Monday, January 31, 2011

MENOMANLAK BERAKSI KEMBALI...@ EPM

Sabtu 29/01/2011 jam 06.30 pagi, operasi menjejaki tomanlak di EPM bermula lagi tapi kali ani menggunakan perahu milik Capt Kiong aka Sabat yang baru siap diubah suai untok mengambil alih operasi menomanlak perahu milik Khairul yang sudah pun dijual. Masih jua Capt Asat Albab sebagai jurupandu dan diikuti oleh Roy aka Marak sama Hj Pangan aka Piyambut. seperti lazimnya operasi menjejaki tomanlak pun diteruskan dan dalam beberapa jam operasi dijalankan, tiba-tiba lure milik Roy kena strike oleh seekor toman dianggarkan beratnya dalam 3 ke 4kg tapi sayangnya toman berjaya melepaskan diri. Capt Asat Albab dan Piyambut cuma beberapa kali miscall saja. Jam 12 tengah hari operasi pun direhatkan buat seketika menghilangkan penat lelah dan seterusnya mengisi perut yang telah bekeroncong dan dalam pada masa yang sama durang mengambil kesempatan membottom beumpankan hati ayam. Baru jua dalam beberapa minit membottom Piyambut telah berjaya menaikkan seekor toman. Nda lama selepas atu Roy lagi berjaya menaikkan seekor dalak yang disangkakan toman pada mulanya manakala Capt Asat cuma misscol saja.
Tepat jam 2.00 petang sesi sebelah petang pun diteruskan lagi dan setelah dalam beberapa jam menjejaki tomanlak Capt Asat akhirnya berjaya menaikkan seekor toman dan sekali ugat (lepas) manakala Roy dan Piyambut cuma ugat (lepas) dan miscall saja,TAHNIAH semuanya..

No comments:

Post a Comment