Sunday, March 20, 2011

DALAK DAN BABY TOMAN SAJA NI...@ EPM

Jumaat 18.3.2011 pagi, antara yang beraksi di EPM Babah, Boy Sangkut dan Hj Fadil menggunakan perahu milik Chong yang disewa uleh durang. Trip menomanlak tergendala buat seketika disebabkan masalah teknikal. Kira-kira dalam jam 8 pagi, setelah masaalah dapat diselesaikan durang pun memulakan trip menomanlak namun trip disebelah pagi tidak menghasilkan apa2. Pada jam 11.30 pagi, durang berhenti menomanlak untok menunaikan sembahyang fardhu Jumaat. Di sebelah petangnya jam 2 ptg, cuma Boy dan Hj Fadil saja meneruskan lagi menomanlak manakala Babah ada hal sikit kerana ada urusan. Jam 3.45 petang baru tah Babah join balik lagi. Dalam masa menomanlak, durang kejumpaan anak2 toman bermain dipermukaan apalagi masing2 tah mencuba cast pakai mini minow manatau ada mama toman sudi menyambar namun cuma lure Hj Fadil saja tersangkut arah anak toman. Sudah durang berpindah spot, baru tah Babah berhasil menaikkan seekor dalak menggunakan katak Kooper yang baru dibali dari Lun fishing.
Alum lama selepas atu, Boy pun kana strike jua uleh dalak menggunakan SPRO Albino. Selepas atu durang berpindah lagi dan kali ani SPRO Albinonya lagi kena strike uleh toman monster namun setelah 2 minit bertarung, toman tersebut berjaya melepaskan dirinya...tahniah Babah, Boy dan Hj Fadil.
Hj Fadil lureh baby toman saja menggunakan lure redhead.

No comments:

Post a Comment