Saturday, February 28, 2009

BULAN-BULAN DIPANCING UDANG GALAH YANG MENGENA


Trip memancing dan mengasting kelmarin 27.2.2009 jam 3ptg nampaknya berhasil juga walaupun dalak yang ditunggu menyambar lure kami tidak ada namun bulan2 tetap setia menyambar umpan udang hidup yang dinaikkan uleh cMadi 2 ekor berat 900grms dan 800grms.
Tak sangka udang galah pun mengena kami sangkakan bulan2 memakan udang siar hidupku dengan menggunakan set flyku untuk ngambil feel kelembutan joranku hehehe...tapi udangnya gelap toh....
At last my bro Asmadi menaikan ikan yang berlainan iaitu baung disangkakan bulan2 jua....




Wednesday, February 25, 2009

DALAK JUBLI PERAK

Semasa kami sedang memburu bulan2 dan dalak dikawasan favourite our member cFadli(hantu dalak)n cRonie pada hari Jubli Perak bagi sambutan Hari Kebangsaan kita yg ke 25 tahun rupa2nya durang dua ani beraksi jua di kawasan belainan iaitu di Kg Layong Tutong. Tadi pagi time di ofis baru ku kejumpahan cFadli dan tarus th ia membari gambar dalak Jubli Perak 400grms nya atu. Time durang di sungai Layong cFadli ada terlihat "LIAW"(buaya) basar dan tarus membagitau member2 lain supaya liat2 liaw melintas. So sesiapa yg melakukan aktiviti di sungai Layong supaya akan dapat berhati2 dan berwaspadalah.Anitah Dalak 400grms Jubli Perak cFadli semasa hujan dKg Layong.

Monday, February 23, 2009

BULAN2 MERDEKA LAST MINUTE

Sememangnya perancangan awal telah diaturkan di Danau namun keadaan aing yg masih lagi macam tea c dan beumbak terpaksa kami batalkan hasrat untuk memancing disana dan mengubah haluan untuk mengasting ikan dalak dan bulan2. Antara yang beraksi tadi ptg aku (Azlan), cMadi, cAsmadi, Ahmad dan anaknya Wafi. Hujan2 turun langsung nda mematahkan semangat kami untuk terus menunggu sambaran mangsa namun belum jua ada apa2 yang dinaikkan akhirnya disisik2 terakhir kan balik jam 6.20ptg barulah ada bulan2 brt 800grms strike joranku apalagi akrobatik tia tarus sampat jua my bro Ahmad mengambil videonya sambil belusir arahku hehehe...siuk jua melayan tarikan bulan2 ani walaupun cuma seekor tapi member kami yg lain cukup berpuas hati walaupun nda da belurih. Selepas sesi pengambaran bulan2 atu ku release balik ketempat asalnya biar ia free nya tani Merdeka..!

Selepas begambar baru tah ku release balik. Alhamdulillah bulan2 atu hidup masih dan terus Merdeka..!

Sunday, February 22, 2009

DALAK RONIE

Tadi pagi trip mancing kami Aku(Azlan), Madi, Asmadi, Majidi, cGeng, cMon(tauke udang Keramut) n Achin dDanau hampa cuma sekor Langut ja uleh cMajidi disebabkan aing dsana sudah berubah macam tea C bekas hujan semalam. Namun member kami yang lain cFadli, Ahmad dan cRonie beraksi bagi memburu species ikan air tawar telah berjaya menaikan dalak berat 400grms uleh cRonie di spot favourite biasa sama dengan spot bulan2 tempoh hari.




Ani tah cGeng teman sekerjaku yg baru join kami diDanau sudah champion meniti dipiling kuat jua hatinya kan menyebarang tuh....
Berlainan spot member kami yang lain memburu ikan air tawar berjaya menaikkan dalak berat 400grms anitah heronya cRonie....tahniah...!

Friday, February 20, 2009

GT SASAT KELAPARAN @ DANAU MENJERIT

Trip mancing kami pada 17.2.2009(Selasa) aku(Azlan), Madi, Asmadi, Majidi dan cAwang yang mana kami berjaya menaikkan 2ekor selunsong dan 2 ekor pelayak pada sebelah paginya manakala pada waktu tghari tinggal cMajidi dan cAwang yang beraksi di Danau. Ternyata tghari atu membuahkan hasil dengan kejutan seekor GT 4kg sasat masuk kekuala Danau yang telah memakan umpan udang cAwang jam 1120tghari. Siuk jua melayan GT atu janya tau2 tah mainannya kalah lagi selunsong tuh...cMajidi pun mula2 merasa tarikannya masa atu hairan tarikannnya lain dari selunsong yg disangkakan sebelum ia membagi joran balik arah cAwang. Tahniah Wang.....baru menjerit spool atu ulehnya tambah2 lagi beraksi di Danau Menjerit. Anyway tadi pagi kami memancing di Danau nda da action disebabkan keadaan aing dsana sudah beumbak tambah2 lagi berangin. Harap2 hari minggu dan hari kebangsaan ani keadaan aing Danau Menjerit akan pulih macam biasa Amin..............dapat jua beraksi lagi hehehe.....

Thursday, February 19, 2009

HANTU SELUNSONG BERAKSI KEMBALI...

Hari keempat member kami mencuba lagi dDanau menjerit ternyata masih lagi ada selunsong kelaparan atu sampaikan 2kali mis strike cMadi sama cAsmadi sampai2 cKupek gatal hati kan join durang dujung sekali akhirnya tertumpaslah sekor selunsong berat 3kg lebih walaupun terpaksa merunggau keujung macam kucing jadi2an hehehe....tahniah Kupek baru beraksi kali ani sudah memperolehi selunsong........
Walaupun selama ani sibuk saja batah nda menaikan selunsong namun kali ani hantu selunsong beraksi kembali...."DANAU MENJERIT"

MERDEKA....! MERDEKA....! MERDEKA.....!

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN YANG KE25 TAHUN KEPADA SELURUH RAKYAT PENDUDUK NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.

Tuesday, February 17, 2009

SELUNSONG N PELAYAK KELAPARAN PART3@DANAU MENJERIT

Hari ani nda da latihan untuk hari kebangsaan kelurusan timeku ngambil off jua ndaku sia2kan aku(Azlan) bersama cMadi turun dDanau untuk hari kedua kami mencubanya. cMajidi abang cMadi sudah pun seawalnya sampai disana bersama dengan member2 adiku cAsmadi namun belum ada mangsa yg naik masa atu uleh durang. Setibanya kami disana tanpa berlengah kami pun terus arah ujung sekali tmpt favourite.
Sejam masa berlalu baru tah ada strike pertama dari joran Madi dengan selunsong berat 3.5kg .



2nd strike lagi uleh Madi Pelayak 3kg yg mula2 fikir kami selunsong.


Lapas atu baru tah turnku dapat baby Pelayak berat 800grms ja hehe....siuk jua kali ah mainannya kecik2 cili api..





Strike ke3 cMadi selunsong berat 4kg memang rezekinya udah untuk hari ani heng sudah mali Madi.....tahniah.!.





Anitah hasilnya di ujung pagar disebelah pagi, kami balik dlm pukul 11.30 dlm masa onway balik cMajidi menghantar sms arah cMadi yang mana cAwang yang mengail sama cMajidi masa atu menaikan bemasa berat 4kg kira jauh udah bemasa atu mengayau kekuala tuh....kami akan beraksi kembali dDanau hari Jumaat Insyaalah...biar dDanau riuh menjerit-jerit mcm ariatu sampai orang seberang di Kuala Tutong pun haik2 arah kami time kami menaikan lauk hehehe......TEKNIK PERAMBUT NO.6

SELUNSONG KELAPARAN PART2 @ DANAU MENJERIT

Setelah adiku cAsmadi tahu yang kami belurih selunsong 4ekor pada waktu pagi dDanau Menjerit apalagi ia pun turun patangnya sama durang Madi, Majidi, cMon(tauke udang Keramut) dan jua cKupek yg baru muncul bz kaja saja batah2 ani. Udang cMon habis sudah masa pagi atu uleh kami jadinya terpaksa durang membali udang Ostris 1kg dKeramut atu jua.
Berbaloi jua akhirnya membali udang ostris dengan hasil seekor selunsong 4.3kg yang berjaya dinaikkan uleh cAsmadi iaitu selunsong ke2 bagi tangkapan peribadinya kali ani.
cMajidi sekali kana strike jua tapi sayangnya terlapas menyangkut arah guni yg tersangkut dbatu dsana atu jua, alum rezeki tu.....bawa besabar Majidi....takkan lari Danau Menjerit dikejar...hehehe..!

Sampat lagi pose maut ckupek sebelum mengasting disebalah cMadi batah sudah kail atu betapa Kupek..! behabuk tia kali udah...hahaha...

Monday, February 16, 2009

SELUNSONG KELAPARAN @ DANAU MENJERIT

Akhirnya Danau menjerit kembali pada 16.2.2009 pada waktu pagi tadi setelah aku(Azlan)offduty bekas kemarin kaja sama cMadi membuang gian memancing dDanau.Sesampainya kami disana cMadi terlebih dahulu sampai membawa umpan udang king dspot kami dan terlihat seekor selunsong sedang melompat menampakkan diri, apalagi yg aku masih dkereta memunggah barang sibuk tarus begagas membawa pancing.
Anitah hasilnya 3ekor selunsong ulehku brt 11kg,4kg dan 3.5kg yang mana baru juaku melabuh umpan nda sampai seminit selunsong 4kg mcm kelaparan menungap umpanku tarus selang 10 minit lapas atu selunsong 11kg jua bagai kelaparan jua menungap umpanku masa atu aku memigang 2 joranku yang mana dua2 kana strike dlm satu masa sibuk tarus rasanya cuma joran Lemax Platinum 9" ku padankan dengan Shimano Baitrunner 6500B(baru ku bali) yang mengena dan joranku yg satu terpaksa ku ampai ja hehe....2ekor mangsa kurang dari 15minit sdh dinaikkan. Selepas sejam berlalu baru tah selunsong yang ke3 berat 3.5kg ku tumpaskan. 2 kali telapas kalau nda 5 ekor naik hehehe....Yg penting Pacah rekod peribadiku sendiri 8.5kg .




Selepas selunsong ke3 ku tumpaskan dlm 2minit selepas atu baru tah cMadi menaikkan selunsong brt 1kg setelah ku paksa ia mengail dujung cemen tmptku menaikkan ketiga-tiga selunsong. 1 kali terlapas jua sampai belingkuk matakailnya.

Alhamdulillah inilah hasil pagi tadi memang selunsong dDanau masa ani kelaparan batah nda tejumpa udang king.Teknik perambut no.6

"DANAU MENJERIT KEMBALI "

Sunday, February 15, 2009

LAGI2 DALAK MENGAMUK

Trip ptg pada 15.2.2009(Ahad) cuma cFadli sama cRonie saja beraksi arah spot favourite kasting dalak durang, sementara aku(Azlan) kaja(on duty) nahan rasa saja kan turun hehehehe....sabar ja...
Anitah cRonie dengan dalak 400grms nya lapas atu disusuli oleh cFadli dengan dalak 900grms.

Liat betapa rakusnya dalak ani sampai ditalannya Radiocraft(Frog)lure cFadli.





Ani lure cFadli yg digalarnya Power puff girl(Radiocraft frog)




BULAN2 DI LUBUK EHEM2.......

Kalau my bro cAsmadi memancing di Keramut manakala aku(Azlan),Madi dan Ahmad menduga dlubuk yg masih dlm trial masa ani selepas waktu bertugas kemarin jam 5.30ptg. Sebenarnya lubuk ani sudah kami cuba masa hari Jumaat ptg dan jenis ikan yg mendiami spot ani seperti dalak,karok,kali,bulan2,baung dan dipercayai adanya ikan tapah jua disini menurut sumber yg kami ketahui dari orang sana.





Misi kami kali ini menjejak sang bulan2 disebab daya juang dan akrobatiknya sudah lama nda dilihat dan dirasai dengan berumpankan udang siar $1-15, bulan2 pertama berjaya dinaikkan ulehku berat dlm 450grms di ikuti dengan 2nd strike cMadi bulan2 brt 700grms 3rd strike lagi dengan bulan2 brt 450grms dan akhir sekali Ahmad dengan baungnya brt dlm 300grms.



Kami jua ada bnyk kali miss hookup tau2 lee... mulut bulan2 ani bknnya taguh banar terpaksa dibiarkan ia mkn batah2 lapas atu baru strike hehehe...'Game on'.



Kesemua hasil yang diperolehi kami release balik Alhamdulillah misi kami kali ini berjaya dan kesemua ikan dilepaskan dengan selamat.

UNGAH SOLO @ KERAMUT MENJERIT

Pada 14.2.2009 trip memancing solo C Asmadi mula2nya di Danau, lama menunggu nda da strike langsung kemudian berpindah ya lagi next spot dKeramut ternyata walaupun nda berumpankan udang hidup cuma ikan tamban mati saja tapi strike memang ada.1st strike alum lagi rezekinya lah pasal bawanya menyangkut, sudah yg ke2nd strike baru tah naik c Ungah solo berat 750grms, Alhamdulillah belurih juaku 1st ungah untuk tahun ani......

Friday, February 13, 2009

DAMAM DALAK OOI.....

Petang tadi kami beraksi disalah satu tempat mendalak dikawasan favourite hantu dalak kami C Fadli dengan 3 ekor dalak yg ditumpaskan olehnya berat 900grms,500grms dan 300grms sementara salah seorang rakan CFadli, Richard yg berbangsa Cina juga memperolehi 1 ekor berat 500grms tapi dalaknya masuk dalam kereta udah nda teambil gambarnya.Antara yg beraksi dari kiri Fadli,Richard,C Andut, Azlan, Madi dan Ahmad(Balik udah)

KERAPU SOLO @ DANAU MENJERIT

Trip memancing kelmarin cuma cAsmadi saja yg beraksi time ptg dDanau Menjerit dengan seekor kerapu berat dlm 400grms saja.Insyallah kami akan turun pada hari Jumaat beramai-ramai sebelah petang kalau nda menyelunsong, mendalak saja hehehe....menunggu keadaan aing dDanau pulih sepenuhnya
Selunsong oh selunsong...! tunggu akan aksi kami dDanau Menjerit 2009

Monday, February 9, 2009

AKHIRNYA BELESEN JUA KU

Kelmarin 8.2.2009 sebelah pagi my bro Asmadi bersama member2 samanya kaja dari Geng Pancing Pulau(GPP) turun memancing dikawasan yg durang panggil icebox C-Nil(Pudak).Lama jua C Asmadi ani menunggu kan dapat lesen namun perjuangannya kali ani berhasil dengan seekor selunsong berat 1.2kg, Congrates bro........muka sudah ada nampak gigi.......hehehe.....



Antara hasil yang diperolehi oleh member2 dari Geng Pancing Pulau C-Nil, hebat jua durang ani walaupun kecik tapi selunsong tu bro.......lesen jua tuh......



Ani C Sumi dari Geng Pancing Pulau jua nda kurang hebatnya dengan ungahnya, basar tu......!nyaman tu bro....congrates GPP.



Antara hasil yg diperolehi dari pagi hingga tengahhari panuh icebox tarus...

Wednesday, February 4, 2009

DALAK @ LUAGAN TUNGKU

Pada 4.2.2009 Jam 5ptg kami bergegas kelokasi yg dirancang bersama teman sekerja bagi misi kami memburu Dalak seterusnya di Luagan Tungku antaranya beraksi aku(Azlan),Supian dan G Badang. Cuaca masa atu mendung tapi kami teruskan jua misi kami, sesudah sampai kelokasi Supian terus mengasting dgn lure Scum frog hijaunya beberapa lontaran belum jua ada sambaran setelah aku memasang lureku SPRO Gamakatsu yg baru ku bali dgn harga BND$17.00 di Capt Fred Fishing baru 2 hari lapas, baru percubaan lontaran yg ke2 ternyata memang ada dalak membuat sambaran apalagi buat strike hingga drag Spool Shimano Sienna 1000FB (baruku bali jua) ku ketatkan drag hingga kemaximum pun masih mampu dalak tersebut menarik mainlineku sampai2 ku terlabih pump prap......! patah tia joran Eupro 4'6(baru bali jua) yg sdh menaikan 3 ekor dalak akhirnya tewas Dalak yg ke4 dgn berat 1.5kg sempat jua GBadang mengambil video pakai hpnya.

Anitah SPRO Gamakatsu yg berjaya memperdaya Sang Dalak Luagan Tungku, nda menyasal membali walaupun mahal harganya tapi ada heng oooo.....!