Tuesday, August 25, 2009

DALAK TEKAJUT @ KAMPUNG HALAMANKU

Ahad 23.8.09 petang, selepas ku round di Danau meliat member kami mengail disana tarus tah ku kekampung kan cuba mengasting Dalak batah nda melawati tmpt atu. Aing masa atu masih lagi dalam apalagi nda sabar kan mencuba katak beracunku yang lama sudah nda beraksi. Berkali2 jua membuat lontaran akhirnya baru tah cDalak ani menyambar katakku yang sudah hampir ku gulung membuatkan aku basah dari percikkan air dari Dalak atu membari tekajut jua ulehnya sekalinya menyambar hampir ah. Nda sia2 percubaan dibulan puasa ani fikirtah puasa jua ya lauk ah hehehe....

Monday, August 24, 2009

LAYARAN WOOOO.....@ PERAIRAN TELISAI

Sabtu 22.8.09 1st day puasa cJali bersama abangnya cAs turun kelaut perairan Telisai kan mencuba dilaut lagi mahu jua merasa tarikan ikan2 dilaut dalam ternyata berhasil dengan ikan Layaran jr. Lesen Class A lagi tuh hehehe......tahniah Jali kan mau jua merasa tarikannya tuh nanti.

LAGI AKSI2 @ DANAU MENJERIT

Ahad 23.8.09 ptg cJali, Achin dan Hamzah(Likas Anglers) turun lagi di Danau menjerit sementara atu aku akhir sampai disana memandangkan umpan payah bercari masa atu so round saja ku kesana meliat durang mengail. cJali sudahpun menaikkan sekor Bekalang dan jua sekor Pari (Pari Ampau)kana panggil. Tahniah Jali walaupun selunsong belum ada mengamok sabar ada tu nanti hehehe....

BEKALANG SOLO @ DANAU MENJERIT



Pada 16.8.2008 Ahad minggu lapas, rupanya member2 kami yang lain cJali, Achin dan cHamzah(Likas Anglers) turun di Danau, rindu jua rasanya lama ku nda turun disana atu. Masa atu durang spot durang ditengah2 batu Danau saja memandangkan dihujung sekali beumbak cuma sekong Bekalang saja yang berjaya dinaikkan uleh Hamzah(Likas Anglers). Tahniah Hamzah..

Sunday, August 23, 2009

LAGI2 DALAK MONSTER @ SUNGAI KELAKAS


Jumaat 21.8.09 petang, Zaki dan Madi beraksi lagi di sungai Kelakas untuk mengintai Dalak monster setelah sebelah paginya nda berhasil akhirnya cMadi berjaya menaikkan seekor Dalak monster dengan lontaran pertamanya tarus kana ngap....!
Selepas atu baru tah cZaki menaikkan sekong Dalak Jr. Tahniah Madi n Zaki mendalak jua banar kamu dua atu tunggu aku beraksi hehehehe.....

MENDALAK LAGI @ SUNGAI KELAKAS


Khamis 20.8.09 pagi, Zaki sepertibiasa turun casting disungai berdekatan tmptnya tinggal setelah hujan turun beberapa hari sudah tentu dalaknya balik ketempat kediamannya semula. Anitah lurihnya sekong dalak saja cukup dah tuh untuk memanaskan tangan saja hehehe.....tahniah Zaki....

Saturday, August 15, 2009

DALAK MONSTER LAGI @ SUNGAI KELAKAS

Jumaat 14.8.09 akhirnya Dalak yang ditunggu selama ani uleh cZaki sudah berhasil, lama jua rasanya nda naikkan Dalak ani janya batah2 aing masin disungai Kelakas yatah Dalaknya mungkin berhijrah keulu sungai barangkali, setelah hujan turun beberapa hari ani dalak ani balik tia ketempat kediamannya semula.
Tahniah Zaki basar tuh Dalak mu atu hehehe....Dalak aing masin kali macam di Peranginan Parit jua..

KALAKITOK SASAT @ SUNGAI KELAKAS

Khamis 13.8.09 seperti biasa member kami cZaki yang memang karak mengasting Dalak ani nda dipersiakan masanya disungai yang berdekatan rumahnya seawal pagi lagi. Nda disangka kali ani hasilnya mula2 disangka Bulan2 sekali sudah naik rupa2nya Kalakitok yang mengena alum pernah terjadi sebelum ani mungkin disebabkan kemarau yang batah sehinggakan air masin masuk kesungai Kelakas ani yatah jauh tia masuk merantau Kalakitok ani hehehe.....rezeki jua banar toh....

Friday, August 14, 2009

BELIDA @ 30 MINIT BEKIAU

Ahad 9.8.09 minggu lepas nda bnyk member kami yang beraksi turun padang cuma cZaki saja bersama dengan kawannya cTutoi yang ingin menjejak ikan Belida selain dari memburu Dalak yang sudah lumrah bagi durang ani disana. Ternyata nda sia2 walaupun mengasting nda berhasil namun pancing durang yang menggunakan umpan berhasil dengan 2ekor Belida.
Anitah uleh cZaki dengan Belida juniornya dengan berumpankan cacing saja walaupun mengasting Dalak nda berhasil.


cTutoi kawan cZaki man of the match hari atu dengan Mama Belida congrates............

Friday, August 7, 2009

BARAB NYAMOKNYING MENJERIT LAGI......

Hari 1(4.8.09)

Artikel dipetik dari abang saya Ahmad,
Seperti biasa bertugas di nyamoknying selama 3 hari 2 malam, bermula 4.8.09 hingga 6.8.09. Pada 4.8.09 saya dan rakan yang lain masuk ke ulu nyamoknying di bawa oleh pekerja kilang papan menggunakan pacuan 4 roda. Tepat pukul 11.30 am kami sampai di kem tempat kami menginap. Setelah selesai memungah dan menyimpan barang2, saya tidak sabar2 lgi untuk casting kerna kami akan memulakan tugasan pukul 2 ptg, lalu saya mencapai joran shakespeare connoisseur 6 ft dengan spol tomman platinium tiny dan tali sulaman 15 lb yg ingin saya cuba kekuatan nya. Sampai saya tempat lokasi saya memulakan humbanan yang pertama menggunakan popper kesayangan saya namun tidak ada sambaran dari pemangsa. Saya tidak patah semangat dan masih mencari lokasi2 yang berpotensi. Kali ini saya menukar umpan dengan spinner buatan saya sendiri, tidak sia2 lontaran pertama saya berhasil memikat pemangsa lalu pertarungan sengit berlaku selama 5 minit kerana spool yg saya gunakan menjerit d tentang hebat oleh seekor barab 700g. Saya merasa puas hati dan mengambil gambar kenangan sebelum balek k kem kerana memulakan tugas.

HARI KE 2 (5.8.09)
Jam 6 pgi saya bangun awal kerna menyambung tugas saya petang kemarin yg belum siap, setelah selesai pukul 7.30 pagi saya mencuba nasib lagi d tempat lubuk yg kemarin. Setiba di sana saya memulakan lontaran menjejak pemangsa mengunakan spinner beracun saya namun tidak ada aksi lalu saya berpindah beberapa meter dari tempat saya bermula tadi. Dengan sekali lontaran saja spinner saya terus d sentap dengan kuat, pertarungan berlaku begitu hebat hinggakan spol tomman saya menjerit jerit dan aksi pemangsa belum kelihatan lgi. Dalam masa 10 minit baru lah pemangsa dapat saya jinakan iaitu barab seberat 500g. Saya sungguh kagum dgn kekuatan pemangsa tersebut walaupun tidak sebesar yang saya jinakan sebelum ini. Setelah selesai bergambar, saya pun pulang k kem untuk berehat dan menungu perahu temuai yang kami tempah untuk membawa kami k ulu kerana ada tugas yang kami buat di sana....biasa la joran ku kompom nda tinggal hehehe.


Tepat jam 12 t.hari temuai kami pun sampai dan kami pun terus bertolak ke ulu seramai 8 org. Sepanjang perjalanan kami, banyak rintangan sukar yg kami hadapi seperti tungul, kayu melintang sungai dan karangan.

Setibanya kami k tempat terakhir untuk tugasan kami, iaitu d lubok tut........Kwn saya harun terus memulakan lontaran pertama nya yg mana beliau juga sama minat seperti saya. Semasa saya sedang memasang joran, rapala kawan saya Harun d sambar pemangsa dan berjaya menaikan seekor barab seberat 600g. Tiba giliran spinner saya beraksi, namun tidak ada sentapan lalu saya menukar menggunakan popper kesayangan saya. Kami semua tersentak seketika kerana melihat pemangsa berpesta menyambar anak2 ikan kecil di permukaan ayer lalu saya membuat lontaran betul2 tepat kawasan pemangsa berpesta tadi dengan tidak perlu menungu lama, popper saya terus d sambar dengan begitu rakus sekali, pertarungan pun bermula dgn bunyi spool tomman saya menjerit jerit dan joran pun sudah berbentuk 'U'.Sebenarnya saya lupa untuk menukar kepada spool penn dengan tali sulaman 30lb yang saya bawa bersama. Semua yang menyksikan pertarungan hebat itu tergamam kerana mereka tahu pemangsa begitu besar d bandingkan joran dan spool yg saya gunakan. Pertarugan terhenti kerana pemangsa membawa tersangkut pada kayu, nasib driver temuai kami membantu menyelam kedalam lubok yg begitu dlm. Akhir nya pemangsa pun dpt d naikkan dan setelah naik k darat tali sulaman 15 lb saya putus, nasib.... Setelah di timbang, barab tersebut seberat 2.8kg sekali gus memecahkan rekod peribadi saya sebelum ini iaitu 2kg. Keadaan semakin meriah lagi apabila rapala Harun mengena. Sama jua cerita nya pemangsa membawa sangkut pada kayu, sekali lagi driver kami menyelam dan akhir nya pemangsa pun dpt d naikan iaitu barap seberat 2kg. setelah saya tahu pemangsa d sini begitu besar, saya pun menukar spool penn dgn tali sulaman 30lb dan kali ini saya menukar menggunakan spinner black n red yg berat supaya sampai ke seberang lubok tersebut yg begitu lebar. Lontaran yg ke 2 spinner saya di sambar pemangsa dan berjaya d naikan tanpa halangan iaitu barab 900g. Saya belum puas lagi sehingga lah spinner saya tersangkut lalu putus bye bye...dan saya dan Harun pun berhenti mengkasting.

Tepat pukul 4.30pm kami pun berkemas untuk pulang dengan membawa hasil 4 ekor barap dan sampai ke tempat kem kami pukul 5.45 pm. Sebelah malam nya setelah makan, kami pun berehat dan terus tidur kerana esok kami akan balek.







HARI KE 3 (6.8.09)

Pukul 6 pgi kami semua bagun awal untuk mengemaskan barang masing2 namun hati saya belum puas lagi. Setelah selesai mengemas barang, saya pun mencapai joran dengan popper kesayangan lalu turun ke sungai yang berdekatan dengan kem kami. Tidak sia2, saya membawa hasil seekor Badus seberat 800g. jam 9.00am kami pun berangkat pulang……

Demikian lah saja cerita yg dpt saya kongsi kan bersama sepanjang pengalaman yg paling sukar saya lupakan di samping dpat memecahkan rekod peribadi saya sendiri. Kepada rakan2 seperjuangan, jangan sakit kepala ah.... Kata pepatah KALAU KAIL PANJANG SEJENGKAL, LUBOK NYAMOKNYING HATI2 MENDUGA.... Nyamoknying pasti menjerit lagi, sekian wasalam

Monday, August 3, 2009

DALAK VS SPOOL BARUKU @ PERANGINAN PARIT

Isnin 3.8.09 jam 5.30ptg, rasa gian nda lagi dapat ditahan terpaksa tah ku turun mengasting di Peranginan Kg Parit selepas saja balik dari keraja disebabkan lama sudah nda beraksi. Sesampainya disana nda lagi sabar tarus tah memasang jentera baruku spool Shimano Nasci model 1000 menggantikan tempat Shimano Sienna 1000FB yang masa ani beusai dikadai. Tujuan kan mengasting bulan2 disebabkan nda ada usulnya ku tukar tah mengasting Dalak dengan lure katak jenama Eupro baruku jua. Nda sia2 menukar lure katak tarus kana sambar uleh Dalak tapi telapas, ku cuba lagi cast rupanya nda ya jara Dalak ani apalagi strike berabis lah takut lapas lagi. Puas jua hati spool baruku berhasil sudah menaikkan Dalak hehe.....terubat jua tangan menarik ikan atu haha.....