Wednesday, February 29, 2012

LAYAN KERAPU DENGAN UL LAGI..@ JPMC

Rabu 29.2.2012 jam 5.30 ptg...aku bersama Hamizan(jr) turun cast lagi di JPMC dan rupanya Siid pun ada di sana dengan tujuan yang sama. Aku cuma berhasil menaikkan seekor kerapu dengan menggunakan sp bakau warna biru dan 2x miscol.
Atu gelap muha bukan bakas mengasting ni..yatah bakas latihan bebearis hari2.
Manakala Siid berhasil menaikkan 3 ekor kerapu menggunakan lure rapala CD3, tahniah Siid memang karannnn ul lagi ni hehe..

3 EKOR KERAPU JADI MANGSA SP BAKAU LAGI..@ JPMC

Selasa 28.2.2012 jam 5.30 ptg...aku bersama Hamizan(jr) turun cast lagi test ul rodku di JPMC yang mana sebelum ani freshwater sudah lureh karok sama barab dan kali ani aku berhasil menaikkan 3 ekor kerapu menggunakan lure sp bakau dan 1 biji sp bakau ku terkorban uleh ungah aka mj yang sudah menampakkan dirinya.

Rod-Timber wolf 2-5lb
Reel-Okuma Inspira IA
line-berkley fireline fused 4lb
leader-rapala tough12lb
Lure-sp bakau

Tuesday, February 28, 2012

MJ AING TEA C @ LUBOK LENA

Selasa 28.2.2012 petang...Jun turun cast di lubok lena secara solo walaupun dengan keadaan aing yg macam tea c disebabkan hujan semalaman namun Jun masih jua mahu mencuba dan berhasil dengan seekor mj kali ani, tahniah Jun.

SHAD RAP BERHASIL MERENEW LESEN BARAB @ SG KELAKAS

Isnin 27/02/12 jam 3.45 ptg...Madi turun cast di sg Kelakas secara solo pada mulanya dan disusuli kemudian oleh Hj Rahim pada jam 5 ptg bertujuan kan mendalakdus saja namun cuma Madi saja belureh 1 ekor mamamia barab & 1 ekor baby barab dengan menggunakn rapala shad rap. Tahniah Madi renew jua sudah lesen barab untok tahun ani hehe...

Monday, February 27, 2012

MAIN2 UL LUREH KETAMBAK @ DANAU

Ahad 26.2.2012 jam 5.40 ptg...Aku sama Madi turun cast di Danau yang mana sebelumnya Madi bercadang untok turun bersama Hj Rahim di sg Kelakas tapi sudah keracunan ukehku, join tah ia jua hehe...Set medium sama ul action kali ani dibawa dan setelah menggunakan medium action nda berhasil, aku pun mencuba main ul action dengan menggunakan lure sp bakau dan ternyata berhasil menaikkan seekor ketambak(1st lesen cast) dan juga seekor kerapu semua CPR selepas atu manakala Madi cuma miscol saja...

NDA ADA MONSTER,TOMAN MIMIT SAJA @ EPM

Ahad 26.2.2012 pagi...Ronie turun menomanlak di epm bersama seorang adinya dan 2 orang kawannya Hj Madini sama Lijan. Kali ani toman monster nda berhasil namun sebanyak 10 ekor toman mimit dan 6 ekor dalak saja yang berjaya dinaikkan uleh durang, tahniah semuanya.

Sunday, February 26, 2012

LESEN BADUS @ SG KELAKAS

Ahad 26.02.2012 jam 4 petang... Hj Rahim turun secara solo di Sg.Kelakas memandangkan pada mulanya Madi berniat menyusul kemudian mendalakdus tiba2 berubah rancangan trip ke Danau setelah teracun oleh Azlan. Walau macamana pun Hj Rahim tetap jua meneruskan dan berhasil menaikkan seekor badus saja, tahniah Hj Rahim.

WTD MENOMANLAK RED BOAT @ EPM

Sabtu 25/02/2012 jam 7pagi..Ops menomanlak masih lagi berjalan lancar diEPM yang disertai uleh Cpt Amizul aka Lambus dan Asat Albab dengan menggunakan perahu RED BOAT kepuyaan Hj Musa. Kaedah Casting..1 ekor dalak tewas uleh Amizul dan beberapa kali tewas uleh tomanlak ugat (lepas) manakala 2 ekor lagi dalak dan 1 ekor toman tewas uleh Asat juga beberapa kali tewas uleh tomanlak. Kaedah Bottom,1 ekor toman tewas uleh Amizul, 3 ekor lagi toman tewas uleh Asat,TAHNIAH Amizul dan Asat..

Saturday, February 25, 2012

OPS MENOMANLAK HARI KEBANGSAAN KE28 @ EPM

Khamis 23.2.2012 jam 6.30 pagi...operasi menomanlak dihari Kemerdekaan mengunakan perahu Roy sekaligus menjadi cpt bot disertai oleh Kwang(deepblue) dan Suratino. Strike pertama jam 9 pagi Sur berjaya menewaskan seekor dalak dengan kaedah cast sehingga jam 10 pagi, barulah Kwang berjaya menewas seekor toman 3kg 300gram dan Sur juga berjaya menewaskan seekor dalak lagi ditempat yang sama.
Jam 12 tghari...tym rehat makan sambil membottom tidak mendatangkan hasil dan kaedah cast disambung semula sebelah petangnya. Jam 4 petang...baru tah giliran Roy menaikkan seekor toman saja,tahniah semuanya.

Friday, February 24, 2012

RENEW LESEN HAMPALA N PUYU DIHARI MERDEKA KE28 @ ULU TUTONG

Khamis 23.2.2012 petang...setelah nda berhasil mengasting pada paginya di lubok tapau disebabkan air yang nda membarangsangkan, aku sama Awngku(Kingfisher Yozuri) beraleh membarab di ulu Tutong pada sebelah petangnya dan kan mentest tarus rod ul baru ku TimberWolf 2-5lb 6' ternyata berhasil jua dengan 1st n 2nd blood ikan karok aka puyu(CNR) menggnakan lure micro bakau manakala 3rd strike barulah berhasil dengan seekor barab aka hampala(CNR) menggunakan lure sp bakau beracunku manakala Awangku cuma terlepas dan kana buli uleh barab beberapa kali hehe..
Walaupun Awangku nda belureh ikan, belureh baju Rapala jadi tah hehe..tq Awangku mendatangkan baju ani... jadi model tshirt Rapala tah kami ni jangan jelezzzzzz ah...

DALAK & TUKA-TUKA HARI KEMERDEKAAN KE28 @ EPM & KUALA TUTONG

Khamis 23.2.2012 pagi...sempena cuti awam bagi sabutan hari kebangsaan Negara kitani Brunei Darussalam, Ronie bersama Hj Riduan dan Hj Madin mengambil kesempatan turun di EPM tujuan untok menomanlak dan cuma seekor dalak saja diperolehi..
Manakala sebelah petangnya lagi, durang turun membottom di Kuala Tutong dan Ronie berhasil dengan seekor tuka2 aka pari saja...tahniah Ronie baru ya mancing merdeka marathon (TRIPLE M) hehe...

Wednesday, February 22, 2012

MEMBELIDA+BULAN+DALAK= DALAK SAJA LUREH @ SG KELAKAS

Selasa 21.02.2012 jam 5.15 hingga 6.30 petang...yang turun mengcasting di sg Kelakas terdiri dari Madi, Asat dan Jaki serta di susuli kemudian uleh Emi dan kawannya. Strike pertama yang baru beberapa minit cast, Jaki berhasil menaikkan seekor dalak manakala yang lain cuma ugat sahaja atau hot kali tu...hehe..Tahniah Jaki.

Tuesday, February 21, 2012

LONELY TALAPIA @ SG KELAKAS

Ahad 19.2.2012 jam 10.30am...Madi turun mengasting lonely di sg.Kelakas lagi dan kali ani Madi belurih 1ekor talapia lonely jua dengan menggunakan lure micro strike pro... dan beberapa x ugat belida dengan menggunakan lure sp yang penting naik talapia dengan teknik casting kali ah, tahniah Madi...
Anitah lure micro strike pro berjaya menggoda talapia sg Kelakas.

Monday, February 20, 2012

LAYAN MJ & ALU-ALU PAKAI UL SET MEMANG SIOK BAH.. @ LUBOK TAPAU, LENA & BEKUKU

Ahad 19.2.2012 jam 11pagi...aku baru tah join cast bersama Jun, kak Yong(wifenya) serta juniornya yang mana Jun sudah pun awal pagi cast di lubok tapau, bekuku dan lubok lena dan telahpun berhasil dengan seekor mj, seekor baby gt dan seekor sumpit2. Keadaan air masa atu kurang memuaskan namun setelah meliat hasil yang diperolehi uleh Jun semangat mengasting semakin membara lagi...Setelah beberapa kali mencuba, aku berhasil menaikkan 2 ekor mj(2nd/3rd strike) menggunakan lure rapala cd5 dengan set 8lb dan seekor alu2 strike pembuka kata menggunakan lure sp swimbait storm dengan set 4lb memang karan berabis ni sampai panic bah ulehnya fikir mj hehe...
1st strike...Layan alu2 pakai light set 4lb memang terkaran ni lure yang dipakai sp swimbait storm.
2d strike baru tah mj sudi memikat rapala CD5 ku menggunakan light set jua 8lb.3rd strike...pun mj jua dengan lure Rapala CD5 pakai set light 8lb tekaraaaaan lagi baaah...
Ungah strike ke2 dari Jun menggunakan lure ecogear
Baby gt strike ke3 menggunakan lure rapala tdd7
Sumpit2 strike pertama menggunakan lure ecogear heng milik Jun.

COLD BUT HOT MENOMANLAK @ EPM

Ahad 19.02.2012 jam 7 pagi...operasi menomlak di teruskan..kali ini dianggotai Capt.Amizul aka Lambus, Hj Maidin aka tomidin dan Jaki aka Sangkar. Walaupun keadaan cuaca yang hujan dan sejuk namun durang berhasil menaikkan 7 ekor toman dan 1ekor dalak iaitu Jaki lureh 4ekor toman(bottom) dan 1ekor toman(casting).
Hj Maidin lureh 2 ekor toman (bottom) dan 1ekor dalak(casting) manakala Amizul alum ada rezekinya walau dalam cuaca sejuk masih ada yang hot...Tahniah yang belureh atu..

DIKESEMPATAN ANI SAYA WAKIL SEMUA MEMBER STA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI JADI KEPADA JAKI AKA SANGKAR SEMOGA SEHAT WALAFIAT PANJANG UMOR MURAH REZEKI SUKSES SELALU DALAM SEMUA BIDANG DICEBURI AMIN...

Sunday, February 19, 2012

MENOMANLAK 2 BUAH BOT @ EPM

Sabtu 18/02/2012 jam 7pagi...Ops menomanlak diEPM kali ani menggunakan dua buah perahu iaitu RED BOAT milik Hj Musa yang disewa uleh Cpt Asat Albab bersama Edin dan Jam (KB) rakan setugas Edin dan sebuah lagi WHITE BLUE milik Sofian sekaligus jadi captai boat disertai uleh Roy dan Boy (KB) juga rakan setugas Edin. Kaedah Casting RED BOAT...2ekor toman tewas uleh Edin dan seekor dalak tewas ditangan Asat manakala Jam alum ada rezekinya yang mana tewas beberapa kali uleh toman. Kaedah Bottom langsung nda ada berhasil. Kaedah casting WHITE BLUE...3 ekor dalak tewas uleh Roy dan 2ekor toman tewas uleh Sofian dan Boy alum rezekinya yang mana beberapa kali tewas jua uleh toman manakala kaedah Bottom 1 ekor toman saja tewas uleh Sofian. Cuma Edin seorang saja yang sempat bergambar disebabkan hujan terlalu lebat yang hot jangan jara2 cuba lagi hehe..apa2 pun TAHNIAH yang belureh atu..

OPS MEMBARABLAK @ ULU TUTONG

Sabtu 18.2.2012 jam 7am...Bebeh bersama 2 orang kawan setugasnya Zal dan Anas(Kujing Johadi) turun membarablak di ulu Tutong yang mana Bebeh dan Zal berhasil seekor seorang dalak..
Manakala Anas berhasil dengan seekor barab, tahniah semuanya ada strike..

Saturday, February 18, 2012

KETAMBAK SAJA @ KUALA TUTONG

Jumaat 17.01.2012 jam 4.30 petang, ops cast-bot dianggotai Capt.Hj Khalideen aka Singkap dan Jaki aka Sangkar di Kuala Tutong cuma seekor ketambak saja yang di perolehi oleh Hj Khalidin dan sekali ugat strike monster manakala Jaki ada hot kali ini...hehe..

Friday, February 17, 2012

RENEW LAGI BARRA MEMBARRA @ DANAU

Khamis 16.2.2012 jam 7.30am...Raimi membotom di Danau secara solo lagi dengan berumpankan udang king+$1-10 dan kali ani selunsong yang dihajati berhasil jua renew lesen seekor selunsong berat 4kg dan jua beberapa ekor ikan kerapu dan ketambak. Tahniah Raimi , ada yang akit pala ni...

BABY GT VS BABY ALU-ALU @ SG KERAMUT

Khamis 16.2.2012 petang...pemburu sg Keramut kali turun bertiga terdiri dari Jun, Helmi dan Jam aka Panggal menggunakan perahu milik Jun. Cuma Jun saja berhasil menaikkan seekor baby gt dan seekor baby alu2 menggunakan lure redhead ecogear manakala Helmie dan Jam kumpow aka kapow aka ampuk atau nda belureh hehe...tahniah Jun.

MENOMANLAK LAGIIIII...@ EPM

Khamis 16.2.2012 pagi...Amizul aka Lambus jadi captain perahu kali ani membawa 2 orang lagi untok ops menomanlak di EPM terdiri dari Hj Khalidin aka Singkap dan Hj Maidin. Amizul lureh 2 ekor toman dengan kaedah bottom, Hj Khalidin lureh 1 ekor dalak dengan kaedah cast dan 1 ekor dalak 2 ekor toman hasil dari membottom manakala Hj Maidin lureh 1 ekor toman hasil dari membottom saja, tahniah semuanya.

Thursday, February 16, 2012

UL VS GROUPERZZZ... @ JPMC

Rabu 15.2.2012 jam 5.30 ptg...aku sama Mizan(jrku) turun cast lagi selepas dari kaja mau layan set ul lagi sama penghuni sg JPMC. 1st strike..Juniorku menggunakan sp bakau berhasil menaikkan seekor baby kerapu dan 2nd strike putus menggunakan lure sp white rabbit manakala aku dalam masa kecederaan kan balik baru tah berhasil menaikkan baby kerapu jua menggunakan lure copy halco(bakau)4cm dan kedua2 hasil dilepaskan semula..

Wednesday, February 15, 2012

1ST BLOOD ROD N FISHGRIPPER BARU HEHE.. @ JPMC

Selasa 14.2.2012 jam 5.30ptg...Aku turun cast di jpmc bersama dengan juniorku Mizan kan merasmikan rod daiwa UL baru menggantikan rod Ul baru ku bali jua yang telah patah tempoh hari dan jua merasmikan fishgripper baru jua menggantikan yang lama disebabkan terjatuh di sungai pada hari yang sama dengan rodku yang patah ternyata berhasil jua dengan seekor kerapu kiut(CPR) 2x putus dan 1 x lepas, jadi tah bebau udah fishgripperku sama rod baruku uleh ikan hehe...

SINGLE MJ SAJA KENA PIKAT @ SG KERAMUT

Selasa 14.2.2012 pagi...Jun turun lagi mengungah halfday di Sg Keramut bersama Kak Yong(wifenya) menggunakan perahu dan kali ani cuma berhasil seekor MJ saja menggunakan lure redhead ecogear, belureh jua udah tu nganya nda pandai makan jua hehe..baik tah dibagi arah yang pandai makan ani...tahniah Jun jangan ditapau habis mj atu..ampiti jua kami ani ah...

Tuesday, February 14, 2012

DALAK KE4 EMI @ LUBOK PUPUS

Isnin 13-12-2012 jam 6:30 pagi...Emi dan partnernya Zul turun mendalak lagi di lubok pupus kebetulan offday dan Emi berhasil lagi menaikkan dalak ke-4 baginya kali ani, tahniah Emi semakin maju udah ni.

Monday, February 13, 2012

BABY MJ-GT-LINGKUH @ SG KERAMUT

Ahad 12.2.2012 jam 1.30ptg...aku, Jun dan Awangku(Kingfisher Yo-Zuri) turun cast di sg Keramut menggunakan perahu Cpt Jun kali ani dan hasil kurang membrangsangkan disebabkan air macam tea c kaw cuma seekor baby gt dan seekor sumpit2 saja ulehku dan beberapa kali miscol plus lepas sampaikan sisik saja yang tinggal arah treble hook. Jun lureh seekor baby gt saja manakala Awangku yang kan berhajat merenew lesen mj cuma seekor baby lingkuh saja yang mampu diperolehi sikit lagi kumpow kaban hehe...
Ani saja mj yang alum cukup baligh yang kebuluran menyambar lure rapala CD5 selepas atu dilepaskan semula kehabitatnya.

OPS MENGUDANG @ SG KELAKAS

Ahad 12/2/12 jam 3pm...ops mengudanglak menggunakan perahu milik Roy aka Marak kali ani disertai oleh Cpt Roy aka marak, Sofian aka kuyan dan Hj Rahim aka mantun. Roy berhasil dengan 4ekor udang(renew), Sofian lureh 2ekor udang (renew) dan Hj Rahim cuma lureh 1ekor udang saja, tahniah semua...