Tuesday, August 31, 2010

BONANZA LAYARAN RAMADHAN @ LAUT BRUNEI

Isnin 30/08/2010 jam 5.30 suboh, buat kali keduanya berturut2 beraksi lagi macam biasa Khairul aka langkang dan kawannya (Sufri) menjejaki tenggiri di laut Brunei yang mana Khairul aka langkang berhasil menaikkan 3ekor tangiri dan seekor tongkol mana kala Sufri berhasil menaikkan seekor tenggiri saja. Lauk2 yang lainnya ada jua durang belureh nganya nda bergambar. Penutup tirai sebelum balik, sekali lagi pancing Khairul berumpankan ikan hidup kena sambar yang pada mula2nya durang sangkakan tenggiri lagi, tau2 ikan layaran yang mengena maka tercetuslah satu perlawanan yang mendebarkan dan memakan masa lebih kurang dalam 30minit ke 40minit bertarung dengan layaran akhirnya berjaya dinaikan uleh Khairul dengan berat dalam 17kg merupakan 1st lesen laut dalam baginya. Misi durang kali ani memang bebaloi, dianggarkan semua sekali hasilnya dalam 30kg lebih, Syukur Alhamdulillah balik jua harga minyak perahu tu geng hehehe...TAHNIAH Khairul aka langkang dan Sufri.. Antara hasil yang diperolehi 4 ekor tenggiri, seekor tongkol yang lainnya ada yang nda digambar..

Monday, August 30, 2010

MISI MENENGGIRI @ LAUT BRUNEI

Ahad 29/08/2010 jam 7 pagi, misi kali ani menjejaki tenggiri Khairul aka langkang dan kawanya Sufri turun dilaut Brunei menggunakan perahu kepunyaan Sufri. Khairul aka langkang berhasil menaikkan 4ekor tenggiri mana kala kawanya Sufri berhasil menaikkan 3ekor tengiri, ikan2 lain ada jua lureh durang tapi nda durang gambar. Syukur Alhamdulillah rezeki bulan Ramadhan, ada jua kan lauk untok sekeluarga...TAHNIAH Khairul aka langkang dan Sufri..

TOMAN MIMIT SAJA TAPI...TOMAN JUA....@ EPM

Ahad 29/08/2010 jam 07.30 pagi, misi menomanlak diteruskan lagi di EPM orangnya maseh jua diketuai uleh Capt Asat Albab dan Roy aka marak. Setelah beberapa jam menjejaki tomanlak disebelah paginya langsung nda ada miscall mau pun strikenya, lebih kurang pada jam 10.45 pagi hujan pun turun dengan lebatnya serta berangin dan misi menomanlak dihentikan buat seketika untok berehat di pondok yang sedia ada di EPM. Nasib jua ada pondok tempat betaduh, mun nda kesejukkan banar,hehe..Semantara menunggu hujan taduh durang pun mengambil kesempatan memancing dari beranda pondok beumpankan hati ayam yang mana Roy aka marak berhasil menaikkan sekor toman merupakan toman yang ke3 buatnya klali ani manakala Capt Asat Albab alum ada rezekinya. Memandangkan hujan pun sudah taduh, misi menjejaki tomanlak seterusnya disambung lagi pada jam 2.00 petang dan dalam beberapa jam menjejaki tomanlak Capt Asat Albab berjaya menaikkan 2ekor toman merupakan yang ke19 baginya manakala Roy aka marak cuma ugat (lepas) dan miscall saja,TAHNIAH Capt Asat Albab dan Roy aka marak.. Walaupun mimit tu toman jua kali ah Capt Asat Albab ah....hehe...3 ekor toman berhasil kali, sehari sebelum ani nda berhasil menaikkan seekor toman pun..

Sunday, August 29, 2010

MISI MENOMAN GAGAL KALI ANI... @ EPM

Sabtu 28/08/2010 jam 06.45 misi menomanlak masih terus menerus macam biasa di EPM yang diketuai oleh Capt Asat Albab kali ani bersama Jaki aka bungkas. Menjejak toman disebelah paginya menemui kegagalan cuma 2ekor dalak saja yang bejaya dinaikkan, seekor dinaikkan uleh Capt Asat Albab buat yang ke111 buatnya dan seekor dinaikkan uleh Jaki aka bungkas. Misi seterusnya disambung pada jam 2.30 petang dan pembuka tirai sesi petang, Jaki berhasil menaikkan seekor dalak lagi merupakan dalak yang ke14 baginya kali ani. Target utama menjejaki toman berakhir dengan kegagalan cuma ugat (lepas) dan miscall saja,walau bagaimana pun TAHNIAH Capt Asat Albab dan Zaki aka bungkas.. Dalak yang ke111 buat Asat Albab kali ani....3 ekor dalak saja misi pada kali ani mungkin toman puasa kali bah hehehe.....

MISI ANDAPONG KESAJUKKAN @ BATU C EKONG KUNING

Ahad 29.8.2010, Hj Pangan aka Piyambut turun meandapong lagi pada jam 12tgh hari..bersama kawannya..di batu c-ekung kuning..hehehe....Nda tah kira walaupun hujan labat tadi namun masih jua memajal sampaikan kajar2 kesajukkan durang ani hehehe..tapi hasilnya 5ekor andapong dan seekor kurapu. Piyambut menaikkan 4 ekor andapong dan seekor kerapu manakala kawannya lureh seekor andapong. Jam 4ptg durang pun balik..tahniah Piyambut, kuning bibir ni pakai sungkai petang ani hehe...

Saturday, August 28, 2010

MABUK TETAPI MEMAJAL JUA @ LAUT BRUNEI

Sabtu 28.8.2010 pagi, Babah kali ani turun memancing dilaut Brunei bersama kawan2 setugas. Setelah beberapa jam menunggu, belum jua berhasil sehingga menyebabkan Babah mabuk laut tapi kawan2 yang lain berhasil sudah menaikkan beberapa jenis ikan dan setelah Babah menabur umpan free(muntah) baru tah ia belurih ikan lantaran, pisang-pisang dan ikan putih. Tahniah Babah walaupun mauk tetapi tetap memajal jua...."APANYA KU.....KAN" hehe.....

BARAB & BAUNG RAMADHAN @ LUBOK SAKIT KEPALA

Sabtu 28/08/2010..Danan membarablak secara solo di lubok sakit kepala kira2 jam 9 pgi. Keadaan aing macam tea c + kopi susu beansur surut. Salam pertama seekor barab berhasil dinaikkan berat 1.2kg merupakan yang ke13 buatnya, misscall 3x ugat 2x.., manakala salam kedua seekor baung di tewaskan merupakan yang 1st menggunakan cast beratnya 300 gram tapi sayangnya kelupahan digambar. Jam 10:30 pagi Danan pun berangkat balik..tahniah Danan..

MISI MENDALAK @ LUBOK KALUK

Jumaat 27/08/2010 jam 4.00 petang kali ani misi mendalak di LUBOK KALUK, Khairul aka langkang bersama Asdi aka sabit kawan setugasnya, yang mana Khairul berhasil menaikkan seekor dalak dan ugat 1x (lepas) 2x miscall,mana kala Asdi aka sabit cuma ugat (lepas) dan miscall saja,TAHNIAH Khairul aka langkang dengan dalak yang ke78 sudah ni....

Friday, August 27, 2010

SELUNSONG, KURAU & UNGAH REZEKI RAMADHAN @ DANAU

Jumaat 27.8.2010 selepas dari sahur aku bersama juniorku Adi Mirza turun cast di Danau. Setibanya disana, rupa2nya Kupek, Bugul dan juga iparnya sudah pun berada dengan tujuan memancing berumpankan udang hidup dan selepas atu baru tah Majidi sampai. Setelah beberapa jam cast nda jua ada hasil aku pun balik sebab ada urusan pada jam 9 pagi yang mana masa atu air baru kan pasang. Tahu2 selepas aku balik, baru tah Kupek belureh seekor kurau.
Selepas atu Bugul lagi belureh seekor selunsong berat 4kg lebih merupakan selunsongnya yang ke2. Kemudiannya baru tah giiran Majidi menaikkan seekor ungah. Walaupun cast nda berhasil namun kaedah berumpankan udang hidup kali ani ada rezeki betul...betul...Tahniah Bugul, Majidi dan Kupek.

Thursday, August 26, 2010

MISI MENOMANLAK SETERUSNYA @ EPM

Rabu 25/08/2010 jam 7 pagi, pemburu bersiri beraksi lagi menjejaki tomanlak di EPM yang diketuai Capt Asat Albab bersama Khairul aka langkangkali. Setelah berjam2 cast pada waktu pagi, cuma ugat (lepas) miscall saja dan tepat jam 12 tengah hari durang pun berehat sambil mengambil kesempatan menahan kail beumpankan hati ayam, yang mana Capt Asat Albab berhasil menaikkan 2ekor toman manakala Khairul nda belureh,sabar saja geng ah hehe....Jam 2 petang misi diteruskan seperti biasa namun belum jua berhasil sehingga jam 4 petang baru tah Roy aka marak join menomanlak dan selepas atu baru tah Capt Asat Albab bejaya menaikkan seekor toman berat 1.5kg. Nda lama selepas atu Khairul pun bejaya menaikkan seekor baby toman saja manakala Roy cuma ugat (lepas) dan miscall saja. Rupa2nya Ebel aka castillo pun menomanlak jua pada jam 2 petang bersama Awg Sahar. Mengikut cerita, cuma Awg Sahar saja belureh seekor toman,Ebel cuma miscall dan ugat (lepas) saja, TAHNIAH Capt Asat Albab dan Khairul.. Walaupun baby saja tapi toman jua tu...betambah jua koleksi atu....4 ekor toman buat misi kali ani pun berbaloi jua tu....

Wednesday, August 25, 2010

REZEKI RAMADHAN @ BATU GT ADALEEEH..

Rabu 25.8.2010 jam 8.30 pagi, antara yang beraksi di Batu GT adaleeeh... Asmadi, Bugul dan Bebeh. Namun percubaan cast tidak berhasil kali ani cuma pancing yang beumpan saja belurih ikan kerapu, kalakitok, ketambak, belais dan jua ketumbang..syukur tah sudah tu..daripada nda ada, tahniah Asmadi, Bugul dan Bebeh..

SESI MEANDAPONG LAGI...@ JPMC

Rabu 25.8.2010 jam 1ptg..Hj Pangan aka Piyambut turun lagi meandapong bersama kawannya di JPMC..yang mana Piambut lureh 3 ekor andapung dan 1 ekor kitang manakala kawannya lureh 2 ekor kerapu dan setelah jam 4.30 petang durang pun balik, tahniah Piyambut...

Tuesday, August 24, 2010

MEMBULAN DAN MENDALAK RAMADHAN @ SG KELAKAS

Selasa 24.8.2010 selepas dari bertugas jam 3 petang, aku bersama Babah turun cast di Sg. Kelakas yang sudah sekian lama aku nda mencuba mendalak dan membulan tapi 1st tym bagi Babah kesana. Setibanya di sana, keadaan air masih lagi tinggi dan mulai surut sehinggakan tempat laluan kami kedalaman sikit namun kami masih jua memajal. Aku menggunakan lure seahawk minifrogie dan Babah menggunakan lure scum frog hitam langsung nda ada strikenya selepas sejam cast, aku pun menukar lure eupro superior frog dan kali ani baru tah berhasil dengan seekor dalak. Babah pula menukar lure eupro popper redhead untok membulan dan berhasil menaikkan 2 ekor bulan2 dan 2x misscall nda menyasal mencuba baru kali pertama berkunjung di sg Kelakas atu Babah...next tym lagi kesana n tahniah Babah..Mula2nya Babah nda percaya tempat ani ada bulan2, sekalinya tekana strike nah baru tah muka ada banyak senyum...Bulan2 ke2 selepas beberapa minit kami bersungkai, memang tah bulan2 ani baru kan sungkai tah jua ni hehehe...Lure eupro superior frog ku ditelan habis uleh dalak yang ponteng puasa kali ani haha....

MISI MEANDAPONG LAGI @ JPMC

Selasa 24.8.2010 jam 1 petang, Hj Pangan aka Piyambut turun meandapong lagi bersama kawannya di JPMC dan hasilnya seekor andapong, seekor belais dan 2 ekor ikan kikek (kalau nda silap) hehe...syukur tah lapas jua rasa rindu karan andapong atu dan jam 5.30 petang durang pun balik sebelum sungkai, tahniah Piyambut....

MISI MENOMANLAK DITERUSKAN LAGI... @ EPM

Isnin 23/08/2010 jam 07.00 pagi, masih jua macam biasa pemburu bersiri ani beraksi menjejaki tomanlak di EPM yang diketuai uleh capt Asat Albab bersama Ebel aka castillo dan juga Khairul aka langkang. Pembuka semangat lagi Ebel bejaya menaikkan seekor toman berat 2.8kg. Nda lama selepas atu Asat Albab lagi bejaya menaikkan seekor dalak dan lebih kurang dalam 10 minit selepas atu Asat Albab sekali lagi bejaya menaikkan seekor dalak lagi. Selepas atu baru tah giliran Khairul menaikkan seekor dalak. Tepat jam 12.30 tengah hari durang pun berehat tempat biasa di pondok yang ada di EPM. Misi seterusnya disambung lagi pada jam 2.30 petang dan pembuka tirai waktu petang Asat Albab bejaya menaikkan seekor toman dan seterusnya Khairul lagi bejaya menaikkan seekor dalak. Dipendekkan cerita Asat Albab bejaya menaikkan 2ekor toman merupakan yang ke17 dan 4ekor dalak merupakan yang ke110 buatnya, Khairul bejaya menaikkan 4ekor dalak buat yang ke77 baginya manakala Ebel cuma bejaya menaikkan seekor toman saja buat yang ke7,TAHNIAH Capt Asat Albah,Ebel aka castillo dan Khairul aka langkang.. Asat Albab memang hebat jua cifu ani lureh toman 2 ekor dan 4 ekor dalak..Walaupun nda belurih toman namun Khairul masih mampu menunjukkan thumb's up jua lureh 4ekor dalak..Berbaloi-baloi misi kali ani......

Monday, August 23, 2010

MENOMANLAK SELEPAS BERTUGAS @ EPM

Isnin 23.8.2010 petang selepas waktu bertugas, Danan turun menomanlak lagi bersama anak buahnya Diman kali ani yang mana Diman belureh seekor dalak seberat 700grams menggunakan lure scum frog hitam, misscall 3x dam ugat 1x manakala Danan lureh cuma baby toman saja walaupun damit tapi bertambah jua koleksi toman atu buat yang ke5 udah ni tapi sayangnya nda begambar hehe..dan baby toman atu pun dilepaskan balik kehabitatnya...tahniah Danan n Diman...

Sunday, August 22, 2010

PB TOMANLAK BERAKSI LAGI @ EPM

Sabtu 21/08/2010 jam 07.00 pagi pemburu bersiri menomanlak lagi, nda lain orangnya masih jua Capt Asat Albab bersama Khairul aka langkang dan Roy aka marak. Setelah beberapa jam menjejaki diwaktu pagi alum jua berhasil cuma sekali saja lure Capt Asat Albab kena strike toman tetapi toman berjaya melepaskan dirinya, mun naik2 ada jua 3 ke 4 kg kali tu hehe..Tepat jam 12.00 tengah hari durang pun berehat disebuah pondok usang yang sudah lama ada di EPM durang namakan hotel 3 bintang hehe..Dalam waktu rehat Khairul mengambil kesempatan mengail beumpankan hati ayam yang sudah dirancangnya awal2 lagi berhasil menaikkan seekor baby toman saja. Misi seterusnya disambung pada jam 2.00 petang dan pembuka semangat waktu petang Capt Asat Albab bejaya menaikkan seekor dalak merupakan dalak yang ke106 buatnya. Nda lama selepas atu sekali lagi lure Asat Albab kena strike tetapi kali ani seekor toman berat dalam 1kg lebih merupakan yang ke15 buatnya dan membuatkan durang ani bertambah semangat lagi. Selepas atu baru tah giliran Khairul seterusnya berturut2 menaikkan toman berat 3.5kg, 2.5kg dan 1 kg menambahkan lagi koleksi tomannya yang ke13 kali ani. Manakala Roy alum ada rezekinya cuma miscall dan ugat (lepas) saja, sabar saja ah... TAHNIAH Capt Asat Albab dan Khairul aka langkang.. Dalak pembuka tirai disebelah petang yang diperolehi oleh Capt Asat Albab...Selepas menaikkan dalak, seekor toman lagi berjaya diperolehi oleh Capt Asat Albab.
Kali ani 5 ekor toman dan seekor dalak diperolehi oleh durang ani, man of the match "KHAIRUL AKA LANGKANG".

BABY ALU-ALU vs PRAWNSTAR @ SERASA

Ahad 22.8.2010 pagi, walaupun hujan semalaman namun Asmadi masih jua memajal cast di Serasa kali ani bersama rakan setugasnya. Lure yang digunakan masih jua dengan Prawnstar Rangga Junior dan cuma seekor baby Alu2 yang alum pandai puasa saja yang sudi menyambar lurenya atu hehe....yang lain semuanya puasa daaa.....tahniah Asmadi..

Saturday, August 21, 2010

PB TOMANLAK BERAKSI LAGI...DIBULAN RAMADHAN @ EPM

Jumaat 20/08/2010 jam 7.00 pagi maseh jua pemburu bersiri menomanlak di EPM ani yang diketuai uleh Captain Asat Albab serta kelasinya Ebel aka castillo serta Hamdan aka castillo ke2 kawan setugas Ebel. Setelah beberapa jam cast tidak berhasil cuma ugat (lepas) dan miscall saja, misi pada waktu pagi sampai jam 11 pagi dan disambung semula pada jam 2.30 petang dan terus disertai uleh Khairul aka langkang tetapi Khairul nda join cast menggunakan perahu, ia cuma tinggal di pondok tempat durang berehat selalu dan cuma cast disekitar pondok serta tarus mencuba mengail beumpankan ikan keli hidup, karuk hidup dan juga hati ayam. Selepas atu seperti biasa durang Asat Albab pun meronda disekitar sana sambil cast dan Hamdan berjaya menaikkan seekor toman sekali gus lst lesen baginya dan 1x miscall toman. Nda lama selepas atu Ebel pun bejaya jua menaikkan seekor toman berat 1.8kg merupakan tomannya yang ke6 dan 1x miscall toman manakala Asat Albab cuma 1x ugat (lepas) toman dan 2x ugat dalak,alum tah rezeki tu geng. Khairul yang cuma disekitar pondok berhasil menaikkan 3 ekor dalak merupakan koleksi yang ke73 baginya dan seekor toman buat yang ke9 baginya cuma Khairul saja nda bergambar bersama dalak dan tomannya disebabkan seorang diri,TAHNIAH Ebel aka castillo,Hamdan aka castillo kedua dan Khairul aka langkang. Rupa2nya masa atu durang Danan aka laboooh pun ada cast di EPM bersama anak buahnya mendengar khabar Danan bejaya menaikkan seekor toman dan seekor dalak,anak buahnya pun bejaya jua menaikkan beberapa ekor dalak,tetapi sayang nda ada kesempatan untok begambar,apa2 pun TAHNIAH Danan aka laboooh dan anak buahnya jua....Anitah kawan Ebel iaitu Hamdan aka castilo ke2 yang sudahpun belesen toman baru 1st tym ikut...Anitah uleh pemburu bersiri (PB) tomanlak kali ani dengan 3 ekor toman dan juga 2 ekor dalak...

Friday, August 20, 2010

PRWANSTAR VS UNGAH RAMADHAN @ KERAMUT

Jumaat 20.8.2010 jam 7.30 pagi, Asmadi turun casting secara solo di Keramut untok mencuba lure prawnstar yang baru dibelinya dari Walid(kb ian angler) dan ternyata berhasil jua dengan seekor ungah kali ani..., tahniah Asmadi...Prawnstar yang berhasil menipu ungah ani....ada jua untok hidangan sudah sungkai nanti ni hehe....

BULAN-BULAN SEBELUM SUNGKAI @ JUNJONGAN

Jumaat 20.8.2010 petang sebelum sungkai, kawan setugasku Babah turun membuang giannya mencuba cast di sungai belakang rumahnya di Junjongan setelah nda berhasil pada hari Khamis kemarin di batu GT. Hasilnya cuma seekor bulan2 saja dapat dinaikkan dan 3ekor terlepas. Nda apa lepas jua sudah gian atu....jgn lupa lesen selunsong liar wajib didapatkan tu hehe....tahniah Babah....pajal jangan nda dipajal dan "WELCOME TO DA CLUB"

ALU-ALU BERSUNGKAI DENGAN POPPER REDHEAD @ BATU GT ADALEEEH...

Khamis 19.8.2010 selepas dari bertugas, aku dan Babah (rakan setugasku), bercadang kan mengasting dibatu GT Adaleeh bersama dengan Majidi dan jua Kupek. Kira2 jam 4.30 kami pun sampai dispot tersebut dan keadaan aing masa atu sudahpun surut + kabut disebabkan hujan turun pada petang atu namun kami masih lagi meneruskan misi kami. Setelah beberapa jam cast, nda ada ikan yang sudi menyambar lure kami walaupun sudah bermacam jenis lure kami tukar dan ketika kami hendak balik hampir2 kan waktu berbuka puasa, popper milik Kupek baru tah kena sambar uleh Alu2 aka Lingkuh aka Barracudda berat 4kg yang berhasil ditewaskan. Ngam tah sudah tu waktu kan sungkai baru tah kena sambar tu hehe....tahniah Kupek memang selalu last2 minit ia ani belurih ni.... Sambil menunggu berbuka puasa sempat lagi Babah ani pose walaupun ngaleh sudah....

Thursday, August 19, 2010

BEBERAHAN SAJA KALI ANI..@ DANAU

Khamis 19.8.2010 pagi, misi menyelunsong di Danau kali ani dianggotai uleh Majidi, Asmadi serta kawan setugasnya, Kupek, Bugul dan iparnya macam biasa berumpankan udang hidup dan cast jua. Namun selunsong yang ditunggu berjaya memutuskan tali utama pancing kepunyaan ipar Bugul dan yang cuma berhasil seekor ketambak aka bebarahan yang berhasil uleh Bugul, tahniah Bugul...

REZEKI KHAIRUL JUA... @ EPM

Rabu 18/08/2010 jam 08.30 pagi pemburu bersiri turun lagi menomanlak di EPM maseh jua Asat Albab tetapi kali ani bersama Zaki aka bungkas saja. Khairul aka langkang seperti yang dijanjikan awal, selepas bertugas baru join menomanlak dan cuma Asat Albab dan Zaki saja beraksi waktu pagi. Sampai saja di EPM macam biasa lah tu setelah berjam2 sudah cast dari lubok kelubok Asat Albab dan Zaki cuma mendapat miscall dan ugat (lepas) saja cuma Khairul yang join selepas betugas bejaya menaikkan 2ekor dalak,yang nda belureh sabar saja ah, hehe..,apa2 pun TAHNIAH Khairul aka langkang.. 2ekor dalak lureh uleh Khairul walaupun selepas bertugas dapat join menomanlak kalau sudah rezeki takkan kemana...

Wednesday, August 18, 2010

1ST BARRA RAMADHAN AL-MUBARAK @ DANAU

Selasa 17.8.2010 pagi, Danau kembali beraksi dengan misi menyelunsong antaranya Kupek, Asmadi, Bugul serta kawan setugasnya. Keadaan aing masa atu baru jua kan naik pasang dengan warna kehitaman memang favourite aing ungah sama selunsong katakanlah dengan berumpankan udang rostris, Kupek berhasil menaikkan seekor selunsong berat 1.5kg merupakan selunsong yang ke4 baginya dan selunsong pertama dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak di Danau buat masa ani dan sekali terlepas selunsong.Manakala Bugul cuma lureh seekor kerapu saja, tahniah Kupek dan Bugul, kepada yang nda bernasib baik nda apa cuba dilain hari lagi...manatau berezeki amin...

TOMAN SELEPAS BERTUGAS @ EPM

Selasa 17.8.2010, selepas bertugas office hour rupanya Danan berkesempatan lagi menoman di EPM bersama anak buahnya (Diman) dan berhasil menaikkan seekor Toman seberat 4.5 kg setelah misscall beberapa kali..yang mana Danan hanya support menyiut saja selepas 2minit lebih bertempur dengan toman. Tahniah Diman....,Danan sabar saja, tukang siut pun tak mengapeee...hehe..Katak SPRO kuning menjadi sasaran dengan menggunakan perambut mono 40lbs nasib jua nda putus.