Sunday, October 31, 2010

IKAN PUTIH @ KOLAM PANCING MPR

Sabtu 30.10.2010 dari Jam 9 hingga 12 malam Zaki dan keluarga berkunjung di kolam ikan di kg Sg.Belukut iaitu di MANGROVE PARADISE RESORT manakala Emi mengambil keputusan join durang ani setelah keracunan uleh Jaki. Walaupun hujan lebat pada malam atu namun dengan sifat memajal, akhirnya Jaki menaikkan seekor ikan putih dan 2 kali putus manakala Emi 1x ugat.... Tahniah Jaki, dengar2 sempat lagi memboking bilek no.15 untok bermalam di sana hari Khamis 4.11.2010 untok beraksi lagi ni...jangan lupa lesen barab atu ah hehe..

EMI KEMBALI MENDALAK @ LUBOK PUPUS

Sabtu 30.10.2010 petang, Emi dan Madi turun mendalak di lubok Pupus lebih2 lagi buat Emi yang baru bercuti setelah selama 4 bulan bertugas di kapal dan baru ada kesempatan untoknya beraksi kali ani dan berhasil jua dengan seekor dalak buat yang ke25 ekor buatnya. Tahniah Emi n welcome back...

Friday, October 29, 2010

FLY POP BULAN2 @ JUNJONGAN

Jumaat 29.10.2010 jam 4.30 petang, memandangkan keadaan cuaca yang baik aku sama Adi Mirza(juniorku) turun di Junjongan kan mentest fly lagi setelah 2 kali mencuba sebelum ani nda berhasil dan cuma banyak kali yang misscoll saja. Setelah sampai di sana, keadaan air macam TEA C namun masih jua diteruskan seperti biasa aku dengan flyku manakala juniorku cuma mempop saja dan belum ada strike lagi. Percubaan fly kali ani memang ada sambutan jua uleh bulan2 cuma sama jua banyak kali jua misscol. Selepas atu aku pun menukar lure fly lain lagi yang berbentuk seperti udang ternyata kali ani berhasil jua akhirnya dengan seekor bulan2.Anitah lure fly seperti bentuk udang setelah ku tukar baru tah mendatangkan hasil....

MEMBULAN & MENDALAK @ SG KELAKAS

Jumaat 29.10.2010 jam 3 petang, Madi turun di sg Kelakas tujuan mendalak sama fly bulan2 sampaikan Jaki menyusul kemudian disebabkan kena hantar mms uleh Madi dan cuma Madi saja belureh seekor dalak merupakan yang ke28 baginya walaupun nda berhasil fly bulan2 kali ani. Tahniah Madi, racunmu atu berhasil jua ah...

BARAB KE4 BUAT BABAH @ ULU TUTONG

Jumaat 29.10.2010 jam 6.30 pagi, kami sudah pun berada di ulu Tutong tujuan kan membarab antara yang berkasi aku, Babah dan juga B0y(rakan setugas). Setibanya di sana, rupa2nya ada sudah orang lain cast dan belureh 2 ekor barab namun kami mencuba nasib masing2 akhirnya Babah berhasil dengan seekor barab dengan menggunakan popper Yozuri 3D Sagainya lagi merupakan yang ke4 buatnya kali ani, aku cuma ugat sama misscoll manakala Boy nda ada strike. Tahniah Babah, seri sudah sama Roy ni....

3 EKOR BARAB TEWAS @ SG TALI PUTUS

Khamis 28.10.2010 jam 5.30 petang, Roy turun membarab lagi di spot yang pernah memutuskan tali mainlinenya tempoh hari dan kali berhasil dengan 3 ekor barab merupakan barab yang ke4 buatnya kali ani...Tahniah Roy, baru ya terus maju......ada yang sakit kepala lagi ni.

Wednesday, October 27, 2010

BULAN-BULAN ULEH MEMPOP @ PERANGINAN PARIT

Selasa 26.10.2010 jam 4 petang, Madi bersama Edin turun di peranginan Parit tujuan kan memfly sama mempop. Oleh kerana beranginan waktu atu terpaksa tah durang mempop saja dan Madi lureh seekor bulan2. Dalam jam 5 petang Babah sama Boy sampai di sana kan join mempop jua tapi nda ada hasil. Jam 5.30 petang baru tah aku sampai dan kami bercadang berpindah di spot lain lagi, kali ani nda lagi berangin dan aku sama Madi mengambil kesempatan untok memfly saja yang mana Madi sekali ugat dan aku 7kali misscol nda apa esok masih ada lagi hehe...tahniah Madi..

Tuesday, October 26, 2010

LANGKANG ULEH BARAB MONSTER @ LUBOK 4 SETENGAH

Isnin 25/10/2010 jam 3.00 petang, pemburu bersiri tomanlak kini beraksi membarab di ulu Tutong. Antara yang beraksi Asat Albab dan Khairul aka langkang dan setelah sampai di lubok yang durang namakan LUBOK EMPAT SETENGAH, baru jua 15minit cast lure Khairul kena strike barab tetapi sayang pemata popper chug bugnya langkang dan berjaya melepaskan dirinya. Khairul pun terus menukar lure popper baru yang warna gold bekilat dan baru jua 2 ke 3minit cast sekali lagi lure poppernya kena strike uleh barab dan berjaya dinaikkanya dan dua kali miscall manakala Asat Albab cuma miscall sekali saja, nda apa walaupun nda belureh sabar saja geng alum tah ada rezeki tu hehe.... TAHNIAH Khairul dengan barab yang ke2.

BADUS AKA BUJUK @ ULU TUTONG

Isnin 25.10.2010 petang, Ahmad yang sudah lama nda beraksi disebabkan kesibukkan jadi baby sitter dirumah kali ani mengambil kesempatan cast selepas bertugas di ulu Tutong walaupun dalam keadaan hujan namun tetap jua mencuba dan berhasil setelah cast dalam 10 minit dengan seekor badus aka bujuk dengan menggunakan lure rapala redhead, Tahniah Ahmad...

TUAH KHAIRUL & DIMAN @ EPM

Ahad 24/10/2010 jam 07.30 pagi, pemburu bersiri beraksi lagi menjejaki tomanlak di EPM, tetapi kali ani cara kebutulan menggunakan 3 buah perahu diantarnya yang beraksi perahu kepunyaan Khairul aka langkang bersama Capt Asat dan Hamdan aka 2nd castillo, yang sebuah kepunyaan Diman bersama Fadli dan sebuah lagi kepunyaan Awg Sahar bersama Ebel aka lst castillo dan Norazli. Pemburu bersiri yang bejaya menaikkan seekor toman 2ekor dalak ialah Khairul manakala Diman bejaya menaikkan 2ekor toman 1ekor dalak cuma nda sempat bergambar dan yang lainya cuma ugat (lepas) dan miscall saja. TAHNIAH Khairul dan Diman..

Sunday, October 24, 2010

DEMAM MEMBULAN @ JUNJONGAN


Ahad 24.10.2010 6 petang, Babah turun membulan di belakang rumahnya di Junjongan walaupun demam sekurang2nya terubat jua sikit sudah belureh seekor bulan2 menggunakan lure popper redhead beracunnya lagi...Tahniah, kira ubat damam udah tu Bah..

BELAIS & KERAPU @ TUNGKU


Ahad 24.10.2010 jam 2 petang, Hj Pangan aka Piyambut turun secara solo kan meandapong kali ani mencuba di Tungku lagi. Walaupun beombak macam di Hawaii namun memajal jua masih dan cuma kerapu sama belais saja yang diperolehinya, syukur tah jua tu...n tahniah

MAJLIS KESYUKURAN SERTA DOA SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN ROY & KELUARGA @ KG KERIAM

Sabtu 23.10.2010 jam 8 malam, majlis doa selamat dan kesyukuran sempena hari ulang tahun perkahwinan Roy dan isteri dan juga ulang tahun perkahwinan Hj Abd Rahman(BLACKGOLD)dan isteri yang ke27 tahun dan diselajuri dengan ulang tahun bagi puteri Roy Rina Nurhafizah@ Rezza yang ke26 tahun telah pun sempurna di adakan semalam di rumah Roy sendiri.

Antara yang hadir saudara mara, member2 STA dan juga member2 pancing yang lain juga turut memeriahkan majlis tersebut.






Antara menu pilihan selepas menjamu selera ala2 desert jagung bakar hehe....


Turut diserikan dengan acara hiburan live band unplugged by Puteri Roy Rina Nurhamizah & da boyz memang berbakat jua durang ani dapat udah membuat album sendiri...teruskan dengan bakat atu....




Sempat lagi kami ikut jaming sama durang ani, liat tah usul Roy yang main gitar macam Sham Kamikaze bah hehe...apalagi Emi yang baru balik bercuti atu nda buang peluang turut menyumbangkan suara merdunya jua hehe..

2ND CASTELO VS DALAK @ LAYONG


Sabtu 23.10.2010 petang, Ebel aka 1st castelo, Hamdan 2nd castelo dan juga salah seorang kawan turun mendalak di Layong kali ani yang mana Hamdfan dan kawannya saja yang belureh dalak manakala Ebel alum ada rezekinya cuma jadi tukang gambar saja.






6 ekor dalak yang berjaya dinaikkan uleh Hamdan dan kawannya, tahniah geng....Ebel sabar saja ah hehe.....



Saturday, October 23, 2010

PEMBURU BERSIRI TOMANLAK BERAKSI LAGI..@ EPM

Jumaat 22/10/2010 jam 07.00 pagi pemburu bersiri menjejaki tomanlak diteruskan lagi di EPM. Yang beraksi Capt Asat Albab, Ebel aka lst castillo dan Hamdan aka 2nd castillo. Sampai saja di sana macam biasa sesudah segala2nya selesai tarus tah menuju kelubok2 untok menduga tomanlak dan setelah beberapa jam cast Capt Asat Albab bejaya menaikkan seekor toman berat 3.5kg buat yang ke33 dan 2ekor dalak buat yang ke 129 baginya. Selepas atu baru tah giliran Ebel bejaya menaikkan seekor toman manakala Hamdan cuma ugat (lepas) dan miscall saja,TAHNIAH Capt Asat Albab dan Ebel aka lst castillo.. Ebel dengan toman yang ke10 bagi koleksinya kali ani...

LESEN BARAB PERTAMA @ SG TALI PUTUS

Jumaat 22.10.2010 jam 5 petang, Roy turun membarab selepas dari bertugas di salah asatu spot yang diberi nama ulehnya iaitu Sungai Tali Putus disebabkan ada cereta disebaliknya. 1st cast Roy menggunakan lure SP Storm telahpun disambar ganas dan tali mainline terputus ditarek mangsa yang belum lagi diketahui spesisnya dan terpaksa menukar lure buat 2nd cast menggunakan lure pensil eupro dan kali ini berhasil menaikkan seekor barab merupakan 1st lesen barabnya kali ani, Tahniah Roy..

MEANDAPONG BERSIRI @ LUMUT

Khamis 21/10/2010 jam 07.00 pagi, sekali lagi pemburu bersiri tomanlak beraksi di sungai Pantai Lumut meandapong orangnya pun masih jua Asat Albab dan Khairul aka langkang. Setelah sampai di sana macam biasalah merandam bubuk untok umpan dan tabur andapong. Lebih kurang dalam 10minit meandapong Asat Albab bejaya menaikkan 4ekor andapong, seekor sembilang dan seekor kalakitok, manakala Khairul pun bejaya menaikkan 2ekor andapong dan seekor kitang,TAHNIAH Asat Albab dan Khairul aka langkang...

Thursday, October 21, 2010

BARAB SAGAI PLUS ISKI @ LUBOK SAKIT KEPALA

Rabu 20.10.2010 jam 5.20 petang, Danan turun membarab secara solo di lubok sakit kepala setelah sekian lama nda berkunjung di sana disebabkan kebanjiran sebelum ani. Kali ani memang sudah ditunggu2 sudah uleh Danan dengan keadaan air sungai yang beransur baik untok cast barab dan setelah mencuba berhasil jua dengan seekor barab merupakan yang ke22 buat Danan kali ani walaupun cuma tersangkut arah mata terlampau sagai plus iski kan meliat lure...nah tepacak di mata tah pulang hehe...tahniah Danan.

Wednesday, October 20, 2010

TEST DRIVE FLYFISHING LAGI.. @ SG KELAKAS

Rabu 20.10.2010 jam 4.30 petang, Jaki, Madi dan Edin turun di sungai Kelakas kan mencuba memfly sama cast yang mana sudah sekian lama nda beraksi di sana walaupun hampir di belakang rumah Jaki saja. Sampaikan Jaki keracunan uleh Madi yang ugat bulan2 menggunakan fly yang baru dibalinya dan ugat dalak menggunakan cast lagi. Cuma Edin saja yang bernasib baik belureh 2 ekor dalak hasil dari cast walaupun pkai fly nda berhasil pun sudah cukup menambahkan koleksi dalak yang ke15 baginya manakala Jaki cuma sekali ugat bulan2, Tahniah Edin..Ani tah aksi 2 beradek yang sedang mencuba fly di sg Kelakas sambil atu set cast dalak pun nda ketinggalan dibawa sama jua uleh durang ani.

BAGAI ANDAPONG DIPAGAR KITANG @ SG KB

Selasa 19/10/2010 jam 07.00 pagi, pemburu bersiri tomanlak Capt Asat Albab dan Khairul aka langkang kali ani beraksi di sungai Kuala Belait beralih tujuan meandapong dan cast pula. Setelah sampai ke destinasi memang nda sabar rasanya apabila meliat laut taduh dan air sungai pun begitu cun melecun untok cast dan meandapong hati pun bebelah bagi jadinya, mau nda mau cast jua di dahului. Setelah beberapa jam cast langsung nda ada strike mau pun miscallnya, tarus tah memancing andapong baru jua dalam 5 minit meandapong, Khairul aka langkang berjaya menaikkan seekor andapong dan juga kitang mana kala Asat Albab bejaya menaikkan beberapa ekor kitang jua.
Cuma seekor andapong saja yang sudi makan umpan bubok durang kali ani yang lainnya kitang sama baby kerapu saja, apa2 pun syukur Alhamdulillah ada jua kan dibawa balik tu geng,hehe walau bagaimana pun TAHNIAH Khairul aka langkang dan Asat Albab..

TEST DRIVE SET BARU @ JUNJONGAN

Rabu 20.10.2010 jam 6.30 pagi, Babah turun cast di sungai Junjongan yang cuma berdekatan di belakang rumahnya saja kerana ingin test drive set cast yang baru dibalinya 2 hari lepas. Seekor bulan2 berhasil memecah dara set pancing barunya pada awal2 pagi lagi. Tahniah Babah, memajal toh...Walaupun cuma sipi2 saja tapi naik jua....Anitah set baru Babah Spool Shimano Stradic CI4 2500 sama rod Abu Garcia Vendetta...

Tuesday, October 19, 2010

MAJLIS DOA SELAMAT KESYUKURAN BAGI ROY DAN KELUARGA

Dijemput hadir kepada semua member2 STA dan juga member2 pancing lainya dimajlis Doa Selamat Kesyukuran bagi Ulang Tahun Perkahwinan Roy dan isteri yang ke27 tahun serta ulang tahun bagi anak sulongnya pada 23.10.2010 jam 8.30 malam di alamat no.4 Spg.375-15 Kampong Keriam, Tutong. Kehadiran biskita tidak lupa diucapkan jutaan terimakasih...

Monday, October 18, 2010

MEMBURU TOMANLAK BERSAMA STAFF-STAFF DEEP BLUE FISHING @ EPM

Ahad 17/10/2010 jam 07.30, misi menjejaki tomanlak oleh pemburu bersiri di EPM kali disertai oleh staff DEEP BLUE(Serusop/Tutong) seramai 9 0rang antaranya Ken serta Isterinya, Ken's sister, Mac, Nana, Tinie, Hanan, Nazry dan Kwang menggunakan 3 buah perahu yang telah disewa oleh big boss deep blue iaitu Ken. Antara perahu yang disewa kepunyaan Khairul aka Langkang pilot Asat Albab, perahu milik Awg Sahar dan juga perahu milik Diman. Cara kebetulan jua sebuah lagi perahu ikut serta menjejaki tomanlak iaitu perahu kepunyaan Kiong yang turun bersama Hj Rahim aka mantun dan Angsuri. Setelah beberapa jam cast Capt Asat Albab bejaya menaikkan 4ekor toman merupakan toman yang ke32 buatnya dan juga Awg Sahar pun bejaya menaikkan seekor toman berat 5.4kg. Manakala Khairul, Kwang dan Tinie cuma berjaya menaikkan 20 lebih ekor baby toman casting menggunakkan lure rapala yang paling damit tetapi sayangnya nda sampat bergambar cuma Kwang seorang saja yang sampat bergambar bersama seekor baby toman, yang lain2nya cuma ugat (lepas) dan miscall saja,bagi yang nda berjaya jangan berputus asa cuba lagi, TAHNIAH kepada yang bejaya.. Sempat lagi bergambar ramai pemburu tomanlak bersiri ani bersama staff2 Deep Blue dan Awg Sahar pun nda ketinggalan bergambar bersama toman yang diperolehinya....
5 ekor toman yang berjaya dinaikkan oleh pemburu bersiri tomanlak ani...

Sunday, October 17, 2010

RENEW LESEN SELUNSONG @ DANAU

Ahad 17.10.2010 jam 10 pagi, Yawang yang dah lama nda muncul2 aktif memancing baru tah kali ani ada masa terluangnya tanpa membuang masa turun di Danau yang mana pada awal pagi aku, Babah dan Boy (kawan setugas member dari IRONSILK) sudah pun berada di sana sebelum Yawang sampai, nganya nda kejumpahan disebabkan kami awal balik pada jam 9 pagi dan cuma seekor ungah saja diperolehi uleh Boy. Walaupun baru sampai namun rezeki menyebelahi Yawang dengan seekor selunsong yang diperolehinya dan renew jua lesen selunsongnya kali ani. Tahniah Yawang....teruskan lagi untok next selunsong..
Rakan setugas kami Boy(member IRONSILK)yang bernasib baik lureh seekor baby ungah saja menggunakan prawnstar hidup hehe....Congrates Boy..ada yang sakit kepala alum pernah belureh di Danau lagi tu...Sedang2 menunggu pancing, kami mengambil kesempatan cast menggunakan lure Banjo namun belum ada rezeki banjo kali ani..

ROY MEMANCING @ PERAIRAN LAUT BINTURAN

Ahad 17.10.2010 pagi, Roy kali menukar selera memancing di laut pula kali ani iaitu di perairan laut Binturan bersama dengan anak buahnya. Antara hasil yang diperolehi seperti ikan ayam laut, anduping, sulit dan lain2 lagi syukur tah belureh sudah tu...tahniah Roy n anak buahnya...

Saturday, October 16, 2010

BARAB KE3 BABAH @ ULU TUTONG

Sabtu 16.10.2010 pagi, Babah turun seorang diri lagi membarab di ulu Tutong setelah nda berhasil mencubanya pada hari Jumaat sebelah petang. Kali ani ia mencuba lure popper Yozuri 3D yang baru dibelinya di Seria setelah percubaan menggunakan lure banjo gagal menaikkan barab cuma misscol dan ugat saja dan setelah mencuba lure barunya akhirnya mendatangkan hasil seekor barab berat dalam 500grms merupakan barabnya yang ke3 kali ani...Tahniah Babah memajal jua tu ah...Kalau sudah rezeki walaupun lure poppernya cuma terkena mata barab saja...

Thursday, October 14, 2010

KERAPUPONG LAGI....@ JPMC

Khamis 14.10.2010 jam 2.30 petang, Hj Pangan aka Piyambut turun meandapong di JPMC kali ani bersama dengan Khairul aka Langkang yang mana Khairul lureh seekor andapong manakala Hj Pangan lureh seekor kerapu saja, nda apa rezeki jua sudah tu...Tahniah jua lureh KERAPUPONG atu hehe...Khairul dengan seekor andapong lurehnya walaupun mimit tapi kuning bibir jua ulehnya tu..., ingatkan kembura tadi hehe....

MISI TOMANLAK LAGI...@ EPM

Rabu 14/10/2010 jam 06.30 pagi pemburu bersiri masih lagi meneruskan misi menjejaki tomanlak di EPM yang diketuai uleh Capt Asat Albab, Ebel aka 1st castillo dan Hamdan aka 2nd castillo, setelah sampai di tambing EPM seperti biasa sudah segala2nya selesai tarus tah menuju kedestinasi menjejaki tomanlak dan dalam beberapa jam cast Capt Asat Albab berjaya menaikkan seekor toman merupakan yang ke28 dan 2 ekor dalak buat yang ke127 baginya manakala Ebel dan Hamdan cuma ugat (lepas) dan miscall saja,sabar saja alum tah ada rezeki tu geng hehehe..TAHNIAH Capt Asat Albab...Anitah hasilnya buat kali ani...

IKAN PUTEH AKA LENGURAN @ SG BELAIT

Selasa 12.10.2010 jam 5.30 petang, Roy mengambil kesempatan untok memancing seorang diri selepas dari bertugas di sungai Kuala Belait. Dengan berumpankan udang mati dan Roy berhasil dengan seekor ikan puteh saja, Tahniah Roy, syukur tah jua tu...

Wednesday, October 13, 2010

ANDAPONG SAMA KERAPU SAJA NI..@ JPMC

Rabu 13.10.2010 jam 2 petang, Hj Pangan aka Piyambut turun meandapong saja kali ani di JPMC bersama seorang lagi kawannya. Walaupun keadaan pantai beombak macam di hawai namun masih jua memajal dan hasilnya 1 ekor andapong dan 1 ekor kerapu saja, syukur tah. Jam 6 petang durang pun balik, Tahniah Piyambut..