Thursday, April 30, 2009

DALAK RONIE PART2 @ BEKIAU 30 MINIT

Syukur Alhamdulillah....Murah rezeki mu ani geng yatah member kami hantu dalak jua cRonie dengan dalak seterusnya diperolehi dspot baru iaitu dBekiau 30 minit dengan seekor dalak, tahniah Ronie.....teruskan usaha mendalak atu....

GENG MENDALAK @ BUKIT PANGGAL

Ani tah antara member2 mendalak cFadli(hantu dalak) dan salah seorang daripadanya rakan setugas kami iaitu cJam. 6 ekor dalak berjaya dinaikkan uleh durang ani antaranya cKopi(kiri) berjaya menaikkan 2ekor dalak, cJam(tengah)berjaya menaikkan 3 ekor dalak dan cMirul(kanan) berjaya menaikan seekor dalak. Tahniah geng......teruskan mendalak atu...

Wednesday, April 29, 2009

DALAK RONIE @ BEKIAU 30 MINIT

Lama sudah member kami cRonie ani nda beraksi dengan dalak kali ani baru turun sudah belurih 2ekor dalak brt 1.5 sama 1.6kg di Kg Bekiau terpaksa bejalan batis 30 minit dari paking kereta untuk sampai ketempat spot yang dimaksudkan, tahniah Ronie baru ya rezeki sudah mali.......!

Sunday, April 26, 2009

1ST JACK @ DANAU MENJERIT

Lama sudah nda belurih ungah ani ternyata tadi pagi aku(Azlan) sama cAsmadi memancing hasilnya seekor Ungah brt 600grms saja dan merupakan 1st ungahku untuk tahun ani. 3kali terlapas dan sekali putus alum ada rezeki selunsong tadi pagi dan cAsmadi pun sekali terlapas peluang jua menaikkan ikan cuma belurih katam sama kalakitok dan pusu ulehnya menganjun saja.

Friday, April 24, 2009

BULAN-BULAN VS ADI HAMIZAN @ PARIT


Percubaan kali kedua tadi ptg aku(Azlan) sama juniors ku Saunah dan Adi Hamizan diPeranginan Parit berhasil dengan sekor bulan2 saja dinaikan oleh Adi Hamizan walaupun permulaannya anaku bini2 terlepas menaikkan bulan2 size monster sampai nda mampu mengulung spool lagi hehe...aku sekali jua terlepas peluang menaikan bulan2 alum ada heng tuh....

Control macho udah juniorku ani kalah tah cifu ni nanti ulehnya.

Thursday, April 23, 2009

MENGINTAI BULAN2 DALAK PULANG YANG DAPAT

Lama nda beraksi rasanya maklumlah bertugas office hour ani Jumat Minggu ja free tu pun kalau ada off baru dapat ambil hari2 biasa. Tadi petang selepas bertugas dalam kul 5 ptg tarus ku tujui arah spot bulan2 di Peranginan Parit, Masin dengan berbekalkan udang siar hidup untuk mengintai bulan2 namun nda da sekor pun yang sudi menjamah umpanku. Dalam masa menungu kail kena strike ku ambil tah kesempatan mengasting dalak jua dengan lure katak murah cuma dengan harga $1.00 saja. Baru jua 2 kali cast tarus tah lureku kena strike uleh dalak lapar sampai lure ku ditalannya tinggal tah pemata menyangkut dimulutnya saja.


Yatah jenis lure katak yang ku pakai tadi tapi warnanya kuning walaupun murah tapi beracuuuuun......hehehe......

Saturday, April 18, 2009

KETAMBAK & SEMBILANG AJA

Kemarin pagi kami turun lagi memancing antara yang beraksi aku(Azlan), Madi dan Khai. Seawalnya kami sampai kelihatan banyak sudah perahu belabuh untuk memukat udang yang inda jauh dari kami memancing. Memang banyak udang pada masa atu sampaikan cBob Deathklone dari Jacks Anglerz yang baru turun memukat pun sudah belurih udang dan sempat lagi ia membari kami umpan udang hidup, thanks bro.
Ckhai yang sudah lama inda mengail di Danau berkobar2 sudah rasanya kan menaikkan selunsong tetapi hampa inda ada seekor selunsong pun yang dapat dinaikkan mungkin disebabkan udang laut yang sudah banyak dipersekitaran kuala Danau masa atu tetapi jelas nampak selunsong betungapan dipermukaan air cuma alum ada rezeki kami menaikan selunsong sabar saja hehehe.....



Ani saja uleh cMadi sembilang sama ketambak syukur tah jua tuh....

Friday, April 17, 2009

TAWIH MENJERIT SPOOLKU MENJERIT @ DANAU MENJERIT

Anitah c Yawang teman sepemancing kami yang beberapa kali kecundang menaikkan selunsong pada 2 hari lepas dan pada hari yang sama kami menaikkan selunsong twin pun ia 2 kali terlepas peluang menaikkan selunsong namun ia berjaya menewaskan seekor ikan Tawih berat 4kg sehinggakan spoolnya menjerit berabis siuk tuh tapi sayangnya masanya menaikkan tawih atu kami sudah balik inda sempat kami mengambil videonya tapi tak apa yang penting naik jua sudah tawih atu, tahniah Wang......menerais sudah spool atu hehe....

Thursday, April 16, 2009

SELUNSONG TWIN @ DANAU MENJERIT



Akhirnya rindu kami terubat jua tadi pagi dengan kelibat selunsong di Danau setelah menunggu beberapa minggu keadaan disana kembali pulih yang mana aku(Azlan)kelurusan ngambil offday ku kembali beraksi nda sia2 turun hasilnya seekor selunsong berat 3kg ngam2 sekali lapas dan sekali putus kana bawa sangkut nda apa sabar hehehe....








Manakala Madi jua menaikan seekor selunsong ngam2 3kg jua 2kali lapas dan seorang lagi kawan sepemancing kami c Yawang menaikkan sekor Tawih berat 4kg masa atu kami balik sudah sekali jua ia telapas menaikan selunsong maybe esuk upload gambarnya Insyaalah.....
AKHIRNYA IMPIAN DANAU MENJERIT KEMBALI TERCAPAI SUDAH.....

Tuesday, April 14, 2009

MENDALAK DI SPOT BARU

Semasa aku(Azlan) sama cMadi beraksi di Sungai Kelakas Kg Keriam pada hari Ahad, cFadli serta member2 mendalak yang lain beraksi di spot terbaru yang masih dalam trial iaitu dikawasan Lamunin. Inilah hasilnya member kami cFadli(Hantu Dalak) dengan dalak 500grms yang sekong nda bergambar berat 200 grms ja.
Zaki kawan lama kami yang mana nda jauh rumahnya tempat kami mengintai bulan2 jua tidak kurang hebatnya memperolehi seekor dalak berat 1.1kg merupakan tangkapan terbesar pada masa atu.Manakala ini adalah pasangan serasi Durani(kiri) teror jua ia ani mengasting bulan2 tapi kali ani ia berjaya memperolehi dalak 250grms dan Hj Rahim(kanan) cuma teknik berumpan berjaya memperolehi lebih 8 ekor ikan keli(kalau bahasa tutong ikan PUTOD) hantu keli tah ia ani hehehe.....dan yang paling banyak memperolehi ikan pada masa atu, bukan durang berempat saja yang beraksi pada masa atu ada lagi member2 yang lain turut beraksi tapi berjauhan tempat, tahniah u oll.........

Sunday, April 12, 2009

BULAN2 LAGI

Trip tadi pagi aku(Azlan) sama Madi kami aturkan diDanau disebabkan belum lagi baik keadaan aing disana setelah kami lihat dari ujong Kuala Tutong kami tukar tah arah spot biasa iaitu Sungai Kelakas untuk memancing udang pula, inda ada seekor pun diperolehi tetapi seekor bulan2 saja ku naikkan(catch&release) dan beberapa kali jua misscall uleh bulan2 ani baru kan naikkan terlapas tarus maklum mulutnya ani nda berapa tahan jua. Sama jua cMadi malar jua kecundang uleh bulan2. Jam 12.30tghari setelah umpan kami habis baru tah kami balik.
Rindu sudah rasanya kan menanti di Danau Menjerit kembali.........!

Friday, April 10, 2009

MANCING BULAN2 UDANG GALAH YANG DAPAT


Trip aku(Azlan) sama Madi tadi ptg mula2nya kami keDanau disebabkan aingnya mcm T C terpaksa tah kami pindah tempat di Sungai Kelakas untuk mengintai ikan Bulan2 saja. Tunggu punya tunggu bulan2 belum jua ada, sampailah 1st udang galah yang makan umpan udangku. Lain yang dihajat lain yang dapat hehe....strike ke 2 masih lagi udang galah mun kami bawa umpan bengkutut tadi lagi bagus....pukul 6.30 ptg baru tah kami balik selepas inda lagi berapa makannya, syukur tah 2 ekor udang galah dapat dinaikkan nyaman jua tuh.....
2nd udang galah inda jua basar banar lah yang penting jgn langsung nda da hehehe...

Monday, April 6, 2009

PERTANDINGAN MEMANCING DI KAMPUNG KERIAM

Kemarin pagi Ahad 5.4.2009 trip mengasting kami di Sungai Kelakas Keriam, aku(Azlan) sama Madi tidak kesampaian disebabkan salah seorang member kami yg tinggal dekat dengan sungai Kelakas iaitu cZaki orang Keriam jua mengajak kami untuk mengikuti pertandingan memancing di Kg tersebut tanpa dikenakan bayaran kemasukkan. Mula2 kami malu jua kan ikut lagipun nda ada persediaan langsung kami buat oleh kerana member kami ani memajal ikut tah jua kami nya orang turun2 ayam. Setibanya kami disana rupa2nya ramai sudah org datang yang mana anjuran tersebut dibukakan kepada sanak saudara, kawan serta orang ramai jua. Pertandingan ani dianjurkan oleh penduduk Kg Keriam iaitu Awg Hj Bolhassan Bin Hj Abd Rahman @ Hj Aman sempena usia beliau yang ke70 tahun. Kebanyakkan peserta disertai oleh orang veteran dan jua anak2 remaja memang sporting habis orang Keriam ani terutama orang2 veterannya. Pertandingan tersebut bermula pada jam 9.30 pagi di kawasan anak sungai dibelakang rumah Awang Hj Bolhassan yang mana seawal bermulanya pertandingan salah seorang peserta telah berjaya menaikan ikan. Sejam masa berlalu belum lagi ada peserta lain yang menaikkan ikan sehinggalah member kami cMadi yang cuma menggunakan Lure Katak Palsu tiba2 menerima strike dari dalak, sah lah peserta ke2 yang menaikkan ikan seterusnya hingga masa hampir tamat belum ada lagi peserta lain mendapat ikan penganjur terpaksa mengubah tempat memancing iaitu dikolam lanscape milik penganjur untuk mencari pemenang seterusnya. Memang nda lama menunggu mun memancing dikolam setiap peserta menaikkan ikan talapia dan ada jua menaikkan ikan karok. Jam 11 barulah selesainya pertandingan tersebut dan pemenangnya telahpun diketahui. Acara bagi penyampaian hadiah kepada pemenang peraduan memancing tersebut akan diadakan pada hari Jumaat depan iaitu pada 10 April 2009 jam 3.45 ptg di rumah Awang Hj Bolhassan Bin Hj Abd Rahman @ Hj Aman dan diselajurkan dengan Majlis Doa Selamat Kesyukuran Genap Usia 70 Tahun. Tahniah dan Syabas kepada penganjur yang berjaya menganjurkan pertandingan dan tahniah juga kepada yang menang kepada yang kurang bernasib baik cuba lagi dimasa akan datang.
Peserta veteran yang sedang melekatkan nombor bagi penyertaan dibadan beliau.





Peserta wanita tidak kurang hebatnya menaikkan ikan talapia, tahniah...!




Peserta wanita veteran seterusnya dengan ikan karok walaupun kecik tapi mampu tersenyum lagi makcik ani.

Hebat2 jua peserta veteran ani membari gagar jua ulehnya eh...sampaikan ada salah seorang peserta wanita veteran yang bercerita arah ku "Wang...! siuk jua banar ah 1st time kana tarik lauk ah membari nyanyat ulehnya kan mengail ani..."
Anitah hero kami cMadi dengan dalaknya peserta ke2 yang berjaya menaikkan ikan walaupun cuma menggunakan lure katak harga $1 saja dengan kaedah kasting manakala peserta lain kebanyakkan menggunakan umpan cacing dan lain2 rezeki sudah katakan, tahniah Madi.....
Kami sangat-sangat berterima kasih kepada pihak penganjur dan mana yang terlibat menjayakan pertandingan ini dan layanan yang baik serta makan minum yang cukup disediakan untuk para peserta, memang sporting orang2 Keriam ani. Dikesempatan ini kami ingin mengucapkan selamat hari ulang tahun kepada Awang Hj Bolhassan semoga dipanjangkan umur sihat walafiat disamping keluarga dan dimurahkan rezeki selalu, Amin......!

Sunday, April 5, 2009

BULAN2 AJE.....

Trip kami kemarin hari Jumaat sebelah pagi aku(Azlan), Khai dan Madi tak kesampaian di Danau terpaksa kami pindah tempat lain disebabkan keadaan aing di kuala beumbak hantap, semua kami frust semangat kami berkobar-kobar udah terutama cKhai yang sudah lama nda menaikkan selunsong. 2nd spot di Keramut dalam masa sejam kami disana nda da tanda2 ikan pemangsa makan umpan kami last choice kami berpindah di spot mendalak favourite hantu dalak kami. Tujuan kali ani kami ubah untuk ngail udang galah pula tapi keadaan aing sungai disana tidak mengizinkan kabut tia jua mcm milo pink hehehe....tapi antam sajalah selain mengintai udang galah kami jua mencuba untuk mengintai bulan2 ternyata percubaan ku nda sia-sia naik tah bulan2 berat dalam 500grm siuk jua sampai 5X akrobatiknya baru ada feeeeeelnya.....at last ku release balik bulan2 atu nda pun meliat selunsong melompat, bulan2 pun jadi lah....

Friday, April 3, 2009

DALAK KEMBALI LAGI PART2 @ LAYONG

1st april my bro Asmadi turun mengasting dalak di Kampung Layong nda sia2 membali lure katak murah tapi berhasil dengan sekor dalak berat 750grms. Ternyata di Kampung Layong masih lagi bedalak usulnya walaupun ramai orang menyagang ariatu, mun kan mencuba disana cuba tia walaupun dengan lure katak murah yg harganya BND$1 ja tapi membali lagi hook lah pasal ia nda include hook disyorkan bali single hook saja yg tangkainya panjang cikit jenis pioneer ada tuh....selamat mencuba..

Thursday, April 2, 2009

DALAK KEMBALI PART 1 @ BATONG

Lama sudah member kami cFadli(hantu dalak) inda turun, kali ani ia turun di Kampung Batong bersama kawannya menggunakan perahu. cFadli berjaya menjinakkan 3 ekor dalak berat 700grms,600grms dan 400grms. Congrates bro....hantu dalak jua banar teruskan berjuang semoga dapat dalak monster hehehe....
Anitah Junior cFadli bakal penggantinya dengan dalak 600 dan 700grms ada rapan ni bedangan jua mengasting nanti.