Monday, March 30, 2015

TRIP MENGAJUT NO KUMPAWWW @ KUALA TUTONG & DANAU



Sabtu 28/03/2015 petang... Asmadi dan Shahrizam turun MembottomCast Boatbase di kawasan kuala Tutong dan Danau yang mana dirancang oleh Asmadi secara mengejut...Alhamdulillah kedua2nya berhasil jua dengan 2 ekor mj, kalakitok aka ikan putih, gerut2 aka umpak, baby kerapu dan ketambak dengan kaedah bottom dan cast. Tahniah no kumpawww...

Saturday, March 28, 2015

TRIP SINGKAT KE2 @ PERAIRAN TUTONG




Selasa 24.3.2015 jam 7.30pagi..Bob mencuba nasib lagi di pèrairan Tutong bersama Mus manakala Helmie menggunakan perahunya sendiri kali ani. Nda smpai 5 minit Helmie melabuh umpan, pancingnya kena strike ganas namun melepas. Selepas atu strike ke2 dan kali ani Helmie baru tah Helmie berjaya menaikkan seekor tenggiri. Nda lama selepas Helmie kena strike, kali ani giliran Bob lagi menerima strike yang kuat sehingga tali keluar tanpa henti dan Bob cuba mengawal keadaan akhirnya Bob berjaya menaikkan seekor tenggiri berat 7kg. Selepas atu giliran pancing milik Mus lagi kena strike namun melepas disebabkan semasa cuba menaikkan ikan tenggiri, mainline terkena batang siut dan tarus putus. Selang beberapa minit, Bob berjaya lagi menaikkan seekor tenggiri berat 2.5kg. Dalam 10minit berlalu, baru tah pancing milik Mus kena strike dan kali ani seekor tenggiri berat 2.6kg berjaya dinaikkan ulehnya, tahmiah Helmie, Bob dan Mus.

Atikel oleh Bob#

Friday, March 27, 2015

TRIP SINGKAT 1 @ PERAIRAN TUTONG

Isnin 23.3.2015 pagi...trip singkat 1 boatbase bottom di perairan Tutong di sertai uleh Bob dan Mus. Kenapa dpanggil trip singkat adalah disebabkan masa yang terhad cuma sebelah pagi sampai tengahari saja peluang sebab disebelah petang sudah keraja. Seawal pagi mncuba mncari umpan.. Sebaik saja mendapatkan umpan hidup yan7g mencukupi, Bob dan Mus pun terus ke lubuk sempit.Selang beberapa minit setelah sampai ke lubuk tersebut Reel daiwa sargus 6000 dikejuti dengan irama drag yang tidak berhenti.. Dipadankan lagi dgn rod surecatch flash jigger. Lebih kurang 3minit melayan, akhirnya timbul jua sipemangsa dipermukaan air rupanya seekor tenggiri berat 2kg manakala Mus kumpawww...kali ani, tahniah Bob.

Ditulis oleh Bob#

Thursday, March 26, 2015

UL VS SUMPIT-SUMPIT & BABY GT @ SG TUTONG

Ahad 22.3.2015 pagi... trip boatbase cast di sg Tutong kali ani disertai uleh aku, Danan dan Ahmad yang mana cuma aku seorang saja terselamat dari kumpawww berhasil menaikkan 2ekor baby gt dan 2 ekor sumpit-sumpit menggunakan set ul 4lb dan sp micro takedo lagi manakala Danan dan Ahmad terjebak dengan kumpawww hehehe....

Sunday, March 22, 2015

SELUNSONG KE 8 RUDY @ SG KECEWA

JUMAAT 20/03/2015 jam 6 pagi... misi membottom diteruskan lagi uleh Rudy kali ani bersama Ronie yang mana Rudy berhasil menaikkan seekor selunsong seberat 10kg merupakan selunsong yang ke8 baginya dan sekali ugat ( lepas ).....manakala Ronie alum ada rezekinya aka kumpawww...,TAHNIAH Rudy....

Thursday, March 19, 2015

16 EKOR BETUTU DAN 1 EKOR MJ @ SG KECEWA



Sabtu 14.3.15 pagi....misi bottomcast di sg kecewa kali ani disertai oleh Ak Firdaus, Asat, Ak Putera, Pawee, Madi, Rudy, Bebeh dan Adi(Kwn Bebeh) yang mana misi cast sebelah pagi semuanya kumpawww sampaikan panjang tangan setampik hahaha.... Di sebelah petangnya ubah teknik cheat code aka membottom baru tah mendatangkan hasil. Ak Putera berhasil renew seekor mj dan betutu. Bebeh, Pawe, Madi, Adi dan Rudy pun berhasil menaikkan betutu sebanyak 16 ekor manakala Asat dan Ak Firdaus kumpawww, tahniah yang no kumpawwww...

Wednesday, March 18, 2015

BARRA YANG MEMBARA KE 7 @ SG KECEWA


AHAD 15/03/2015 jam 2 petang...misi membottom masih diteruskan lagi oleh Rudy bersama Rino ( Abangnya). Kali ani Rudy berhasil menaikkan seekor selunsong merupakan  yang ke 7 sudah baginya bulan ani manakala Rino alum ada rezekinya aka kumpawwww hehehe...TAHNIAH Rudy....

Tuesday, March 17, 2015

BABY MJ 1 VS BABY GT 3 ON UL @ BEKUKU ISLAND

Ahad 15.3.2015 pagi... aku bersama DD(ipar) turun boatbase casting di sekitar kawasan bekuku island. Kali ani aku test set ul 4lbs skaligus mentest sp grub micro takedo yang baru. Alhamdulillah...1st strike seekor baby mj(ke6) menggunakan gewang ul strikepro. Selepas atu baru lah aku menggunakan sp grub micro Takedo dan berhasil dengan 3 ekor baby gt aka lenguran aka ikan putih memang syiooook tu kana karannya manakala DD kumpawww...
REEL: ABU GARCIA CARDINAL S5
ROD: DAIWA PRESSO 6' 1-4LBS
LINE: BERKLEY NANOFIL 4LBS
LEADER: VANISH 10LBS
LURE: UL MINNOW STRIKE PRO/ SP GRUB MICRO TAKEDO

Monday, March 16, 2015

BARRA & BETUTU LAGI ULEH MEMBOTTOM @ SG KECEWA

Jumaat 13/03/2015 jam 1 pagi...misi membottom yang dijalankan waktu suboh uleh Rudy bersama Khairul dan juga disertai uleh Ansuri di sg Kecewa kali ani yang mana Rudy berhasil menaikkan seekor selunsong dan seekor betutu. Khairul pun berhasil jua menaikkan seekor betutu dan Ansuri cuma menaikkan seekor utik saja. Pada waktu yang sama jam kul 7 pagi.. Madi lagi join yang mana berhasil menaikkan seekor selunsong cuma nda bergambar,TAHNIAH Rudy,Khairul,Ansuri dan Madi...

Sunday, March 15, 2015

TRIP BOTTOMCAST @ SG KECEWA



Khamis 12/03/15 pagi... trip bottomcast kali ani disertai oleh Asmadi, Bugul, Bebeh, Gnan, Dadih dan Madi manakala Jun dan Rudy join sebelah petang jam 4. Alhamdulillah hasilnya cukup lumayan yang mana Asmadi berhasil dengan 2 ekor betutu dan 2 ekor sembilang, Bugul berhasil dengan seekor betutu, Dadih berhasil dengan 1 ekor selungsong, 1 ekor MJ dan 3 ekor betutu, Gnan berhasil dengan 2 ekor betutu, Madi dengan 1 ekor selungsong dan 1 ekor betutu, Bebeh dengan 2 ekor betutu manakala Jun dan Rudy kumpowww...tahniah yang belureh atu....

Saturday, March 14, 2015

MERIAH SELUNSONG ULEH MEMBOTTOM @ SG KECEWA

Selasa 10/03/2015 jam 7.30 pagi.... Rudy bersama Abangnya ( C Rino ) turun CASTBOTTOM di sg kecewa lagi yang mana hasil dari casting Rino berhasil menaikkan seekor selunsong manakala Rudy alum ada rezekinya. Hasil dari membottom baru tah Rudy berhasil menaikkan 4 ekor selunsong dan 2 ekor sembilang manakala Rino berhasil menaikkan seekor selunsong dan seekor betutu.TAHNIAH Rudy dan Rino....

Friday, March 13, 2015

1ST LESEN MJ @ KUALA TUTONG

Selasa 10/3/2015 ptg...Danan secara solo turun landbase castibg di kuala Tutong yang mana berhasil dengan 1st lesen mj menggunakan lure sp zman. Asalnya mau mencuba2 saja membarab dan disebabkan nda berhasil baru tah berpindah spot ke kuala Tutong..Alhamdulillah... akhirnya terasa jua karan mj dalam seumur hidupnya, tahniah Danan..

Thursday, March 12, 2015

RENEW LESEN BETUTU @ SG KECEWA

AHAD 08/03/2015 jam 4 petang... Rudy bersama Asat turun landbase casting di sungai Kecewa yang mana Rudy saja berhasil menaikkan seekor ikan betutu(Renew) manakala Asat alum ada rezekinya aka kumpawww....,TAHNIAH Rudy....

Wednesday, March 11, 2015

1ST LESEN BETUTU @ PANTAI SERI KENANGAN

Ahad 8/3/15... Madi, Pawee dan Aliadee turun boatbase casting kali ani di sepanjang kawasan pantai seri kenangan Tutong yang mana Pawee dan Madi masing2 menaikkan ikan sumpit2(renew) yang penting no kumpawww hehe... manakala Aliadee pada saat2 akhir berjaya menaikan ikan betutu merupakan 1st lesen 2015 baginya...tahniah semuanya.

Sunday, March 8, 2015

1ST LESEN SELUNSONG VS RENEW LESEN DALAK @ SG BERA


Jumaat 6.3.2015 pagi... aku, Danan aka Labooh, Asmadi, Madi dan Aliadee turun landbase casting di sg Bera kali ani yang mana Aliadee lureh seekor selunsong semasa Madi memberikan tunjuk ajar cara cast arahnya dan ketika set casting bertukar tangan tanpa diduga seekor selunsong sudahpun menyambar sp milik Aliadee apalagi kajar2 tarus bertarung dan akhirnya naik jua merupakan 1st lesen baginya . Aku mengambil kesempatan mau test sp baru untuk renew selunsong betukar jadi renew lesen dalak tah pulang dan beberapa kali kena strike bulan2 namun semuanya melepas yang penting sp baru sudah hanyir dan nda kumpawww hehehe... manakala yang lainnya kumpawww...

Saturday, March 7, 2015

2ND TRIP JIGGING @ PERAIRAN BRUNEI


Rabu 4.3.2015 pagi...kali ani Adyzam mencatar perahu milik Jai @ Raja H Jal ditemani oleh Sahrol dan Mayul yang mana Adyzam berjaya menaikkan seekor gt berat 7.1kg merupakan lesen pertama baginya manakala yang lainnya pun berjaya menaikkan ikan seperti gt, bekalang, tenggiri, tungkul, tawih dan bermacam-macam jenis ikan lagi, tahniah semuanya...

Friday, March 6, 2015

BARRA KE2 SHAM @ LUBOK SANGKUT

Rabu 4/3/2015 pagi... Sham secara solo turun di lubok sangkut lagi yang mana 2x miss call dan selepas atu baru Jimie datang join..Alhamdulillah....akhirnya Sham berjaya jua menaikkan seekor selunsong seberat 1.2kg merupakan yang ke2 baginya kali ani manakala Jimi dilanda kumpawww lagi hehehe...tahniah Sham.

Thursday, March 5, 2015

1ST LESEN IKAN PAGUNG2 & RENEW LESEN MJ @ BEKUKU ISLAND

Jumaat ptg 27.2.2015 pagi... Madi, Pawee dan Khairul turun casting boatbase sepanjang kawasan bekuku island yang mana seorang pun nda kumpawww. Khairul berjaya menaikkan seekor ungah aka mj berat 1.4kg mj kedua baginya, Madi berjaya menaikkan 1st lesen ikan pagung2 menggunakn sp trigger x dan Pawee juga berjaya menaikkan seekor mj last2 minit sekaligus renew lesen mj nya 2015. Tahniah semuanya..

Wednesday, March 4, 2015

TRIP MENGUDANGGALAH WITH JAI'S FAMILY @ TEMBIRD

Isnin 2.3.2015 pagi... Adyzam turun mengudanggalah kali ani di Batu Apoi Temburong bersama dengan keluarga Jai menggunakan perahu turun dari penurunan burong lepas. Walaupun perjalanan memakan masa 45 minit untuk sampai ke tempat yang dituju namun hasilnya sungguh lumayan yang mana kesemuanya berhasil menaikkan udang galah sehingga mencecah 6.5kg kesemua hasil tangkapan yang diperolehi, tahniah semuanya.

OPS MENDALAK MENDADAK @ LUBUK RC

AHAD 01/03/2015 jam 4 petang....Ops mendalak secara mendadak yang disertai uleh Asat bersama Kuang (deep blue fishing Tutong) di LUBUK RC yang mana Asat berjaya menaikkan seekor dalak dan 1x misscall manakala Kuang alum ada rezekinya cuma 2x misscall saja aka kumpawwww...,TAHNIAH Asat...

Tuesday, March 3, 2015

RENEW LESEN BARRA ULEH MEMBOTTOM @ DANAU

SABTU 28/02/2015 Jam 4 petang...Rudy secara solo ke kuala Danau landbase membottom yang mana Rudy berhasil menaikkan seekor selunsong berat 4.6kg sekaligus rwnew lesen selunsong 2015 baginya, TAHNIAH Rudy...

Monday, March 2, 2015

MELEPAS BARRA RENEW MJ & BABY GT @ MINI PAPUA

Jumaat 27.2.2015 pagi... Ahmad, Jimi dan Dadih turun boatbase casting di kawasan bekuku island dan mini papua kali ani. Cuma Dadih saja yang terselamat dari kumpawww berhasil menaikkan 2 ekor mj aka ungah sekaligus renew lesen mj 2015 dan juga renew lesen seekor kalakitok walaupun melepas menaikkan seekor selunsong  manakala Ahmad dan Jimi kumpawww.... tahniah Dadih.

Sunday, March 1, 2015

TRIP JIGGING TYM TADUH @ PERAIRAN BRUNEI


Khamis 26.2.2015 pagi... Adyzam turun jigging menyewa bot milik Sahrol Hm di kawasan perairan Brunei yang mana Adyzam  berjaya mnaikkan 2 ekor tenggiri, 1 ekor tungap dan 1 ekor lantaran manakala Sahrol menaikkan 2 ekor tenggiri dan 1 ekor bekalang. Kebanyakkan strike ugat saja walaupun sudah mnggunakan trible hook tapi yang penting no kumpawww, tahniah Adyzam dan Sahrol