Saturday, August 21, 2010

PB TOMANLAK BERAKSI LAGI...DIBULAN RAMADHAN @ EPM

Jumaat 20/08/2010 jam 7.00 pagi maseh jua pemburu bersiri menomanlak di EPM ani yang diketuai uleh Captain Asat Albab serta kelasinya Ebel aka castillo serta Hamdan aka castillo ke2 kawan setugas Ebel. Setelah beberapa jam cast tidak berhasil cuma ugat (lepas) dan miscall saja, misi pada waktu pagi sampai jam 11 pagi dan disambung semula pada jam 2.30 petang dan terus disertai uleh Khairul aka langkang tetapi Khairul nda join cast menggunakan perahu, ia cuma tinggal di pondok tempat durang berehat selalu dan cuma cast disekitar pondok serta tarus mencuba mengail beumpankan ikan keli hidup, karuk hidup dan juga hati ayam. Selepas atu seperti biasa durang Asat Albab pun meronda disekitar sana sambil cast dan Hamdan berjaya menaikkan seekor toman sekali gus lst lesen baginya dan 1x miscall toman. Nda lama selepas atu Ebel pun bejaya jua menaikkan seekor toman berat 1.8kg merupakan tomannya yang ke6 dan 1x miscall toman manakala Asat Albab cuma 1x ugat (lepas) toman dan 2x ugat dalak,alum tah rezeki tu geng. Khairul yang cuma disekitar pondok berhasil menaikkan 3 ekor dalak merupakan koleksi yang ke73 baginya dan seekor toman buat yang ke9 baginya cuma Khairul saja nda bergambar bersama dalak dan tomannya disebabkan seorang diri,TAHNIAH Ebel aka castillo,Hamdan aka castillo kedua dan Khairul aka langkang. Rupa2nya masa atu durang Danan aka laboooh pun ada cast di EPM bersama anak buahnya mendengar khabar Danan bejaya menaikkan seekor toman dan seekor dalak,anak buahnya pun bejaya jua menaikkan beberapa ekor dalak,tetapi sayang nda ada kesempatan untok begambar,apa2 pun TAHNIAH Danan aka laboooh dan anak buahnya jua....Anitah kawan Ebel iaitu Hamdan aka castilo ke2 yang sudahpun belesen toman baru 1st tym ikut...Anitah uleh pemburu bersiri (PB) tomanlak kali ani dengan 3 ekor toman dan juga 2 ekor dalak...

No comments:

Post a Comment