti tenggiri 4kg, lingkuh aka alu2, anduping, sulit, pari, lenguran, kerapu, ikan merah dan lantaran.....Tahniah dengan hasilnya atu geng...

Friday, August 12, 2011

GELAMA DIMALAM RAMADHAN @ BATU JERUDONG

Jumaat 12.8.2011 jam 12.30 tengah malam...Rawe, Labu, Hensem Boy, Gulin dan Jumat turun membottom di batu Jerudong dan berhasil dengan rata2 ikan gelama saja yang diperolehi uleh durang ani..syukur tah rezeki jua tu....Mr Labu sebelum ani digelar Mr Utik masa ani udah ditukar Mr Gelama tia hehe...cukup dengan muha ganasnya atu....jangan marah brader hehe...Hensem Boy control hensen jua banar dengan gelama ulehnya...Anitah Jumat memecahkan kesunyian ada saja ni yang dicetanya nonstop mun nda ada ia ani sunyi banar tooohh...pun lureh gelama jua, tahniah semuanya...

UNGAH BERSAHUR TAH JUA @ SUNGAI SERAMBANGUN

Rabu 10/08/2011 jam 11.00 malam... Aktiviti membottom di sungai Kuala Tutong dengan menggunakan perahu milik Sofian aka Kuyan kali ani disertai oleh Roy aka Marak dan Asat Albab. Setelah sampai ke spot pertama lebih kurang dalam sejam membottom alum jua ada hasilnya, terpaksa tah pindah kespot yang seterusnya pun sama alum jua ada hasilnya hinggalah durang pindah lagi last spot sebelum balik untok bersahur iaitu di bawah jambatan Serambangun, baru tah ada hasilnya yang mana Sofian berhasil menaikkan 2ekor ikan ungah. Asat Albab berhasil jua menaikkan seekor ikan ungah manakala Roy alum ada rezekinya cuma lepas saja..hot lagi....TAHNIAH Asat Albab dan Sofian..

Thursday, August 11, 2011

UNGAH SEBELUM SAHUR @ JAMBATAN SERAMBANGUN

Khamis 11/08/2011 jam 12.30 tengah malam... sambil menunggu sahur.. Yus, Jai dan Ibrahim mengambil kesempatan membottom dari atas jambatan Serambangun dan dalam beberapa jam menunggu, berhasil jua akhirnya menaikkan seekor seorang ikan ungah dan juga beberapa ekor ikan utik. Dapat tah sudah dijadikan menu untok bersahur tu...TAHNIAH semua yang belurih tu..

BARAB PONTENG PUASA @ ULU TUTONG

Selasa 9.8.2011 jam 4.30 petang...buat pertama kalinya Danan aka Laboooh turun beraksi dibulan puasa ani membarab secara solo di ulu Tutong, berhasil dengan 2 ekor barab menggunakan lure Abu Island 11...misscol 3 kali. Tahniah Danan..barabnya nda puasa bah...

Monday, August 8, 2011

SPINNER JANGGUT PIKAT DALAK @ LUBOK KUYAD

Ahad 8.8.2011 jam 6.15 hingga 7.45 pagi....1st tym di bulan puasa ani Jaki turun mendalak secara solo lagi dengan menggunakan lure spinner janggut dan berhasil memikat seekor dalak saja dan 3 kali lepas... Tahniah Jaki, rezeki di pagi Ramadhan.

Sunday, August 7, 2011

REZEKI RAMADHAN @ PERAIRAN LAUT TUTONG

Sabtu 06/08/2011 jam 3 petang..... Roy aka Marak, Sofian aka Kuyan dan Asat Albab turun membottom di perairan laut Tutong bersama Cpt Jali menggunakan perahu kepunyaanya sendiri yang begitu lama nda nampak kini aktif kembali dalam bulan Ramadan sama2 sungkai dan sahur pun di tengah laut. Sebelum beraksi terlebih dahulu durang mencari umpan hidup dengan teknik menganjun dan setelah umpan sudah banyak diperolehi, masing2 tah memasang pancing dan dalam beberapa minit membottom masing2 tah menaikkan bermacam2 jenis ikan seperti ikan tenggiri, kerapu, lenguran, beberahan dan lain2.TAHNIAH SEMUANYA.

Saturday, August 6, 2011

TD7 ULTRAMAN & TD7 DEEPPURPLE VS TWIN MJ @ LUBOK LENA

Jumaat 5.2011 jam 2 petang...aku, Babah, Fadli dan Boy Sangkut turun casting menggunakan perahu kepunyaan Babah di Lubok Lena yang mana Babah berhasil menaikkan seekor ungah dengan menggunakan Rapala TD7 ULTRAMAN(Redhead), 1 kali ugat seekor selunsong dan 3 kali misscol. Selepas atu baru tah aku lureh seekor ungah jua dengan menggunakan Rapala TD7 DEEPPURPLE, 2 kali ugat ungah monster dan 1kali miscol. Manakala Boy Sangkut dan Fadli cuma ugat dan beberapa kali misscol saja.

Friday, August 5, 2011

UNGAH ULEH MEMBOTTOM @ JAMBATAN SEREMBANGUN

Jumaat 5/08/2011 jam 1 pagi... Yus bersama Jai kawan setugasnya turun membottom di jambatan Serambangun Tutong mengambil kesempatan dalam beberapa jam sebelum sahur. Yus berhasil menaikkan seekor ikan ungah berat 1.2kg dan beberapa ekor ikan utik manakala Jai cuma berhasil menaikkan beberapa ekor ikan utik saja..nda hal tu bro walaupun utik ada jua kan disintak tu..daripada nada langsung hehe...TAHNIAH Yus dan Jai.

Wednesday, August 3, 2011

ADA REZEKI LABIH NI... @ PERAIRAN TUTONG

Selasa 02/08/2011 jam 5 pagi.... Kuang (Staff Deep Blue Fishing), Lazim dan Maggie turun ke laut Tutong menggunakan perahu kepunyaan Maggie.
Anitah Lazim sama Maggie dengan hasil yang memberangsangkan.Bermacam2 jenis ikan yang diperolehi seperti kerapu, sulit, keratang, kerisi dan lain2 jenis ikan dianggarkan dalam 1 pikul lebih. TAHNIAH Kuang, Lazim dan Maggie.

Tuesday, August 2, 2011

KOPPERS KEMBALI BERKASI LAGI...@ LUBOK J

Isnin 1.8.2011 jam 5.30 petang...aku turun menomanlak di lubok J secara solo dan berhasil cuma dengan seekor dalak saja menggunakan lure koppers hijau yang sekian lama nda beraksi setelah tidak berhasil menggunakan lure popper hinomiya froggy walaupun 2 ekor toman yang sudah melihatkan dirinya dipermukaan air...
Jarih dah koppers hijauku ani kana talan uleh dalak, berjasa udah tooooh... hehe.....

Monday, August 1, 2011

ALUM ADA REZEKI UNGAH KALI ANI...@ KUALA TUTONG

Ahad 31/07/2011 jam 8 pagi.....Sofian aka Kuyan kali turun di Kuala Tutong menggunakan perahu miliknya yang disertai uleh Cpt Asat Albab dan Yahya aka sangkak yang turun sebelum ani sama kawannya dan banyak belureh ungah cuma nda bergambar saja. Umpan yang digunakan kali ani udang hidup, tamban mati dan rumahan mati. Percubaan spot 1 dan 2 tidak mendatangkan hasil sehinggalah beredar kespot yang ke3 baru tah berhasil menaikkan bermacam2 jenis ikan tapi cuma ikan ani saja antara yang sempat digambar seperti 2 ekor ikan sembilang, seekor kapas2, seekor ikan kalikitok dan seekor ikan usus...TAHNIAH semuanya..nda apa walaupun ungah yang ditarget atu nda lureh cuba lagi dilain hari geng....