Tuesday, February 15, 2011

TOMANLAK LAGI SELEPAS MAULIDUR RASUL @ EPM

Selasa 15/02/2011 jam 12.00 tengah hari selepas mengikuti perarakan Maulud Nabi, operasi menomanlak diEPM tetap diteruskan tetapi kali ani menggunakan perahu kepunyaan Yus aka Lantor yang diketuai Capt Asat Albab, Yus aka lantor dan Danan aka Laboh. Baru jua dalam beberapa minit beroperasi, Yus berjaya menaikkan seekor toman berat 2.3kg.
Belum lama selepas atu Danan pun berjaya jua menaikkan seekor toman.
Manakala Capt Asat Albab pun berjaya menaikkan seekor dalak saja. Dalam masa perjalanan balik, Yus mengambil kesempatan mengasting sebelum ketambing tempat turun naiknya perahu dan berjaya jua menaikkan seekor dalak, TAHNIAH SEMUA..

No comments:

Post a Comment