Friday, February 4, 2011

TRIP BERSAMA MEMBER CASTER DARI MIRI TYM GONG XI FA CHAI @ EPM

Khamis 3.2.2011 jam 9 pagi, satu komplot menomanlak secara mendadak melalui FB disertai oleh member caster dari Miri terdiri dari Mohamad Hamizan, Heirol, Asrul, Asra dan Azeem manakala geng caster tempatan terdiri dari aku, Jaki, Asat Albab, Madi, Roy dan Suri menggunakan 3 buah perahu berasingan.
Dari kiri Asrol, Heirol, Jaki, Asat Albab, Azeem, Azlan(aku) dan Mohamad Hamizan.
BOAT 1 20ft(CAPT BOB)
Disertai oleh caster dari Miri Mohamad Hamizan, Heirol, Asrul, Asra, Azeem dan tekong boat Capt Bob yang mana Mohamad Hamizan berhasil menaikkan seekor dalak dan seekor toman manakala yang lainnya banyak yang misscol, terlepas dan putus terutama Heirol yang dipercayai toman monster tapi sayangnya rabut dari hooknya. Sama jua Asrol yang sudah berhempas pulas untok menaikkan seekor toman anggaran dalam 3 ke 4 kilo yang cuma menggunakan braided 6lb serta leader 20lbs akhirnya leader nda mampu bertahan disebabkan tersangkut dengan kayu tempat toman atu terbelit.(GAMBAR TERSEBUT MASIH DALAM SIMPANAN GENG CASTER MIRI).
BOAT 2 12ft(CAPT ASAT ALBAB)
Disertai oleh aku, Jaki dan tekong boat Capt Asat Albab yang banyak kali ugat sama misscol dan cuma Capt Asat Albab saja berhasil dengan seekor toman dalam masa kecederaan kan balik.
BOAT 3 12ft(CAPT SURI)
Disertai oleh Madi, Roy dan tekong boat Capt Suri yang mana Madi lureh 3 ekor toman yang mana 1 ekor hasil dari mengasting dan 2 ekor lureh membottom dengan hati ayam. Roy cuma ugat dan misscall saja manakala Capt Suri pun ugat sama misscall jua dan 1 kali putus toman membotom luan2 berani nda memakai steel cuma direct braided line saja.
Tahniah kepada yang belureh atu terutama buat member caster dari Miri jangan jara2 kesini lagi ya...."ANDA BERANI KEMARI LAGI....?" hehehe......

No comments:

Post a Comment