Thursday, August 26, 2010

MISI MENOMANLAK SETERUSNYA @ EPM

Rabu 25/08/2010 jam 7 pagi, pemburu bersiri beraksi lagi menjejaki tomanlak di EPM yang diketuai Capt Asat Albab bersama Khairul aka langkangkali. Setelah berjam2 cast pada waktu pagi, cuma ugat (lepas) miscall saja dan tepat jam 12 tengah hari durang pun berehat sambil mengambil kesempatan menahan kail beumpankan hati ayam, yang mana Capt Asat Albab berhasil menaikkan 2ekor toman manakala Khairul nda belureh,sabar saja geng ah hehe....Jam 2 petang misi diteruskan seperti biasa namun belum jua berhasil sehingga jam 4 petang baru tah Roy aka marak join menomanlak dan selepas atu baru tah Capt Asat Albab bejaya menaikkan seekor toman berat 1.5kg. Nda lama selepas atu Khairul pun bejaya menaikkan seekor baby toman saja manakala Roy cuma ugat (lepas) dan miscall saja. Rupa2nya Ebel aka castillo pun menomanlak jua pada jam 2 petang bersama Awg Sahar. Mengikut cerita, cuma Awg Sahar saja belureh seekor toman,Ebel cuma miscall dan ugat (lepas) saja, TAHNIAH Capt Asat Albab dan Khairul.. Walaupun baby saja tapi toman jua tu...betambah jua koleksi atu....4 ekor toman buat misi kali ani pun berbaloi jua tu....

No comments:

Post a Comment