Saturday, February 19, 2011

TOMAN MONSTER 5KG LAGI...@ EPM

Khamis 17/02/2011 jam 06.30 pagi, operasi menomanlak di EPM seterusnya yang diketuai oleh Capt Asat Albab dan disertai oleh Hj Pangan aka Piyambut dan Minan aka Dukun12. Dalam beberapa jam operasi dijalankan sebelah paginya cuma Minan aka Dukun12 saja yang bejaya menaikkan seekor toman berat 2.3kg manakala Capt Asat Albab dan Hj Pangan cuma ugat (lepas) miscall saja.
Jam 12.00 tengah hari masa berihat dan makan,dalam waktu yang sama mengambil kesempat membottom beumpankan hati ayam alum sampai 5 minit membottom Hj Pangan berhasil menaikkan seekor toman. Nda lama selepas atu Capt Asat Albab pun berhasil jua menaikkan seekor toman,manakala Minan cuma ugat (lepas) saja.
Jam 2.00 petang, operasi pun diteruskan lagi macam biasa,kira2 dalam sejam operasi dijalankan Capt Asat Albab berjaya menaikkan seekor toman monster berat 5kg nda jua ketinggalan Hj Pangan pun berhasil menaikkan seekor toman berat 1.5kg, TAHNIAH Capt Asat Albab, Hj Pangan dan Minan..

No comments:

Post a Comment