Friday, August 31, 2012

MAMA BEBARAHAN ULEH MENSURF @ PANTAI TELISAI

Jumaat 31/8/12 subuh...Mon yang sekian lama menyepikan diri kini kembali aktif mensurf di pantai Telisai pada hari raya ke12 dan berhasil dengan seekor mama bebrahan, tahniah Mon.

MENOMANLAK RAYA 10 @ EPM

Rabu 28.08.12 jam 6 pagi...,operasi menomanlak di epm diketuai oleh cpt Edin disertai uleh Wandy dan Hakimi pada kali ini berhasil yang mana 2 ekor toman tewas ditangan cpt Edin dan Hakimi jua lureh 2 ekor toman manakala Wandy cuma strike 2 ekor dalak saja, tahniah semuanya.

Thursday, August 30, 2012

BARAB RAYA10 @ LONDON BRIDGE

Rabu 29.8.2012 petang...raya ke10 Danan akabLabooh kembali membarab di london bridge yang mana keadaan aing nda berapa memberangsangkan tetapi terlihat kelibat barab aka serigala sungai mengejar anak seluang tanpa membuang masa, Danan terus cast menggunakan lure rapala micro yang di tukar single hook dan terus strike seekor barab...tekaran jua ulehnya tu hehe...tahniah Danan

Wednesday, August 29, 2012

DALAK RAYA KE10 @ KERIAM

Rabu 29/08/2012 jam 5.30 petang...Ansuri bersama Hj Rahim mendalak sungai belakang sekolah Keriam yang mana Ansuri berhasil menaikkan 4 ekor dalak manakala Hj Rahim alum ada rezekinya cuma ugat dan miscall saja,TAHNIAH Ansuri..

MJ VS SUMPIT-SUMPIT RAYA 9 @ SG TUTONG

Selasa 28/08/2012 jam 8.00 pagi satu lagi Ops sedang dijalankan dalam suasana Aidilfitri di sungai kuala Tutong disertai uleh Asat, Madi dan juga Edin sekaligus Cpt menggunakan perahu miliknya sendiri. Seekor ungah aka MJ tewas ditangan Madi nda lama selepas atu seekor ikan sumpit2 lagenda awang semaun tewas ditangan Edin manakala Asat alum ada rezekinya,hot lah tu hehe...,TAHNIAH Edin dan Madi..

Monday, August 27, 2012

MJ RAYA KE7 @ BEKUKU ISLAND

Ahad 26.8.2012 jam 8.30 pagi...misi membuang gian buat kali ke2 raya ke7 kali ani disertai uleh aku, Jun dan Ahmad. Cuma Jun saja yang berhasil menaikkan seekor sumpit2 dan seekor mj di bekuku island, tahniah Jun...mr brown jua jadi penggantinya haha...

DIKESEMPATAN INI SAYA WAKIL DARIPADA MEMBER STA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANG TAHUN KEPADA EMI PADA 28.8.2012 DAN KEPADA HJ KHALIDIN YANG MENYAMBUT HARI ULANG TAHUN PADA 30.8.2012 SEMOGA PANJANG UMOR DIMURAHKAN REZEKI SEHAT WALAFIAT DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN DAN SUKSES SELALU DISAMPING KELUARGA TERSAYANG, AMIN...

Sunday, August 26, 2012

BABY GT & BABY GROUPER RAYA 5 @ LUBOK TAPAU

Jumaat 24.8.2012 jam 3ptg...raya ke5 baru dapat beraksi misi membuang gian kali ani aku sama Emi turun cast di sungai Tutong cuma seekor baby gt dan baby kerapu(CPR) saja yang sudi menjamu hidangan raya lure milikku dan 2x melepas...

Monday, August 20, 2012

AIDUL FITRI MAAF ZAHIR BATIN

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN BUAT SEMUA MUSLIMIN MUSLIMAT SEKELIAN DI SELURUH DUNIA DARI KAMI.

Saturday, August 18, 2012

1ST BLOOD DAIWA JDREAM VS MJ @ LUBOK TAPAU

Jumaat 17.8.2012 jam 4.30ptg...trip cast mj mengejut aku sama Ahmad Popper cuma mengambil masa dalam 2 jam saja dan aku berhasil dengan seekor mj 1st blood bagi reel Daiwa JDream yang baruku beli dan sekali kena tapau lure strikepro ku, alhamdulillah...lama sudah nda merasa strike mj ani hehe....

Friday, August 17, 2012

BABY MJ AMPIR TYM SUNGKAI @ BEKUKU ISLAND

Rabu 15.8.2012 petang...Asmadi bersama Ahmad Popper turun cast menggunakan perahu milik Bugul di kawasan lubok tapau dan bekuku island yang mana keadaan air pada masa atu surut plus bangat(deras) menyukarkan lagi untok mengawal bot tersebut. Cuma seekor baby mj saja diperolehi uleh Asmadi atupun sudah ampir kan bersungkai, tahniah Asmadi...

Tuesday, August 14, 2012

CASTBOT TOMANLAK BULAN RAMADHAN @ EPM

Isnin 13/08/2012 jam 07.30 pagi...Ops menomanlak di EPM dalam bulan ramadhan yang diketuai uleh Cpt Asat bersama Roy dan juga Ansuri dengan kaedah CASTBOTT masih lagi dipraktikkan. Kaedah casting...1 ekor toman tewas ditangan Cpt Asat, seekor dalak tewas ditangan Roy manakala 2ekor lagi toman dan seekor dalak tewas ditangan Ansuri. KAEDAH BOTTOM pula..2ekor toman tewas ditangan Cpt Asat, 2 ekor toman tewas ditangan Ansuri manakala seekor lagi toman tewas ditangan Roy cuma Cpt Asat saja nda begambar atas sebab2 tertentu,TAHNIAH semua...

Sunday, August 12, 2012

MISI MEMBURU MJ SUKSESS LAGI @ LUBOK MENDAKAPING

Jumat 10.8.2012 jam 8 pagi...Babah, Ah Chong dan Richard turun lagi mendakaping...pendek cerita macam2 lureh dorang dan banyak jua misscall dan putus oleh sebab cuai inda menukar leader...hasil kesemuanya 24 ekor landed dan 2 kali putus... Tahniah semuanya...
HASIL DARI TANGKAPAN DARI BABAH

HASIL DARI TANGKAPAN DARI AH CHONG

HASIL DARI TANGKAPAN DSRI RICHARD DAN AH CHONG

Saturday, August 11, 2012

BERBALOI JUA MEMBOTTOM SEHARI SEMALAM @ PERAIRAN LAUT TUTONG

Jumaat 10-8-2012...Emi, Hj Khalidien dan Khairul turun membottom di perairan laut Tutong tengah2 malam sehingga hari sabtu petang, Alhamdulillah...lumayan jua hasil tangkapan durang ani...tahniah semuanya.

Wednesday, August 8, 2012

BARRA TYM NUZUL @ PANGKALAN CBISU

Isnin 7.8.2012 pagi...sempena kelepasan awam Nuzul Al-Quran kesempatan cast bagi Siman nda disia2kan yang turun solo di pangkalan CBabau dan berhasil dengan seekor barra yang ke6 buatnya kali ani, tahniah Siman.

MISI MENOMANLAK KELEPASAN NUZUL @ EPM

Isnin 6.8.2012 pagi...cuti sempena nuzul Al-Quran tidak melepaskan peluang iaitu jam 7.45 pagi lagi yang lama tidak beraksi..iaitu Roy, Asat dan Jaki. Sesi pagi mengasting tidak memberangsangkan, mahupun membottom pada rehat tenghari. Bermula jam 3 petang hujan panas turun barulah aksi toman dan dalak menunjukkan belangnya hingga jam 6 ptg. Yang berhasil kaedah casting Roy lureh seekor toman dan seekor dalak, Asat lureh seekor dalak dengan kaedah casting manakala Jaki lureh seekor dalak dan 2 ekor toman dengan kaedah casting yang mana salah seekor beratnya 2.7kg..dan yang lain banyak ugat dan miscall sahaja. Tahniah semua.

Tuesday, August 7, 2012

MISI MJ SUKSESS @ LUBOK MENDAKAPING

Ahad 5.8.2012 jam 10 pagi...Babah, Juki dan Ah Chong turun misi mendakaping kali ani dan hasilnya memang membrangsangkan.Pembuka tirai Babah dengan kerapu minyak aka kerapu bini menggunakan rapala shadrap rs..nda lama kemudian giliran Juki lagi lureh kerapu minyak jua mengunakan tdd7. Lapas atu Ah Chong lureh ungah menggunakan strom thunderstick menambahkan semangat durang lagi untuk terus mengasting, banyak kali strike dan macam2 jua lureh durang dalam trip ani..dan last2 minit baru tah Juki lureh ungah dan nda lama atu giliran Babah lagi lureh ungah yang selama ani di idam2kannya..tahniah semua...

DALAK UNTOK RAWATAN @ SG KELAKAS

Ahad 5.8.2012 jam 6-8 pagi...Jaki turun mendalak secara solo di sg Kelakas misi untok mendapatkan dalak bagi keperluan perubatan kawannya selepas menjalani pembedahan ternyata berhasil jua menaikkan 2 ekor dalak,Tahniah jaki... semoga kawannya lekas sembuh amin...

Monday, August 6, 2012

1ST LESEN SANTAK, TENGGIRI & TAWIH @ PERAIRAN TUTONG

Sabtu 5-7-2012 pagi...Emi dan Khairul(capt) turun ke perairan laut Tutong tujuan kan menenggiri saja. Khairul berhasil dengan pembuka tirai pertama strike tenggiri dan berjaya menaikkan 2 ekor tenggiri dan di ikuti dengan Emi menaikkan seekor tengiri (1st lesen). Emi berhasil jua membottom berjaya menaikkan 2 ekor ikan special "ikan santak". Semasa sesi popping, Emi berhasil lagi strike ikan tawih seberat 2kg (1st lesen), tahniah Emi & Khairul.

Saturday, August 4, 2012

MJ, KERAPU & BEBATIK ULEH MEMBOTCAST @ LUBOK MENDAKAPING

Jumaat 4-8-2012 pagi...Emi dan Khairul turun ke lubok mendakaping untuk cast dan mencuba membottom. Emi yang awal kena strike kerapu minyak dengan menggunakan strike pro dalam sesi mengasting. Semasa berehat durang pun mengambil kesempatan untok membottom yang mana Emi berhasil dengan seekor mama MJ. Selepas atu durang pun berpindah menuju ke laut lagi dan barulah Khairul berhasil menaikkan seekor bebatik uleh membotom.
Rupanya dalam masa yang sama Babah pun turun cast bersama Zuki di lubok mendakaping yang mana Babah saja berhasil menaikkan 2 ekor kerapu minyak yang mana salah seekor beratnya 1.7kg. Tahniah semuanya..