Isnin 07/02/2011 jam 06.30 pagi, operasi menjejaki tomanlak di EPM menggunakan perahu milik Kiong aka Sabat masih diteruskan macam seperti biasa yang diketuai Capt Asat Albab, Hj Pangan aka Piyambut dan Minan aka Dukun12. Baru dalam beberapa minit operasi dijalan Capt Asat Albab berjaya menaikkan sekor dalak dan nda lama selepas atu Hj Pangan pun berjaya menaikkan seekor toman berat 4kg manakala Minan pun nda ketinggalan berjaya menaikkan seekor dalak. Pada jam 11 tengah hari durang pun berehat untok mengisi perut disebabkan kelaparan dan dalam waktu yang sama mengambil kesempatan membottom dan cuma Capt Asat Albab saja yang berhasil menaikkan 3ekor toman. Tepat jam 2 petang operasi diteruskan lagi dan dalam beberapa jam operasi dijalankan Hj Pangan berjaya menaikkan seekor toman manakala Capt Asat Albab pun bejaya menaikkan seekor dalak dan Minan menaikkan 2 ekor dalak.
Last2 minit kan balik Minan berjaya menaikkan seekor toman berat 5kg yang mana hook katak SPROnya hanya terpacak di badan toman atu saja.... pelik tapi benar hehe...atu baru rezeki geng,TAHNIAH Capt Asat Albab.Hj Pangan dan Minan.. Capt Asat Albab dengan hasil 1st strike dalak pada seawal operasi......
No comments:
Post a Comment