Tuesday, March 22, 2011

KOPPERS FROGIE VS TOMAN @ LUBOK TERATAI

Isnin 21.3.2011 jam 5.30 petang, selepas saja balik dari bertugas aku, Babah dan Gulin turun membulan di kg Parit tapi disebabkan air macam T C terpaksa tah kami berpindah spot iaitu di Lubok Teratai dengan tujuan menomanlak lagi walaupun hujan turun dengan lebat namun masih jua kami memajal. Babah yang telah sampai dulu dari kami belum jua ada strike. Kali ani aku mempertaruhkan lure katak Koppers frogie yang baru ku bali dari kedai Lun fishing Bengkurong yang sama jua digunakan oleh Babah. Dalam beberapa kali cast, Koppers Frogie telah disambar sebanyak 3 kali namun semuanya mizcol saja dan setelah atu nda lagi ada strike lalu aku pun berpindah tidak jauh dari tempat mula2. Baru jua membuat sekali cast lure ku kena strike uleh toman tapi sayangnya terlepas dan ku cast lagi buat kali kedua ternyata masih jua sudi menyambar lureku. Akhirnya pertarungan yang memakan masa selama 5 minit membuahkan hasil dengan seekor toman berat 1kg lebih sekaligus memperbaharui lesen tomanku tahun ani walaupun pada mulanya toman tersebut berjaya mengeluarkan tali sulam 14lbs RAPALA TITANIUM yang sudah ku ketatkan sehingga tersangkut arah teratai. Macam toman bertanduk uleh hook Koppers frogie ku...ani baru ya solid hookup.....Lure katak upahan baru ku Koppers Frogie dan baru CHIJAU ku turunkan sudah mendatangkan hasil seekor toman sekaligus renew lesen tomanku tahun ani...

2 comments:

  1. Kat mana eik leyh beli katak ni??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tau bro sbb ni pun dh lama sma ada msih ada jual ke tak koppers ni

      Delete