Friday, December 31, 2010

DALAK & LITTLE BETUTU @ LUBOK 5 STAR

Jumaat 31.12.2010 jam 9 pagi, kami turun di lubok 5 Star dan Babah yang sudah pun turun awal pagi jam 6 di Lubok Teratai yang mana belureh seekor toman mau lagi kan join sama kami. 1st strike Hj Fadil belureh seekor dalak dan beberapa kali lepas dan misscol manakala aku, Babah, Raz dan Boy Sangkut cuma lepas sama misscol saja pada masa atu. Setelah nda ada strike lagi kami pun balik dan dalam perjalanan balik, Boy sangkut mengambil kesempatan untok cast lagi dan akhirnya belureh jua ia seekor dalak haha...Hj Fadil ikut interframe di belakang tuh......
Apalagi aku pun nda mau2 jua ikut cast dalam perjalanan kan balik menggunakan lure minnow seahawk yang baru ku bali dan baru dalam 3 kali cast seekor baby betutu telah pun sudi menyambar lureku....nda sia2 mencuba tym kan balik hehe...jam 12 tgh hari kami pun balik...Tahniah Hj Fadil n Boy Sangkut...

TOMAN SELEPAS SUBOH @ LUBOK TERATAI

Jumaat 31.12.2010 jam 6pagi, Babah mengambil kesempatan turun cast sebelum menghantar memnya kaja dan berhasil menaikkan seekor toman menggunakan lure katak SPRO warna putih yang baru dibalinya semalam arah Fadli, Tahniah Babah toman penutop 2010 kh tu...? hehe...Ada heng tuh...Lure SPRO snow white yang baru dibalinya dari fadli semalam.

DALAK3 TOMAN2 @ EPM

Khamis 30/12/2010 jam 06.30 pagi, operasi menomanlak di EPM kali ani dianggotai oleh Capt Asat Albab, Madi dan Hj Pangan aka Piyambut. Dalam beberapa jam operasi menomanlak dijalankan, Capt Asat Albab berjaya menaikkan 2ekor dalak, seekor toman, 1x ugat (lepas) toman dan beberapa kali miscall.Hj Pangan berjaya jua menaikkan seekor dalak, seekor toman dan beberapa kali ugat (lepas) dan misscol tomanl manakala Madi nda belureh cuma ugat (lepas) toman beberapa kali, TAHNIAH Capt Asat Albab dan Hj Pangan aka Piyambut.

Thursday, December 30, 2010

TIGER HUSKY JERK BEBULU VS LITTLE MJ @ PENABAI

Khamis 30.12.2010 jam 5.15 petang, antara yang turun cast di Penabai aku, Babah, Boy Sangkut dan Dayat(CP7) cuma Babah saja yang berhasil menaikkan seekor baby ungah dengan menggunakan lure tiger husky jerk yang sudah beracun ditambah bulu lagi oleh Babah...tambah tah lagi beracuuuuunzzzz hehe....sekali lurenya putus kana tarek ungah disebabkan bergesel arah cemen paip. Aku cuma misscol 2 kali manakala Dayat lure Yo-Zuri miliknya kana kidnap oleh ungah, light set jua banar tu bro...hehe...Rapala tiger husky jerk satu ani saja yang tinggal bekas milikku dan masa ani sudah jadi milik Babah dan dicustomnya lagi dengan bebulu runcing....tambah tia beracuuuun tu Babah hehe....

Wednesday, December 29, 2010

GREEN HUSKY JERK VS MJ @ PENABAI

Rabu 29.12.2010 jam 5 petang, hasil memajal walaupun hujan turun seekor ungah berjaya ditipu lagi dengan menggunakan lure rapala husky jerk warna hijau yang baru ku bali tadi tengah hari di Soon Kheng Seria. Manakala Madi yang menggunakan lure minnow XPS pun kena strike tapi sayangnya leader 15lb terputus terkena cemen paip dan sekali terlepas, alum tah ada rezeki tu Madi.Green Husky Jerk baru keluar kotak ada heng udah, alhamdulillah.

3+2+1=TOMAN5 DALAK1 @ EPM

Selasa 28/12/2010 jam 06.30 pagi, operasi menomanlak diEPM masih lagi giat dijalankan yang dianggotai uleh Capt Asat Albab, Madi dan Hj Pangan aka Piyambut. Madi berjaya menaikkan 3ekor toman dan beberapa kali ugat (lepas) dan miscall.
Hj Pangan pun berjaya jua menaikkan seekor toman dan seekor dalak serta beberapa kali ugat (lepas) dan miscall jua.
Manakala Capt Asat Albab pun berjaya menaikkan seekor toman dan sekali mainline 40lbs putus uleh toman monster dan beberapa kali ugat (lepas) miscall jua. TAHNIAH Capt Asat Albab, Hj Pangan dan Madi.. Lure katak SPRO milik Madi habis kena telan uleh toman 3kg ani, baru ya hookup hantaaap...!

LITTLE BETUTU VS REDHEAD STRIKE PRO @ PENABAI

Rabu 29.12.2010 jam 8 pagi, offday ndaku sia2kan kali ani turun sorang saja cast di Penabai walaupun keadaan sudah surut. Dalam sejam sudah cast cuma seekor little betutu saja terpikat dengan lure minnow redhead strike pro yang baru ku bali semalam menggantikan lureku yang putus kemarin, memang mujarab banar strike pro ani hehe....

Tuesday, December 28, 2010

BABY UNGAH VS MINNOW YOZURI @ PENABAI

Selasa 28.12.2010 jam 5.30 petang, setelah buat kali ke3 mencuba cast di Penabai dan tarus mentest rod daiwa crossfire yang baru beli tadi petang akhirnya berhasil jua seekor baby ungah tapi karannya cukup terasa toooh....dengan set ringan braided power pro 5lb yang baruku bali dari Dayat(CP7) leader berkley vanish 10lbs dan lure minnow yozuri 5cm. Pada mulanya aku menggunakan set 30lbs untok mencuba lure redhead strike pro yang baru ku bali ternyata percubaan 1st cast terus disambar rakus oleh ungah monster dan menyebabkan braided stren 30lbs terputus terkena dengan cement paip lagi....Selepas atu ku cuba lagi menggunakan lure banjo yang sekian lama nda becuba dan ternyata kana sambar jua oleh ungah tapi sayangnya misscol disebabkan air sungai surut dengan bangat(deras) hantap hehe...dan sudah nda lagi ada strike baru tah aku bertukar kepada set ringan dan dalam 5 minit cast akhirnya berhasil jua baby ungah...dan selepas bergambar dilepaskan semula... Rod Daiwa Crossfire yang baruku beli tadi sudah berhasil dan memang terasa tu karannya walaupun ungah mimit aja hehe....

MEMAJAL MENDALAK LAGI...@ LUBOK BULA

Selasa 28.12.2010 jam 5.30 petang, 2 ekor dalak kecundang oleh Boy Sangkut dan seekor dalak lagi diperolehi oleh Babah di lubok Bula lagi kali ani, sah tah keracunan mendalak tah 2 orang ani haha....tahniah Babah dan Boy Sangkut.

Monday, December 27, 2010

DALAK SOLO @ LUBOK 5 STAR

Isnin 27.12.2010 petang, selepas dari bertugas Babah turun mendalak lagi bersama Boy di lubok 5 STAR dan cuma seekor dalak saja yang berhasil dinaikkan uleh Babah menggunakan spinner tok janggut, Tahniah Babah memang memajal jua tu macam di bilakang birakas da.... hahaha...tengah hari pun mengasting.

BARAB ULEH MEMAJAL @ ULU TUTONG

Ahad 19/12/2010 jam 4.00 petang, Yus sekali lagi turun membarabdus bersama kawan2nya membottom yang sedang bermalam di ulu Tutong disebabkan nda puas hati beberapa bulan yang lepas banyak kali ugat (lepas) dan putus main line serta miscall uleh barabdus. Apabila sampai kedestinasi durang pun merasa kecewa disebabkan air sungainya macam teh c kaw dan ulehm sebab sikap memajal nda mudah putus asa masing2 tah mencari spot dan baru jua dalam beberapa jam cast, Yus berhasil jua menaikkan 2ekor barab,manakala kawan2nya yang membottom pun berhasil jua menaikkan beberapa ekor jenis ikan seperti badus aka bujuk, dalak, baung dan lain2 tetapi sayangnya nda begambar disebabkan betteri hp low, cuma barab Yus saja yang sampat begambar,TAHNIAH Yus dan kawa2nya..

DALAK & UNGAH VS SHADRAP @ LUBOK 5 STAR

Ahad 26.12.2010 petang, aku, Boy dan Edin mencuba cast di Lubok 5 star yang mana Boy berhasil seekor dalak pada mulanya menggunakan rapala shadrap dan selepas atu baru tah belureh seekor ungah berat kira2 dalam 1kg lebih dengan menggunakan lure rapala shad rap jua, Tahniah Boy.Dalak terpedaya dengan lure shad rap milik Boy, kelaparan kali udah hehe...

MEMBADUSLAK @ LUBOK BULA KE BILAKANG BIRAKAS

Ahad 26.12.2010 jam 8pagi, Babah belureh seekor badus di lubok Bula merupakan 1st lesen badus yang pada mula2 fikirnya dalak selepas atu kami pun berpindah lagi kelubok Bilakang Birakas dan di sana giliran Boy Sangkut lagi belureh seekor dalak manakala aku sama Babah miscol dan ugat saja, Tahniah Babah dengan 1st lesen badus dan Boy Sangkut.Anitah dalak uleh Boy Sangkut di Bilakang Birakas.

TOMAN ROY KE4 @ EPM

Ahad 26/12/2010 jam 06.30 pagi, misi pemburuan tomanlak di EPM masih berjalan macam biasanya antara yang beraksi Capt Asat Albab, Roy aka Marak dan Kiong aka Sabat. Setelah sampai di EPM pemburuan tomanlak pun bermula dan dalam beberapa jam pemburuan, Roy berhasil menaikkan seekor toman pada jam 3.30 petang berat 2.4kg manakala Capt Asat Albab dan Kiong aka Sabat cuma ugat (lepas) dan miscall saja,TAHNIAH Roy aka Marak,yang nda belureh jangan berputus asa cuba lagi kalau ada peluang dan masa hehe..

MENDALAK SELEPAS TARPON CHALLENGE @ LAYONG

Sabtu 25/12/2010 jam 11.00, selepas dari mengikuti perlawanan tarpon challenge di sungai Bera, Asat Albab, Roy aka Marak, Madi aka Kambayau dan Edin mengambil kesempatan mendalak lagi di LUBOK ORG MINYAK mengambil masa dalam beberapa jam saja semuanya nda berhasil cuma ugat (lepas) dan miscall saja. Oleh kerana cuaca terlalu panas durang pun balik cuma Roy dan Asat Albab saja terus menuju keLayong mendalak lagi. Sampai di Layong jam 4.30 petang, tanpa membuang masa masing2 tah mencari spot dan dalam beberapa jam cast Asat Albab berhasil menaikkan seekor dalak dan 1x ugat (lepas) 2x miscall,manakala Roy aka Marak cuma ugat (lepas) dan miscall saja,TAHNIAH Asat Albab...

Saturday, December 25, 2010

TARPON CHALLENGE 2010 @ SG BERAMUNDI

Sabtu 25.12.2010 jam 8.30 pagi, Tarpon Challenge telahpun berjalan dengan lancar yang dianjurkan bersama Selunsong Team, KB Pan Angler, KB Ian Angler, K2G dan MG1 Crew serta member-member pancing lain termasoklah pemancing jemputan dari Miri, Singapore dan Indonesia yang sampai dari Miri, Sarawak. Antara yang ikut serta perlawanan tarpon challenge yang berlangsung di Sg Bera tersebut Azlan(aku), Walid, Madi, Joko Haryadi aka Kent Srg(Indonesia), Mukhtar Mustafa(Singapore), Razi Amin, Moktar Seli(Miri), Siid, Ali(Halifah Dmon), Roy aka Marak, Nazren(Yen), Arun, Firdaus, Nate, Dayat, Cikgu Hj Fadil, Rawi, Asat Albab, Babah, Boy Sangkut dan Jaki. 3 ketegori yang dipertandingkan iaitu 1. tangkapan terpantas 2. tangkapan terbanyak dan 3. tangkapan yang paling berat. Sebelum acara bermula terlebih dahulu taklimat ringkas disampaikan oleh saya sendiri dan setelah itu tepat pada jam 8.30 pagi pertandingan pun dimulakan. Memang berdebar-debar para setiap peserta yang menunggu siapakah yang pembuka tirai bagi menaikkan ikan terpantas sehinggalah 41 minit berlalu iaitu pada jam 9.11 pagi, saya telahpun berjaya menaikkan seekor bulan-bulan berat 200grm sekaligus merupakan tangkapan terpantas bagi pertandingan ini jadinya tinggal kategori paling terbanyak dan juga paling besar lagi dinanti. Setelah itu pada jam 10.12 pagi barulah Nazren(Yen) menaikkan seekor bulan-bulan berat 120 grm dan 3 minit selepas itu pada jam 10.15 pagi, seekor bulan-bulan berat 180 grm berjaya dinaikkan lagi oleh Roy sehinggalah masa pertandingan ditamatkan pada jam 10.55 pagi. Disebabkan kategori tangkapan terbanyak tidak ada peserta yang dapat maka kami dengan kata sepakat mengubah kategori tersebut kepada tangkapan kedua dan ketiga terpantas. Jadinya peserta yang memenangi tangkapan ke2 terpantas dimenangi oleh Nazren(Yen) manakala tangkapan ke3 terpantas dimenangi oleh Roy.
Sebelum pertandingan dimulakan sempat lagi bergambar kenangan bersama peserta dari Miri, Sarawak.
Dari kiri Mukhtar(Miri), Joko Haryadi aka Kent Srg(Miri), Babah dan Azlan(aku).


Kategori ikan terpantas dimenangi oleh Azlan dan hadiah sumbangan daripada anjuran bersama serta ditaja oleh Lun Fishing disampaikan oleh Roy wakil pemancing dari Tutong.






Tangkapan ke2 terpantas dimenangi oleh Nazren(Yen) hadiah daripada anjuran bersama disampaikan oleh Ali aka Halifah Dmon wakil pemancing dari Brunei Muara.





Tangkapan ke3 terpantas dimenangi oleh Roy dan hadiah disumbangkan oleh Anjuran bersama disampaikan oleh Arun wakil pemancing dari Kuala Belait.



Macam ani tah gelagat peserta sempat lagi bergurau sesama sendiri.



Bergambar ramai setelah acara telahpun selesai dijalankan dan dikesempatan ini saya wakil daripada member2 semua ingin memohon berbanyak-banyak kemaafan jika ada kekurangan dan tak lupa diucapkan berbanyak-banyak terimakasih kepada semua yang turut terlibat bagi mengadakan pertandingan ini dan sokongan anda adalah sangat-sangat kami hargai harap-harap pertandingan sebegini akan berterusan dimasa-masa akan datang dengan tujuan bukanlah semata-mata untok menang tetapi dengan tujuan menyatukan dan mengeratkan lagi silaturrahim antara semua pemancing di dalam negeri mahupun dari luar negeri, Syabas kepada yang turut menjayakan pertandingan ini dan tak lupa juga diucapkan berbanyak terimakasih kepada Lun Fishing yang sudi sponsor hadiah bagi pertandingan ini.

Friday, December 24, 2010

BUKAN MEMBARAB TAPI MENDALAK KALI ANI..@ LAYONG

Jumaat 24/12/2010 jam 4.30 petang, Danan aka Labooh yang begitu lama menyepikan diri membarab secara kebutulan Asat Albab dan Roy aka Marak turun mendalak di Layong kejumpahan Danan sedang asyik cast secara solo di sana dan belureh seekor dalak manakala Roy dan Asat Albab cuma miscall saja, TAHNIAH Danan aka Labooh..

5 EKOR DALAK TEWAS @ MENTIRI

Jumaat 24.12.2010 petang, walaupun keadaan hujan namun Fadli, Babah dan Boy Sangkut masih jua memajal turun mendalaklan di Mentiri lagi dan cuma Fadli saja yang belureh 5 ekor dalak manakala Babah dan Boy cuma misscol saja , Tahniah Fadli..

BULLY WAA VS SNAKEHEAD @ LUBOK BULA

Jumaat 24.12.2010 pagi, Babah belureh 2 ekor dalak menggunakan lure katak Bully Waa di lubok BULA(spot baru) dalam jam 11 pagi manakala Boy Sangkut miscol saja..Lureh Babah yang ke2 sama jua pakai katak bully waa, tahniah Babah.

Thursday, December 23, 2010

2 EKOR DALAK JADI MANGSA SPINNER TOK JANGGUT @ JERUDONG

Khamis 23.12.2010 petang, 2 ekor dalak telahpun berhasil ditumpaskan oleh Babah kali ani menggunakan spinner janggut yang mana 1st strike pada jam 5.30 petang.2nd strike, dalak ani tertipu lagi dengan spinner tok janggut Babah pada jam 6.15 petang sebelum kan mulih, Tahniah Babah...sabar ja Boy Sangkut n Boy alum ada nasib tah tadi tu hehe...

DALAK DRAW... @ SG KELAKAS

Khamis 23.12.2010, Jaki aka bungkas dan Hj Rahim aka mantun telah bercadang untok turun membulanlak di Sg.Kelakas lebih awal jam 3.30 petang memandang air sudah beransur surut manakala Madi menyusul kemudiannya. Jam 5 petang baru tah Hj rahim mendapat strike pertama seekor dalak. Dalam 2 minit selepas atu Jaki pun mendapat strike dalak, sekali ugat dalak dan bulan-bulan. Tahniah Hj Rahim dan Jaki walaupun nda belureh tomanlak kemarinnya di EPM...

DALAK 3 VS 1 TOMAN @ EPM

Rabu 22/12/2010 jam 06.30 pagi, pemburuan tomanlak di EPM masih jua diteruskan lagi. Antara yang beraksi Capt Asat Albab, Zaki aka Bungkas dan Madi aka kambayau dan seperti biasa setelah sampai kedestinasi pemburuan tomanlak pun bermula seperti lazimnya. Dalam beberapa jam cast, Capt Asat Albab berhasil menaikkan 2ekor dalak dan seekor toman.
Madi pun berhasil menaikkan seekor dalak dan Jaki cuma ugat (lepas) dan miscall saja, sabar saja geng ah....alum tah ada rezeki tu dan jangan putus asa cuba lagi, TAHNIAH Capt Asat Albab dan Madi.

Monday, December 20, 2010

ADA BADUS AKA BUJUK @ SG KELAKAS

Isnin 20.12.2010 jam 4.30 petang, Madi turun solo cast di sg Kelakas baru jua 1x cast sudah belurih badus aka bujuk menggunakan soft plastic bait baru dibalinya tadi pagi di Soon Kheng Seria. Banyak kali ugat sampaikan koyak mengoyak lure SP tinggal batunya saja kana gigit uleh badus hehe... Jam 5 petang, baru tah Jaki turun gara2 keracunan pasal kana mms....1x ugat dalak monster menggunakn katak spro, Tahniah Madi..Anitah lure yang baru dibalinya tadi pagi..

MACAM PESTA PANCING @ LAYONG

Isnin 20/12/2010 jam 4.00 petang, Hj Pangan aka Piyambut kerumah Asat Albab kan membawa mendalak, apalagi Asat Albab pun nda banyak fikir layan tah jua. Dalam perjalanan baru tah berunding di mana kan dituju, pikir punya pikir last2nya ke Layong tah durang. setelah sampai di Layong rupanya macam pesta pancing di sana yang mana ramai sudah orang memancing dan oleh kerana tempat kan dihajati ada orang sudah memancing paksa tah mencari tempat lain yang nda ada orang cara kebetulan, kejumpaan kawan2 pengasting di sana tanpa membuang masa Asat Albab dan Hj Pangan pun mencari tempat spot masing2.
Dalam beberapa kali cast, Asat Albab berhasil menaikkan seekor dalak dan seekor badus aka bujuk dan Hj Pangan cuma ugat (lepas) sama miscall saja.
Manakala Sarin aka Johson (kawan Emi ) secara kebetulan berjumpa sama durang berhasil menaikkan seekor dalak, TAHNIAH Asat Albab, Hj Pangan dan Sarin..