Saturday, January 1, 2011

CASTING JELAJAH TUTONG @ ULU TUTONG, PENABAI & SG KELAKAS

Sabtu 1.1.2011 sempena tahun baru masihi dan merupakan cuti awam kami mengambil kesempatan turun seawal pagi pada jam 5.30 di ulu Tutong terlebih dahulu untok membarab dan 2 ekor barab berjaya diperolehi oleh ku sekaligus meperbaharui lesen barab untok tahun 2011 siok tuh...pakai light set baru terkarrrrraaaan banar....hehe...manakala Hj Fadil, Boy Sangkut, Babah dan wifenya nda belureh...
Lure beracun yang ku custom made berhasil menipu barab 1st lesen untok tahun baru ani..
Lure Strike pro warna putih berjaya memikat Barab yang ke2 bagiku untok tahun ani...
Sebelum kami berpindah spot, Hj Fadil dan Boy Sangkut mengambil kesempatan untok mendalak dikawasan berhampiran tempat kami membarab dan Hj Fadil berhasil memperolehi seekor dalak, renew udah lesen dalak tahun baru ani....
Jam 8 pagi kami pun berpindah lagi kespot seterusnya tujuan kan cast ungah di Penabai lagi dan kali ani disertai oleh Dayat(CP7) dan juga member2 casting dari Miri, Sarawak iaitu Heirol Nizam, Mohammad Hamizan, Mohd Asra, Mohd Asrul dan M0hd Azim namun memandangkan keadaan air di Penabai masa atu alum lagi pasang serta masih lagi tawar kami pun berpindah ke Sg Kelakas pula kali ani dan di sana salah seorang daripada member Miri iaitu Heirol Nizam telahpun berhasil menaiikkan seekor Betutu merupakan lesen pertamanya bagi tahun baru ani...
Anitah lure SP yang digunakan oleh Heirol Nizam berjaya memikat betutu sg Kelakas, Tahniah Heirol, minta maaf semua member2 Miri kalau ada kekurangan layanan kami ya...dan jangan serik2 datang keBrunei lagi hehe....
Dari kiri Mohd Asra, Heirol Nizam, Mohd Asrul, Mohammad Hamizan, Azlan dan Mohd Azim.

No comments:

Post a Comment