Wednesday, September 28, 2016

TRIP JEJAK TEMBARING BUAT KALI KE2 @ TAWAU SABAH

Sabtu 10/9/16 pagi... Trip misi menawan black bass aka tembaring aka kanai seramai 6 org ke Tawau Sabah ini adalah rancangan daripada Jun Cena dan Cigu Jam yang disertai oleh Ak Firdaus, Ade dan dua orang bekas rakan setugas Jun iaitu Savry dan Judin. Pada jam 6 ptg kedatangan kami di sambut oleh ahli2 FISHING COMMUNITY CLUB TAWAU SABAH (FCCTS) yang di wakili oleh Kong(spark lagenz),Majer  Jal, Meron, bang Latip tanpa membuang masa kmi pun bergerak menuju ke kediaman pulau Sebatik Tawau Sabah.
Ahad 11/09/16 pagi Misi menawan BB (black bass) telah pun bermula yang mana kami mengunakan 3 buah boat, Kong membawa gandingan Ak Firdaus dan saya sendiri Ade, Majer Jal membawa gandingan cigu Jam dan Jun dan manakala Gandingan Savry dan Judin di pandu oleh Bang latip.
Keadaan Air pada pagi itu sangat memberasangkan kami namun dengan kaedah casting, gewang kami tidak begitu di layan oleh pemangsa2 sungai Tawau dan kami menukar strategi dengan menggunakan kaedah trolling dan tidak disangka kaedah trolling ini di sambut ganas oleh kanai yang mana pada jam lebih kurang 10 pagi, Alhamdulillah..BB(Black Bass) pertama seberat 1.6 kg telahpun berjaya di tawan oleh Ade yang membuatkannya jadi Parkinson selama  5minit.


Pada masa kecederaan, Savry juga berjaya menumpaskn seekor BB (Black Bass) seberat 2.1kg dan gandingannya mendapat 2 ekor MJ seberat 2.8kg dan 1kg, manakala Jun mendapat seekor kerapu dan cigu Jam mendapat seekor Titir. 
Jun dengan penyelamat kunpaw nya kerapu..

Istirehat di malam trip pertama dengan Kopi Kaw2..
Isnin 12/09/16 Hari kedua kami turun pada jam 8 lebih kerana Ahli2 FCCTS menghadiri Sembahyang Hari Raya Aidil Adha .. Namun Perubahan Air sangat ketara Di sebabkan hujan malam membasahi Tawau.. air sungai yang keruh kemerah-merahan yg sangat membimbangkan hati ahli2 kami, tetap jua mengekalkan kaedah trolling di praktikkan namun layanan pemangsa kurang di bandingkan dengan hari pertama.
Pada jam lebih kurang 11 pagi saya (Ade) berjaya memperbaharui lesen Selunsong seberat 2.6 kg dengan kaedah trolling.
Pada masa kecederaan salah satu ahli kami Jun  telahpun di kejutkan dengan strike mega, mengikut saksi cigu Jam dan Majer jal sehingga tarikan mega menggegarkan bakau2 berhampiran yang membuatkan Rod dan Reel Bc Jun Cena tidak henti2 di tekan oleh tarikan Mega tersebut..
Setelah beberapa mimit bertarung tarikan mega pun semakin lemah ternyata tarikkan mega itu adalah hasil kuasa tarikan BB(black bass) seberat 5.8kg. Demi menjaga populasi ikan pulau Tawau, kanai tersebut telahpun di lepaskan oleh beliau dengan selamat...Tahniah Jun.


Dalam masa kecederaan juga boat team dari Kong  iaitu Ak Firdaus teman seganding saya(Ade), telah dihadiahkan ikan special iaitu seekor Kerapu tiger, Seekor Tenggiri dengan kaedah trolling dan seekor Mj ditumpaskan dengan kaedah casting..


Manakala boat team dari Bang Latip berhasil menaiki 2 ekor kerapu mega dan seekor ikan GT seberat 1kg. Savry juga sempat menaikkan seekor Kerapu mega seberat 2.2kg. Manakala Judin pun tidak kurang hebatnya menaikkan Kerapu Mega nya seberat 2.3kg .
Pada malam tersebut kami juga sempat menghadiri makan malam di rumah tunang Kong yang mana pada hari itu juga adalah hari upacara pertunangan beliau dan kami juga sempat berkenalan dengan bakal bapa mertua Kong dan sempat lagi membuli Kong kasi kopi . Namun dalam kegembiraan kami pada malam itu kami di kejutkan dengan berita keluarga yang mana nenek kepada Kong telahpun kembali kerahmatullah....InalillahiWainnailaihiRojiun......
Al-Fatihah..
Sekali lagi kami dari wakil Selungsong Team Anglerz mengucapakan Takziah kepada keluarga beliau, semoga Allah S.W.T menempatkan arwah nenek kepada Kong di tempatkan golongan orang2 yang di kasihi Allah S.W.T Aaminnn...
Selasa 13/09/16 Trip cast kami sudah hampir tamat dan kami bersiap2 untuk pulang meninggalkan Pulau Sebatik yg cantik aman dan bersih itu.
Setibanya kami di Kg Pasir Putih kami skali lagi di sambut oleh Ahli2 Fishing Community Club Tawau Sabah (fccts) yg di wakili oleh Tasak (fccts) , beliau mempelawa kami untuk menjamu selera di salah sebuah gerai makan di kg tersebut dan kami mengakhiri trip dengan bersalam2an bersama Ahli2 FCCTS dan jutaan terimaksih kepada semua ahli2 FCCTS dengan layanan dan segala pengurusan yang begitu teratur sekali dari mula hingga keakhir trip kami dan kami ingin memohon maaf jika ada tersilap kata terkasar bahasa dari kami mohon maafkan segalanya...
Ini adalah Cendera hati dari ahli Fishing Community Club Tawau Sabah (Fccts) untuk champion dalam  trip ini dan juga merangkumi pemegang rekod terbesar  di dalam group kami Selungsong Team Anglerz dengan memegang rekod BB(Black Bass) seberat 5.8kg . Tahniah sekali lagi buat Jun dan kesemua yang mengikuti trip tembaring buat kali ke2 ini.

Atikel oleh Ade

Monday, September 26, 2016

TOMAN VS TARPON @ BEKIAU


Isnin 19.9.2016 pgi... Emi bersama tunangnya turun landbase casting di Bekiau yang man tunangnya berhasil dengan seekor bulan2 manakala Emi berhasil dengan seekor toman, tahniah Emi dan tunang.

Sunday, September 25, 2016

2 EKOR MJ VS OFMER XDEEP @ SG TUTONG


Sabtu 24.9.2016 pagi... Trip boatbase casting menjejak mak janda kali ini disertai Edin bersama juniornya Aliadee disekitar sg Tutong lagi yang mana Edin berjaya menaikkan 2 ekor mj, 1 ekor ketambak dan seekor Kerapu manakala Aliadee cuma berhasil dengan seekor bb(bedukang basar)  hehe...nda jua kumpawww kali ani... Tahniah Edin dan Aliadee..

Tuesday, September 20, 2016

TRIP MENGEJUT CARI MINAH JANDA LUREH BARRA @ SG TUTONG




Khamis 15.9.2016 pagi... trip boatbase mengejut mencari mj kali ani seperti biasa aku, Madi dan Aliadee disekitar sg Tutong. Seawal pagi ketika aku membuat fg knot di perahu, Madi yang cuma test cast di tepi bakau yang baru 2 kali cast berjaya menaikkan seekor barra membuatkan aku kelam kabut mensyiapkan fg knotku hehe...Setelah siap fg knotku kami pun beredar ke arah spot yang hendak dituju yang mana Madi berhasil lagi menaikkan seekor mj dan aku berhasil jua menaikkan 2 ekor baby mj dan dilepaskan semula manakala Aliadee kumpawww buat kali ani.

Monday, September 19, 2016

MJ SOLO @ PAPAR

Rabu 14.9.2016 pagi... Disebabkan trip bb nda jadi kerana keadaan cuaca dan air sungai nda cantek terpaksa ubah haluan mencuba cast di sg Papar Sabah bersama dengan caster Sabah iaitu Fandy. Alhamdulillah... nda jua kumpawww berhasil dengan seekor mj. Memandangkan keadaan sungai nda berapa jauh dan semakin cetek, trip kali ani cuma mengambil masa dalam 3 jam saja yang penting terubat jua rasa tangan merasa strike ikan...

4 EKOR MJ TUMPAS HALFDAY @ SG TUTONG




Jumaat 9.9.2016 pagi...trip boatbase halfday aku, Madi dan Emi di sg Tutong berhasil dengan 4 ekor mj yang mana aku berjaya menaikkan 2 ekor mj menggunakan sp dan Emi berhasil menaikkan 2 ekor mj jua dengan menggunakan gewang pensil ofmer dan zerek shrimp manakala Madi kumpawww kali ani...

Tuesday, September 13, 2016

TRIP MENAPAH NDA MENJADI BELIDA PENYELAMAT KUMPAWW @ SG MAU

Ahad 4.9.2016 pagi... 1st trip menapah di ulu Belait yang disertai oleh aku, Madi dan Aliadee menggunakan bot milik Edin. Disebabkan minyak bot nda mencukupi spot yang hendak dituju nda dapat diterjah namun kami mencuba dispot berhampiran saja. Walapun tapah nda dapat namun belida jadi penyelamat aku dari kumpaww manakala Madi dan Aliadee terjebak dengan kekumpawwwan hehe...next trip cuba lagi...

Saturday, September 10, 2016

Test SP DUO Realis V-Tail Shad & DUO BeachWalker Haul @ LUBUK X




Sabtu 3.9.2016 pagi... Kali ani Ak Putera berkesempatan mencuba softbait terbaru dari DUO. Seawal pagi smpai dilubuk tersebut baru 2 × cast Ak Putera sudah terkena kejutan strike, Alhamdulillah Softbait DUO Realis V-Tail Shad "Watermelon Seed & Ghost pearl" berjaya memikat ikan Kerapu dan semasa kan balik last strike  menggunakan "DUO BeachWalker Haul" Tahniah Ak Putera.
Atikel oleh Ak Putera