Tuesday, August 24, 2010

MISI MENOMANLAK DITERUSKAN LAGI... @ EPM

Isnin 23/08/2010 jam 07.00 pagi, masih jua macam biasa pemburu bersiri ani beraksi menjejaki tomanlak di EPM yang diketuai uleh capt Asat Albab bersama Ebel aka castillo dan juga Khairul aka langkang. Pembuka semangat lagi Ebel bejaya menaikkan seekor toman berat 2.8kg. Nda lama selepas atu Asat Albab lagi bejaya menaikkan seekor dalak dan lebih kurang dalam 10 minit selepas atu Asat Albab sekali lagi bejaya menaikkan seekor dalak lagi. Selepas atu baru tah giliran Khairul menaikkan seekor dalak. Tepat jam 12.30 tengah hari durang pun berehat tempat biasa di pondok yang ada di EPM. Misi seterusnya disambung lagi pada jam 2.30 petang dan pembuka tirai waktu petang Asat Albab bejaya menaikkan seekor toman dan seterusnya Khairul lagi bejaya menaikkan seekor dalak. Dipendekkan cerita Asat Albab bejaya menaikkan 2ekor toman merupakan yang ke17 dan 4ekor dalak merupakan yang ke110 buatnya, Khairul bejaya menaikkan 4ekor dalak buat yang ke77 baginya manakala Ebel cuma bejaya menaikkan seekor toman saja buat yang ke7,TAHNIAH Capt Asat Albah,Ebel aka castillo dan Khairul aka langkang.. Asat Albab memang hebat jua cifu ani lureh toman 2 ekor dan 4 ekor dalak..Walaupun nda belurih toman namun Khairul masih mampu menunjukkan thumb's up jua lureh 4ekor dalak..Berbaloi-baloi misi kali ani......

No comments:

Post a Comment