Wednesday, December 28, 2016

MAMA TOMAN BAGI ASAT @ LUBUK SUROK SUROK

AHAD 25/12/2016 Jam 09.00 pagi.. sekali lagi Asat memajal dengan Ops menomanlak secara solo di LUBUK SUROK SUROK. Setelah sampai kedestinasi, rupa rupanya  Zaki sudah pun berada dilubuk surok2 dan tanpa membuang masa Asat pun terus jua beraksi namun Zaki belum ada rezeki kena strike dan nda dpt lama cast disebabkan ada urusan yang tertentu. Belum lama selepas Zaki balik, Asat berjaya menewaskan seekor Toman monster berat 12kg sekali gus rekod peribadi buat Asat dipenghujongan TAHUN 2016 ini. Selang beberapa jam Suri pun datang terus join beraksi jua disebabkan keracunan meliat pic Toman monster yang disend uleh Asat namun belum jua ada rezeki Suri kali ani,TAHNIAH Asat...Toman yang kedua baginya TAHUN ini...
Atikel oleh Asat

Tuesday, December 27, 2016

DOUBLE STRIKE TOMAN @ LUBUK SUROK SUROK

SABTU 24/12/2016 Jam 08.45 pagi Ops menomanlak memajal masih diteruskan oleh Asat secara Solo setelah bebarapa hari yang lepas Asat dibuli oleh Toman diLUBUK SUROK SUROK. Dalam beberapa minit cast, akhirnya Asat berjaya menewaskan seekor Toman dan sekali ugat ( lepas ) sekali gus renew lesen tomannya dipenghujong tahun ini. Asat pun terus whatsapp gambar toman tempat Suri dan nda lama kemudian Suri pun datang disebabkan keracunan tanpa membuang masa Suri pun terus join ngasting jua. Baru dalam beberapa minit cast Suri berjaya menewaskan seekor Toman tetapi sayangnya nda sampat bergambar disebabkan tegugur keaing bebalik semasa kan mengambil hp dalam begnya ugi..ugi... hahaha... berkat sabar nda jua sia sia Suri memajal lagi akhirnya berjaya menewaskan seekor toman lagi dan 2x miss call..TAHNIAH Asat dan Suri...
Atikel oleh Asat

Monday, December 26, 2016

TOMAN OPS MENOMAN SOLO @ LUBUK SUROK SUROK

JUMAAT 23/12/2016 Jam 10.00 pagi sekali lagi Suri Ops menomanlak tetapi kali ani secara Solo lagi di LUBUK SUROK SUROK. Setelah sampai ke destinasi baru jua beberapa minit ngasting Suri berjaya menewaskan seekor Toman dan 3x ugat(lepas) TAHNIAH Suri...
Atikel oleh Asat

Monday, December 19, 2016

TOMAN KE2 BAGI SURI @ LUBUK SURUK2

KHAMIS 15/12/2016 Jam 10.00 pagi... Ops menoman masih lagi bejalan seperti biasa secara solo oleh Suri di LUBUK SUROK SUROK. Baru jua beberapa minit ngasting Suri berjaya menewaskan seekor Toman merupakan yang ke2 baginya kan penutup hujong Tahun 2016 ani, TAHNIAH Suri...
Atikel oleh Asat

Saturday, December 17, 2016

1ST LESEN SELUNSONG DENGAN SET UL BARU

Khamis 15.12.2016 petang...Danan aka Labooh turun landbase casting secara solo selepas waktu bertugas yang mana berhasil dengan seekor baby barramundi ( cnr ) merupakan 1st lesen baginya dan sekaligus pacah dara bagi rod UL barunya menggunakan gewang popper hasamu menjadi taruhan. Tahniah Danan.
Atikel oleh Danan

Wednesday, December 14, 2016

STRIKE TOMAN SAMPAI PATAH ROD @ LUBUK PATAH

SABTU 10/12/2016 Jam 4.30 petang ... Ops menomanlak kali ini disertai oleh Asat bersama Epaw dan Suri di LUBUK PATAH. Setelah sampai di spot tersebut baru jua beberapa minit ngasting Suri berjaya menewaskan seekor Toman tetapi malangnya rod Suri patah. Selang beberapa minit Pawe lagi berjaya menewaskan seekor Toman jua manakala Asat alum ada rezekinya aka kumpowww lah tu hehehe..TAHNIAH Suri dan Pawe..
Atikel oleh Asat

Monday, December 12, 2016

SELUNSONG VS RAPALA MAGNUM @ KUALA TUTONG

Selasa 6/12/2016 petang... Edin bersama juniornya Aliadiee & Madi turun landbase casting di ujung kuala Tutong yang mana Edin berjaya menaikan seekor selunsong menggunakan rapala magnum manakala Aliadiee & Madi kumpaww..Tahniah Edin.
Atikel oleh Aliadee

Thursday, December 8, 2016

RENEW MJ @ KUALA TUTONG

Selasa 06/12/2016 Jam 06.15 pagi Ops ngasting sedang dijalankan uleh Pawe bersama Suri di sungai Tutong,(HUJONG KUALA TUTONG) Baru jua dalam beberapa minit ngasting Pawe berjaya menewaskan seekor ungah aka MJ dan sekali gus renew lesen ungahnya aka Mj kan penutup ujong tahun manakala Suri alum ada rezekinya,TAHNIAH PAW...

Saturday, December 3, 2016

BARRA VS POPPER STORM GOMOKU


Jumaat 2.12.2016 pagi... pembukaan bulan 12 turun landbase casting secara solo dengan berbekalkan set UL 4lbs dan gewang popper storm gomoku yang baru dibeli dengan tujuan asal untuk memikat bulan2 saja namun lain yang strike yang mana seekor selunsong yang nda tahan godaan bunyi yang dihasilkan daripada popper storm gomoku yang membuatkan letupan dipermukaan air daripada sambaran selunsong tersebut disertakan beberapa kali akrobatik akhirnya tersungkur juga dihujung rod ul milikku...

Tuesday, November 29, 2016

RENEW LESEN DALAK 2016 @ MASIN

Sabtu 26hb november 2016 petang... Cigu Jam turun bersama dengan kawannya Sofyan dan Safie Fahri mendalak di kg Masin yang mana cigu Jam sahaja berjaya renew lesen dalak 2016 baginya menggunakan trigger x grub..sementara Sofyan dan Safie cuma miss saja, tahniah cigu Jam.
Atikel oleh cigu Jam

Saturday, November 26, 2016

DUO REALIS PENCIL POPPER VS PELAGICS@ PERAIRAN BRUNEI


Sudah 2bulan Ak Putera nda turun mencast sibuk dgn tugasan kerja. Kali ani Ak Putera dan rakan setugasnya Musa turun menjig dan popping ikan pelagic. Seawal pagi smpai ditakat tersebut pemangsa ikan tenggiri sudah nampak menyambar anak2 ikan tetapi kaedah popping dan jigging langsung nda kana layan. Sebelah petangnya baru tah ada strike oleh Ak Putera  menggunakan DUO Realis Popper Pencil 148 & 110 'Neo Pearl' berjaya menaikkan Ikan Banau dan tenggiri termasuk kawannya menaikkan ikan tungap dan tenggiri menggunakan jig. Tahniah Ak Putera dan Musa.
Atikel oleh Ak Putera

Tuesday, November 22, 2016

BARRA DISANGKAKAN BULAN2 @ LUAGAN ?????


Ahad 20.11.2016 pagi... Disebabkan keakhiran sudah kan boatbase, aku sama Madi kali ani landbase saja dan banyak spot kami kunjungi tujuan kan main bulan2 saja tanpa disangka strike pertama Madi berhasil dengan seekor baby barra yang disangkakan bulan2. Belum lama Madi strike barra, giliranku lagi berhasil dengan seekor barra jua dan last strike barulah Madi berhasil menaikkan seekor bulan2.

Monday, November 21, 2016

MJ & KERAPU TYM AING BAHAL2 @ SG TUTONG



Jumaat 18.11.2016 petang... Aku turun boatbase cast bersama Madi dan Emi jam 3 petang menggantikan tempat slot pilot dari pagi Edin yang mana sebelah paginya Madi berhasil menaikkan seekor mj dan Emi berhasil dengan seekor kerapu manakala Edin kumpawww... Sebelah petangnya aku berhasil dengan seekor kerapu dan Madi berhasil  dengan seekor mj lagi... Alhamdulillah...nda jua kumpawww.

Wednesday, November 16, 2016

STRIKE UNGAH SELEPAS PINDAH SPOT @ SG DANAU

Ahad 13/11/2016 petang... Sham turun landbase casting bersama adeknya Ajit di kawasan batu pantai Danau memandangkan masa atu beumbak dan air kabut terpaksa tah Sham pindah spot ke kawasan sungai danau..Alhamdulillah... Sham berjaya menaikkan seekor ungah menggunakan sp zman.. tahniah Sham
Atikel oleh Sham

Monday, November 14, 2016

MAK JANDA TERGODA DENGAN SP D.O.A SHRIMP @ KUALA TUTONG


Jumaat 11.11.2016 ptg.. kali ani aku turun solo landbase casting di ujung kuala Tutong yang mana aku mempertaruhkan sp D.O.A shrimp untuk mengintip mj aka ungah dan ternyata berhasil jua dengan seekor mj yang nyaris2 membuatkan leader ku putus terkena batu tapi rezeki berpehak kepada aku.. Syukur Alhamdulillah....

Saturday, November 12, 2016

SELUNSONG, MJ & BABY GT @ SG TUTONG




Jumaat 11.11.2016 pagi... misi boatbase di sg Tutong kali ani disertai oleh Edin, Madi dan Emi yang mana Edin berjaya lagi menaikkan seekor selunsong dan kerapu. Emi berhasil menaikkan seekor mj dan seekor baby gt manakala Madi berhasil dengan seekor mj, tahniah semuanya.

Friday, November 11, 2016

1 EKOR BARRA 2 EKOR MJ @ SG TUTONG



Rabu 09.11.16 jam 6 pagi... Edin bersama jr Aliadiee turun boatbase menjejaki mj di kawasan sg Tutong yang mana Edin berhasil menaikkan 2ekor mj dan 1 ekor selunsong manakala Aliadiee kumpowww, sabar saja hehe... tahniah Edin
Atikel oleh Edin

Thursday, November 3, 2016

BABY MJ SAJA @ SG TUTONG

Ahad 30.11.2016 pgi... Aku bersama Madi dan Aliadiee turun boatbase casting dsg Tutong yang mana Madi berhasil dengan 2 ekor kerapu, seekor baby mj dan seekor kangbedu. Aku berhasil menaikkan seekor baby mj manakala Aliadiee kumpaawww kali ani hehe....

Monday, October 31, 2016

KERAPU TIGER @ SG TUTONG




Sabtu 29 October 2016 ptg.... Emi, Edin & kawannya Wadi turun boatbase casting di sepanjang sg Tutong  yang mana Edin berjaya menaikkan 1st lesen Kerapu Tiger, Wadi berjaya menumpaskan 6 ekor MJ dan 2 baby GT manakala Emi menumpaskan  2 ekor MJ. Tahniah semuanya

Friday, October 28, 2016

BELIDA VS DALAK @ KG HALAMANKU


Selasa 25.10.2016 petang... Madi bersama Emi turun landbase casting di kg halamanku yang mana Emi berjaya menaikkan seekor dalak dan juga seekor belida manakala Madi kumpawww..tahniah Emi

Wednesday, October 26, 2016

RENEW LESEN TOMAN @ KG HALAMAN




Ahad 23.10.2016 ptg... aku, Madi dan Emi turun landbase jejak freshwater fish Alhamdulillah.. setelah sekian lama menempuh dugaan cabaran halangan rintangan sering dibuli toman akhirnya aku renew jua lesen toman mnggunakan gewang pensil ofmer zarinha. Madi berhasil dengan mama toman mnggunakan spro froggynya manakala Emi kumpawww..

MINI CASTING TOURNAMENT ULANG TAHUN STA KE9





Ahad 2.10.2016 pagi... Mini Casting Tournament sempena ulang tahun STA ke 9  di adakan dari jam 10 pagi hingga 4ptg.
#Stormteam Azlan Hmy Aliadiee Sta Madi STA
#JUNRAMWANTEAM Jun Cena Ramzi Ds
#PAWMIEKANGTEAM Haspawi Isa Irfan Shahrimi Khairul .
Seekor Pahat2 dan 2 ekor Sumpit2 membawa Juara kepada #Stormteam tempat ke2 team dari #PAWMIEKANG yang berjaya menaikkan seekor titir manakala tempat ke3 team dari #JUNRAMWAN yg dilanda kumpawww semuanya hehe...
Selepas pertandingan masih diteruskan casting  acara bebas yg mana Madi berhasil dengan 2 ekor mj..

Thursday, October 13, 2016

ULANG TAHUN KE 9 STA








PADA 1.10.2016 SABTU..
SAMBUTAN ULANG TAHUN STA YG KE9-TAHUN MALAM SEMALAM BERJALAN DGN LANCAR ALHAMDULILLAH.....TERIMA KASIH KEPADA SEMUA MEMBER2 YG TERLIBAT TURUT MENJAYAKAN MAJLIS TERSEBUT MUDAH2AN KITA SENTIASA DILINDUNGI DIRAHMATI SEHAT WALAFIAT PJG UMOR REZEKI YG LUAS SMOGA SILATURRAHIM KITA SEMUA KEKAL TERJALIN SAMPAI BILA2 AAMIIN....YA RABBALALAMIN.