Friday, August 27, 2010

SELUNSONG, KURAU & UNGAH REZEKI RAMADHAN @ DANAU

Jumaat 27.8.2010 selepas dari sahur aku bersama juniorku Adi Mirza turun cast di Danau. Setibanya disana, rupa2nya Kupek, Bugul dan juga iparnya sudah pun berada dengan tujuan memancing berumpankan udang hidup dan selepas atu baru tah Majidi sampai. Setelah beberapa jam cast nda jua ada hasil aku pun balik sebab ada urusan pada jam 9 pagi yang mana masa atu air baru kan pasang. Tahu2 selepas aku balik, baru tah Kupek belureh seekor kurau.
Selepas atu Bugul lagi belureh seekor selunsong berat 4kg lebih merupakan selunsongnya yang ke2. Kemudiannya baru tah giiran Majidi menaikkan seekor ungah. Walaupun cast nda berhasil namun kaedah berumpankan udang hidup kali ani ada rezeki betul...betul...Tahniah Bugul, Majidi dan Kupek.

No comments:

Post a Comment