Monday, February 21, 2011

MENJELAJAH BARABDUS @ ULU TUTONG

Ahad 20.2.2011 jam 6 pagi, aku bersama Asat Albab, Kiong dan Roy menjelajah ke ulu Tutong iaitu Nyamoknying menggunakan kenderaan rasmi STA pacuan empat roda milik Kiong dengan perjalanan yang memakan masa hampir 3 jam disebabkan hujan yang membuatkan jalan bertambah teruk dan licin maklumlah jalan balak katakan...
Sesampainya dispot pertama kelihatan keadaan air sungai yang keruh dan dalam tidak melemahkan semangat kami untok terus mencuba"alang-alang menyeluk pakasam, biarlah sampai kelengan" menyusuri sungai adalah jalan terbaik bagi memudahkan kami sampai kelubok barab namun percubaan kami semuanya gagal mendapati apa yang dihajati...

Setelah atu kami pun berpindah spot ke2 walaupun sungainya kecil namun struktur yang berbatu dan keadaan air yang jernih membuatkan kami bersemangat kembali untok terus mencuba dan akhirnya berhasil jua aku dengan 2 ekor badus aka bujuk ditempat yang sama menggunakan SP GRUB beracunku lepas bergambar, badus tersebut dilepaskan semula dan pada masa yang sama kelihatan jua Kiong dari jauh menaikkan barab dan dilepaskan semula ketempat asalnya....Asat Albab yang dulu masuk kedalam menyusuri sungai sebelum aku sama Kiong sampai sudahpun belureh 3 ekor barab dan yang seekor sudahpun dilepaskan semula ulehnya...manakala Roy masa atu nda sanggup ikut kami meredah sungai, terpaksa berehat berdekatan tempat kereta Kiong parking cuma mengasting disekitarnya saja dan cuma misscol dan ugat.
Setelah aku sama Kiong sampai arah Asat Albab sempat lagi ku bergambar dengan view yang canteeek.... terdapat 2 cabang anak sungai di belakangnya dan ditempat anitah barab mimit yang ku lureh menggunakan spinner.
Kiong memang ada heng kali ani dengan menggunakan spinner buah warna merahnya ia belureh 8 ekor barab walaupun damit namun terubat jua rasa ngaleh bejalan dengan boot yang mengandungi air didalamnya hehe....ada heng tu spinner Sabat...
Dalam perjalanan balik percubaanku nda sia-sia menggunakan spinner buah merah milik Kiong berhasil dengan seekor badus lagi...sampaikan aku berandam arah air untok melegakan kepanasan sebelum hujan lebat turun membasahi kami....Syok jua trip kali ani walaupun barab monster inda diperolehi disebabkan spot sebenarnya dinaiki air dalam dan kabut macam TEA C setelah hujan melanda namun kami berpuas hati jua dapat melihat panorama alam semula jadi hutan dan hidupan liar yang jarang sekali dilihat hingga dapat menghilangkan kepenatan kami walaupun dalam 6 jam kami berjalan menyusuri anak-anak sungai tersebut sampaikan makan tengah hari pun kami terlupa hehe......Tahniah Kiong, lu memang heng macam bilakang birakas dapat 8 ekor barab hehe.....dan Asat Albab master IRONMAN di hutan tapi sudah di dalam kereta tekrim jua batis atu hehehe....apa kurangnya aku jua tekrim kepala tuhut masa kan sampai di kereta haha....Mr Roy...u veli hot tauuu.....sampai bersantai dibawah payung macam orang kan bedagang keke...Nyamoknying.....! kami pasti akan datang lagi..

No comments:

Post a Comment