Saturday, March 26, 2016

1ST TRIP BLAJAR2 MENJIG 2016 @ BAGANG PAPAR



Jumaat 25.3.2016 pagi.... kebetulan aku bersama keluarga di Papar Sabah selama 4hari bagi menghadiri majlis pertunangan, kesempatan untuk turun menjig di bagang (tempat kelong mengambil bilis aka pusu) perairan Papar bersama pakcik aku nda disia2kan. Pakcik aku cuma menganjun bersama salah seorang penduduk disana dan aku mengambil kesempatan untuk menjig saja yang mana cuma seekor ikan tongkol saja yang berhasil dan banyak kali kena strike sampaikan 3biji jig kena tapau manakala Pakcik aku dan kawannya berhasil menaikkan beberapa ikan temanong, pisang2, kerisi, kelapa2 dan lain lagi. Banyak pengetahuan yang boleh aku dapat menjig di bagang ni. Insha Allah.... dilain hari mau mencuba lagi di bagang tersebut.

Thursday, March 24, 2016

TRIP MENJEJAK KANAI @ TAWAU SABAH

Jumaat 18.3.2016 pagi.... perjalanan dari Brunei ke Tawau Sabah memakan masa selama lebih kurang 10jam memang memenatkan tetapi disebabkan terlampau iski kan mencari kanai aka tembaring aka blackbass inda lagi terasa jauh perjalanan kesana. Sebelum ani kami pernah keBintuka, Menumbok, Paitan, Pitas, Sri Ganda semata-mata untuk mencari bb dan merasa tarikannya namun belum ada jodoh kami. 
Bergambar dalam bot jompong yang membawa kami ke Pulau Sebatek Tawau Sabah tempat homestay kami.
Di sini lah tempat jeti di pulau Sebatek tempat kami memulakan trip...

Setibanya kami di Tawau jam 7 mlm kami disambut oleh president dan juga ahli2 FISHING COMMUNITY CLUB TAWAU SABAH(FCCTS) dan terus saling mengenali masing2. Setelah itu pada jam 9 mlm kami pun ke jeti untuk menuju perjalanan seterusnya iaitu ke pulau Sebatek tempat homestay kami yang dimiliki oleh keluarga Spark(Idham) sementara menunggu trip cast bermula keesokkan harinya.
Beselfie dulu sebelum pertempuran bermula...
Sebelum misi dimulakan, bacaan doa selamat dibacakan oleh Mawen aka Dadih Gusut.
Anitah bot untuk aku sma Isma aka Gongli pilot terbaikkkk Spark aka Kong.

Berehat untuk makan tengah hari selepas penat cast dalam keadaan cuaca yang panas.

Akhirnya jodohku ketemu juga di Tawau dengan seekor baby kanai Alhamdulillah....
Madi pun berjaya juga dengan jodoh pertamanya seekor baby kanai, size does'nt matter...
Ansuri pun juga berhasil 1st lesen kanai.
Selain dari kanai, Madi berjaya menaikkan seekor selunsong sekaligus renew lesen 2016...

Jun pada hari pertama cuma berhasil menaikkan mj dan kerapu saja...

Adyzam pun cuma berjaya menaikkan mj dan kerapu pada hari pertama.

Mawen aka Dadih Gusut menaikkan alu2 dan mj.
Manakala Isma aka Gongli berhasil dengan seekor alu2 saja.

19.3.2016 1st day cast
kami menggunakan 4 buah perahu dan setiap perahu ada disediakan juru pandunya. Pilot utk aku dan Isma aka Gong li ialah Spark Lagenz, Jal pilot bagi Jun dan Madi, As pilot bagi Mawen aka Dadih dan cigu Jam manakala Latif pilot bagi Adyzam dan Ansuri. Keadaan air masa atu surut manakala cuaca memang lh panas serta berangin namun tidak menyukarkan bagi kami untuk cast. Hasil pada hari pertama akhirnya aku berjaya dengan lesen pertama bb walaupun saiz baby tapi lesen jua namanya. Ansuri dan Madi pun berjaya dengan lesen pertama bb. Selain dari bb aka kanai, selunsong, alu2, kerapu dan mj pun berhasil dinaikkan oleh kami.
20.3.2016 2nd day

Pada hari ke2 akhirnya Adyzam berjaya menaikkan 2 ekor kanai sekaligus 1st trip 1st & 2nd lesen kanainya.
Jun pun berjaya dengan lesen pertama kanainya
Madi berhasil dengan seekor kerapu...

Setelah kumpawww pada hari pertama, hari ke2 Jam berhasil menaikkan mj dan sumpit2

Seawal pagi angin sudah bertiup dengan kuat keadaan air yang beralun sedikit dan ditambah lagi dengan air surut yang deras namun misi tetap diteruskan. Hasil pada hari kedua giliran Adyzam berhasil dengan 2 ekor bb aka kanai sekaligus 1st dan 2nd lesennya manakala Jun pun berjaya dengan 1st bb walaupun saiz baby. Selain dari kanai, ikan2 lain seperti mj, alu2 sumpit2 dan kerapu pun berjaya dinaikkan.
Dalam 2 hari trip 6 ekor kanai berjaya dinaikkan oleh 5 orang daripada 8 orang. Adyzam jadi hero kali ani berjaya menaikkan 2 ekor kanai.
 Bergambar ramai setelah sampai di jeti di sambut terus.dari FCCTS.


 Bergambar dengan President FCCTS sebelum penyerahan banner.
Penyerahan gambar logo STA kepada President FCCTS untuk kenang2an menandakan kami telah sampai di Tawau.

Tasak menyerahkan cenderahati daripada FCCTS 
Bergambar kenangan bersama tekong2 terbaikk Spark aka Kong, Latif, Sabtu aka As dan Jal dan ahli2 FCCTS disalah sebuah restoran seterusnya menerima cenderahati daripada FCCTS.
21.3.2016 pagi... kami pun berkemas barang untuk pulang tetapi Tasak menyarankan kami untuk bermalam lagi semalam dirumahnya dan kami pun setuju. Pada hari tersebut kami mengambil kesempatan round2 bandar Tawau dan pada malamnya ada sambutan makan malam bersama FCCTS. Pada keesokan harinya kami pun berangkat pulang.

SAYA MEWAKILI STA INGIN MENGUCAPKAN BERBANYAK2 TERIMAKSIH BUAT FCCTS YG BERKERJA KERAS UNTOK MENJAYAKAN TRIP MENJEJAK TEMBARING TAWAU SABAH SELAMA 2 HARI TERMASUK PENYEDIAAN TEMPAT TINGGAL MAKAN MINUM DIRUMAH KELUARGA SPARK PENYEDIAAN BOT UNTUK KAMI CASTING BERSERTA PILOTNYA SPARK, AS, LATIF DAN JAL SERTA LAIN2 LAGI YG BERKAITAN DENGAN KEMUDAHAN KAMI SEWAKTU BERADA DI TAWAU. APA YANG PENTING AKTIVITI MEMANCING DAPAT MENYATUKAN SILATURRAHIM ANTARA 2 NEGARA DAN KEMESRAAN JELAS NAMPAK SELAMA KAMI DI TAWAU YANG MANA ORANG2 TAWAU MEMANG PERAMAH DAN MANTAP2 DENGAN LAYANAN YANG DIBERIKAN. KAMI INGIN MEMOHON MAAF JUGA JIKA SEKIRANYA KAMI ADA SILAP ATAU TERKASAR BAHASA SEPANJANG BERADA DI TAWAU SAMPAI JUMPA LAGI PADA HARI AKAN DATANG INSHA ALLAH...

Wednesday, March 23, 2016

NGASTING+MEMBOTTOM @ KUALA TUTONG

Sabtu 19.3.2016 pagi....Ronie aka Andut turun ngasting+membottm bersama adinya dan sepupunya yang mana Ronie berhasil menaikkan seekor selunsong, ungah, beberahan, languran, kerapu dan gumbir, tahniah Ronie...
Atikel oleh Ronie

Thursday, March 17, 2016

MENDALAK SOLO @ LUBUK RC

ISNIN 14/03/2016 Jam 4 petang... Ops mendalak secara solo yang dijalankan oleh Asat di LUBUK RC. Dalam bebarapa jam ngasting Asat berjaya menaikkan seekonr dalak. Disebabkan keracunan pasal kena send pic, Man pun terus join ngasting tetapi alum ada rezekinya, tahniah Asat.
Atikel oleh Asat

Thursday, March 10, 2016

CUACA MENDUNG STRIKE KERAPU TETAP ADA @ BANGAU






Sabtu 05/03/2016 pgi-ptg...Ak Putera, Sham dan Jimie baru berkesempatan turun boatbase bersama setelah sekian lama durang bertiga nda turun. Seawal pagi dalam perjalanan tersebut sudah menunjukkan tanda2 kan hujan tetapi hujan nda sampai di kawasan sg bangau dan misi diteruskan. Alhamdulillah...1st strike 'kerapu M' oleh Ak putera menggunakan gewang killernya Realis Jerkbait 100DR 'Phoneix' memang sesuai dengan wrnanya. Sesi petang, walaupun keadaan cuaca mendung, kali ani giliran Sham strike ikan kerapu dan kerapu minyak menggunakan sp zman dan Jimie nda jua ketinggalan strike ikan ketambak menggunakan sp zman. DUO softbait Beachwalker haul color pink & glow milik Ak Putera dalam masa kecederaan berhasil memikat double trouble kerapu m & kerapu bintik aka kerapu komando. Tahniah PutMieSham.
Atikel oleh Ak Putera

Monday, March 7, 2016

SARA-SARA PIKAT MINAH JANDA @ PENABAI

JUMAAT 04/03/2016 Jam 06.30 pagi... Ops Landbase casting MJ AkA UNGAH di Penabai yang disertai oleh Khairul, Pawe dan Madi. Dalam beberapa jam ngasting  Pawe berhasil menaikkan seekor MJ aka ungah menggunakan gewang pensil sara-sara nakamura manakala Khairul dan Madi  kumpaww,TAHNIAH Paw..
Atikel oleh Asat