Monday, May 31, 2010

UNGAH ULANG TAHUN ABDB @ DANAU

Isnin 31.05.2010, yang turun beraksi di Danau Asat, Khairul, Jaki, Kupek, Majidi dan iparnya dengan berbekalkan cuma casting sahaja seawal jam 6.30 pagi. Dalam misi tersebut waktu 15min pun berlalu, tiba2 Khairul telah mendapat strike pertamanya dengan seekor ungah aka siakap merah dengan menggunakan lure halco. Selepas atu nda lagi ada sebarang strike dan durang pun berehat sambil2 menunggu Madi dan Emi yang kan sampai di Danau jua untok mencoba nasib..namun atu saja rezeki untok hari ani, Tahniah Khairul, dengan 1st lesen ikan aing masin merupakan ungah sempena ulang tahun ABDB yang ke- 49 tahun..

Saturday, May 29, 2010

SELUNSONG PERTAMA KUPEK @ DANAU

Sabtu 29.5.2010 pagi antara yang beraksi Edin, Majidi, Kupek dan ipar Majidi yang cuma mengasting saja disebabkan umpan nda ada. Ternyata heng Kupek masih ada lagi yang mana seekor selunsong berat 2.5kg sudi menyambar lurenya pada mula2nya disangkakan ungah. Selepas atu Asat Albab, Khairul dan Ebel pun sampai disana kan join mengasting lagi kali ani giliran Asat Albab pula yang kena strike selunsong tapi sayangnya terputus, sabar saja geng andangnya tu ada2 saja kalau kan mengambil lesen selunsong ani, Cobaaan.....! Tahniah Kupek lesen pertama selunsong sudah bermula jangan tah mundul saja..

MAJLIS DOA KESYUKURAN BAGI HARI LAHIRKU

Jumaat 28.5.2010 8 malam, aku mengada majlis doa kesyukuran sempena hari lahirku yang mana antara yang hadir terdiri dari keluarga terutama orang KK yang kebetulan berada di Brunei dan jua member2 STA iaitu Roy, Asat Albab, Khairul aka Langkang, Hj Rahim, Jaki, Ebel, Emi, Madi dan Jimi. Antara menu special malam atu selunsong masak asam pedas, nyum nyum...Antara yang turut hadir member STA dan juga anak2 buah yang memeriahkan lagi malam atu menyanyikan lagu hari jadi hehe...Roy dan member2 STA berkesempatan menyampaikan hadiah sempena harijadiku seperti buah sikoi, mangga, beg mesra alam dan lampu kepala hehe... ada2 saja durang ani...Sempat lagi beposing control macho tah bilang orang ni hehe...Sembang2 walaupun kepanasan nda bekipas malam atu tapi masih jua bertahan durang ani sampaikan Roy bepaluh macam orang mandi hehe....

DIKESEMPATAN INI SAYA INGIN MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMAKASIH KEPADA YANG TERLIBAT DAN MEMBER2 STA YANG SUDI HADIR MENJAYAKAN MAJLIS DOA KESYUKURAN BAGI ULANG TAHUN KU, TERIMAKASIH JUGA YANG SPONSOR KEK HARI JADI BERSAMA HADIAH2NYA MUDAH2AN ALLAH S.A.W AKAN MEMBALAS JASA2 BAIK TUAN-TUAN DAN MINTA MAAF KALAU ADA KEKURANGAN LAYANAN DIMAJLIS TERSEBUT...

UNGAH VS BEKALANG @ DANAU

Jumaat 28.5.2010 pagi Madi, Emi dan Jaki turun memancing dan casting di Danau lagi. Masa atu aing sudahpun pasang, setelah masing2 sudah melabuhkan umpan apalagi acara casting pun dimulakan yang mana Jaki telah pun diduga uleh seekor selunsong monster yang menyambar lure redheadnya tapi sayangnya melepas kali ani. Lepas atu Madi lagi dengan menggunakan lure rapala tiger telahpun disambar uleh ikan monster jua namun kecundang akhirnya yang menyebabkan putus braided line 30lb. Habis tia lure kesayangan tu Madi tapi nda apa tu, sama jua pancing yang beumpan lureh seekong Ungah, berbaloi jua tu. Jam 9 pagi baru tah aku sampai kan join durang disana namun pagi atu nda ada lurehku dan jam 11 kami pun balik sebabnya kan menyambung kepetangnya lagi. Jam 3 petang aku, Madi dan Emi ke Danau lagi dan setelah sampai disana , rupanya Edin dan Raimi(anak buahku) sudah pun terlebih dahulu sampai disana dengan tujuan yang sama. Petang atu giliran ku lagi kena strike dengan menggunakan lure XRap Rapala yang baru ku gunakan tapi alum ada rezeki katakan terputus braided line 20lbs ku kali ani lagi hehe...alum balik modal. Raimi(anak buahku) yang memancing, mengambil kesempatan jua untok cast disebelah pantai akhirnya berbaloi jua mencuba dengan lure redheadnya dengan seekor Bekalang dan dalam masa yang sama, rupanya Emi sedang bertarung dengan seekor selunsong namun kecundang kali ani yang cuma berseorangan cast disebelah batu, sabar Emi andangnya tu tym sorang2 casting hehehe....Tahniah Madi dan Raimi.Raimi dengan bekalang 3kg kaedah casting menggunakan rapala redhead.
Membuang boring tah udah ni Emi(baju merah)yang kecundang uleh selunsong dan Madi pun join mengasting di sebelah Pantai.

Thursday, May 27, 2010

SELUNSONG MAJIDI YANG KE6 @ DANAU

Khamis 27.5.2010 pagi, sudah lama nda ada khabar dari Danau kali ani Majidi turun memancing disana seorang diri saja. Sambil2 menunggu pancing kena strike, Majidi mengambil kesempatan untok mengasting jua untok mencari nasib dan percubaannya nda sia2 sebanyak 3x lurenya kena sambar dan cuma seekor selunsong yang berjaya dinaikkan yang mana beratnya 4kg lebih merupakan selunsong yang ke6 bagi Majidi kali ani, Tahniah Majidi ada tah sudah selunsong atu di Danau...

SELUNSONG KE2 KU @ BATU EHEM2....

Rabu 26.5.2010 pagi, sementara offduty ku ambil kesempatan untok memancing dibatu ehem2..bersama dengan sepupu biniku yang hanya berbekalkan umpan udang hidup cuma 5 ekor saja yang ada. Nda sia2 turun walaupun udang sedikit namun cuma dalam setengah jam menunggu akhirnya umpanku kena sambar uleh selunsong berat 6kg merupakan selunsong yang ke2 bagiku..jam 9 pagi setelah umpan habis baru tah kami balik dengan hati ada banyak senang oooo....

Wednesday, May 26, 2010

SOFIAN VS DALAK @ SG KELAKAS

Rabu 26-5-2010 jam 5.15ptg, salah seorang yang selalu join member2 kami mengasting dan lepak sama2 iaitu Sofian, kali ani turun mendalak di jambatan sg.Kelakas dan sampai saja di sana, rupanya Ibarahim(kawannya) ada di sana tengah cast dari pkul 3ptg lagi dengan tidak membuang masa Sofian pun tarus saja join. Dalam beberapa minit, Sofian mendapat sambaran pertama megunakan seaahawk mini frogie dan berhasil dinaikkan. Lapas atu Sofian pun balik kerana ada urusan.Ibrahim hanya ugat 2x. Tahniah Sofian

Tuesday, May 25, 2010

KERAPU SOLO @ JPMC

Isnin 24.5.2010 pagi Emi, Madi dan Edin turun memancing lagi di JPMC yang mana durang Piyambut sudah pun berada disana terlebih dahulu namun belum ada strike lagi. Sama tah jua member2 kami yang menunggu pancing kena strike pun belum ada lagi lureh last2nya Edin mencuba cast dan berhasil dengan seekor kerapu, tahniah Edin belurih jua tu daripada nda ada..

YUS MENDALAK LAGI..@ LUBOK MENANTI SCUM

Isnin 24/05/2010 jam 4.30 petang, Yus turun mendalak seorang diri di LUBOK MENANTI SCUM dan setibanya disana, baru jua 2 ke 4x umban tarus kena strike dalak tetapi cuma miscall saja,nda lama selepas atu sekali lagi lure Yus kena strike dalak monster tetapi sayang tali power pronya 20lbs terputus tia yang hampir ditambing udah kan menaikkan saja lagi. Nda apa alum tah rezeki tu Yus, last2nya hari kan gelap belureh jua Yus sekong dalak merupakan dalak yang ke18, TAHNIAH Yus..

2 EKOR DALAK TEWAS ULEH YUS @ LUBOK CARI KALOK

Ahad 23/05/2010 jam 5.45 petang Yus turun seorang diri di LUBOK CARI KALOK dalam masa yang singkat sampai saja Yus disana, tarus tah cast dan baru jua beberapa kali cast lure Yus kena strike dalak tetapi cuma miscall. Nda lama selepas atu sekali lagi lure Yus kena strike dalak strike kali keduanya baru tah berhasil dinaikkanya. Walaupun dalam masa yang terlalu singkat Yus berhasil jua menaikkan sekong dalak lagi merupakan dalak yang ke17 dan miscall beberapa kali dan jua ugat (lepas), syabas geng walau pun masa yang singkat bebaloi jua,TAHNIAH Yus...

Sunday, May 23, 2010

PELAYAK, KERAPU DAN LENGURAN @ JPMC LAGI...

Ahad 23.05.2010 Emi, Madi dan Zaki turun di JPMC kira2 jam 6.30pagi.Apabila sampai disana, semua tempat sudah pun dipenuhi joran orang lain yang memancing disana jua , sehinggakan Jaki dan Madi hanya mengasting sambil menunggu aku, Ejal, Edin dan Kujek kan join durang memancing. Selepas semua sudah ada, kami pun berpindah tapi sayangnya Jaki terpaksa balik disebabkan ada jemputan. Alum lama ku mengumpan pancingku tarus tah kena strike dan uleh kerana lambat bertindak akhirnya menyangkut kebatu tia. Lepas atu nda lagi ada strike. Jam 4ptg, aku pun balik disebabkan ada acara dirumah dan tinggal tah durang Ejal, Madi, Emi, Edin dan kujek. Petang atu Madi mencuba lagi mengasting dan belureh seekor kerapu. Nda lama selepas atu Emi lagi kena strike lenguran. Sedang2 siok mengasting, Madi lagi kena strike lingkuh monster sampaikan teriak2 kan minta tolong tetapi nda kedengaran uleh yang lainnya dan terpaksa tah Madi lapaskan balik sampai rapala madi ada bekas gigi lingkuh, Rupa2nya dalam masa yang sama pancing Madi yang beumpankan udang hidup kena strike pelayak dan tepaksa tah Edin yang melayan dan berhasil jua dinaikan pelayak seberat 5kg lebih, patut tah nda kana peduli masa Madi teriak2 minta tolong hehe...rupanya 'fish on jua', Tahniah Madi dan Emi.Lenguran pun lenguran lah......
Lureh lagi Madi seekor kerapu hasil mengasting jua..

KEMBALI MENDALAK @ LUBOK KUCING

Ahad 23/05/2010 jam 4.00ptg, Asat Albab sama Roy dan Sofian baru tah turun mendalak disebabkan beberapa hari kebelakangan ani hujan saja dan aing pun kabut serta kedalaman, jadinya durang pun mencuba cast di LUBOK KUCING. Baru jua beberapa minit cast lure Asat Albab kena strike tapi cuma miscall dan ugat(lepas) saja. Nda lama selepas atu lure Roy lagi kena strike, pun sama jua cuma miscall dan ugat(lepas). Lebih kurang dalam setengah jam bekas miscall dan ugat(lepas) sekali lagi lure Asat Albab kena strike dalak merupakan dalaknya yang ke91. Selepas atu lure Sofian lagi kena strike dalak tetapi sayang dalak bejaya melepaskan dirinya dan nda lama bekas ugat (lepas) sekali lagi lure Sofian kena strike, serupa jua dalak atu bejaya melepaskan dirinya, luan2 ugat(lepas) saja, tau2 Asat Albab belureh lagi sekong dalak membuatkan dalak yang ke92. Last2 minit baru tah Sofian berhasil menaikkan baby dalak, nda apa walaupun baby dalak yang penting ada kan ditarik dan koleksi betambah pian hehe....Roy cuma ugat (lepas) dan miscall saja,sabar saja Roy ah,TAHNIAH Asat Albab dan Sofian..

MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA ULANG TAHUN ROY YANG KE52 TAHUN

Sabtu 22.5.2010 8.00 malam majlis doa kesyukuran sempena ulang tahun member kami Roy buat yang ke52 tahun telah pun di adakan dirumah beliau sendiri antara yang hadir adalah terdiri dari saudara mara, kawan2 dan juga team member. Antara menu yang special dihidangkan malam atu seperti ikan Betutu stem dan asam pedas ikan dalak, dalak salai dan jua jagung bakar.Ada kejutan jua buat Roy malam atu dibuat...Anitah kejutan yang dimaksudkan berupa kek logo selunsong team yang ditempah khas oleh Jaki aka Bungkas dan Asat Albab buat harijadi Roy malam atu...Anitah orangnya yang hari jadi masih lagi hansom macam 25 tahun hehe...Antara member yang hadir malam atu sembang2 bersama yang lainnyaDikesempatan ini Roy dengan tulus ikhlas dan terharu ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terimakasih kepada semua yang hadir dan juga yang sudi membawa menu makan malam atu, tak lupa juga yang menaja kek hari jadi buatnya dan yang turut bertungkus lumus menjayakan majlis pada malam atu dengan jayanya hanya Allah saja yang dapat membalas jasa budi baik semua..

BADUS AKA BUJUK YUS @ LUBOK CARI KALOK


Jumaat, 21.05.2010 3 Yus turun mengasting sambil2 mengisi masa lapang di lubok 'cari kalok' kira-kira jam 5.30ptg, walaupun air pada waktu itu kelihatan jernih namun Yus masih jua meneruskan mengasting jua. Baru jua sekali cast katak scum Yus terus kena strike Badus aka Bujuk lapas atu nda tah lagi ada strikenya. Tahniah Yus walaupun last minit turun mengasting.

Saturday, May 22, 2010

SELUNSONG MONSTER LAGI..VS SAPI'E @ JPMC MENJERIT

Sabtu 22.05.2010 pagi Emi, Madi dan Ejal turun di JPMC lagi kan mendulur Ejal yang keracunan yang mana baru balik dari hutan atas sebab kerja. Setibanya disana Piyambut sudah pun disana lebih awal lagi. Strike pancing yang tidak berhenti kebanyakannya ugat dan putus akhirnya Piyambut berjaya menaikan seekor ikan Sapi'e. Sedang durang betaduh dalam kereta kerana hujan, kejadian kemarin berulang sekali lagi yang mana pancing Madi telah terjatuh yang disangka oleh angin rupanya ditarik oleh selunsong di tempat Emi menaikan 1st lesennya kemarin dan kali ani Madi lagi yangg berjaya menaikkan selunsong ke5 buatnya seberat 9kg lebih sehinggakan penyiut Piyambut patah. Banyak udah ulehnya menyiut tu Piyambut, bejasa udah tu...Tahniah Madi dan Piyambut, kali ani di JPMC lagi menjerit ni usulnya hehe....Mr Piyambut yang beberapa kali turun memancing kan mengintai bebatik sama selunsong namun alum berhasil tapi kali ani lurih jua ia ikan Sapi'e, kurang jua sakit kepala atu Piyambut hehe...Tahniah bro..

DIKESEMPATAN ANI SAYA MEWAKILI MEMBER2 STA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI ULANG TAHUN BUAT ROY AKA MARAK SEMOGA DIPANJANGKAN UMOR DAN DIMURAHKAN REZEKI DISAMPING KELUARGA YANG TERSAYANG AMIN.....

Friday, May 21, 2010

1ST LESEN EMI DENGAN SELUNSONG SAIZ MONSTER @ JPMC

Jumaat 21.05.2010 Emi turun di JPMC seorang saja seawal pagi dan setibanya disana, rupa2nya Piyambut dan kawan2nya sudah pun bermalam disana namun belum jua ada hasil. Kira2 10 minit Emi melabuh pancing, lalu pancingnya kena strike uleh selungsong tapi sayangnya terlepas dan matakailnya langkang lagi. Nda lama kemudian, Madi pun sampai tapi hanya untuk mengasting sekejap sebab ada urusan lain. Dalam jam 10 pagi, baru tah kawan piyambut kena strike dan berhasil menaikan seekor Bekalang dan 2jam lepas atu kira2 jam 12tghari, Emi yang sudah kan bekemas balik nda semena2 pancingnya kena strike uleh selunsong dan akhirnya berjaya menaikan selunsong tersebut yang mana beratnya mencecah 11kg lebih dengan memakan masa 20 minit pertarungan.Kali ani tia Emi punya pukulan lureh lesen selunsong tia nah, monster lagi tuh...tahniah Emi n kawan Piyambut.
Anitah kawan Piyambut yang sudahpun bermalam disana baru tah belurih bekalang pada waktu paginya...syukur Alhamdulillah..

Thursday, May 20, 2010

PELAYAK & UNGAH MELEPAS, PARI & KERAPU KECUNDANG @ JPMC

Khamis 20.05.2010 Emi dan Madi turun memancing ke JPMC lagi, Emi dapat menaikkan seekor ungah yang sudah naik kedarat tetapi disebabkan kecuaian ungah jatuh kedalam lubang batu. Strike Emi seterusnya yang mana sedang bermain dengan pelayak pada mulanya disangkakan pari dan di lock habis drag spoolnya sehingga membuatkan matakailnya tebangkang. Nda lama kemudian Madi berjaya menaikan seekor pari. Dalam jam 12 tghari, Madi mengasting dan berhasil lagi menaikkan seekor kerapu. Tahniah Madi..beedar lagi ni Madi pulang belurih kali ani sabar Emi andangnya tu...pintal saja tia kail atu....haha..Pari yang dinaikkan uleh Madi...
Anitah matakail Emi yang langkang disebabkan dipintal habis disangkakan pari rupanya Pelayak monster..

Wednesday, May 19, 2010

SAMPAN TIAW VS SOTONG @ JPMC

Rabu 19.05.10 Emi dan Madi turun memancing lagi ke jpmc pagi. Dalam masa 30 minit melabuh umpan, pancing Madi kena strike uleh selunsong monster tapi sayangnya putus sesudah hampir kebatu, alum rezeki tah tu...Sebelum pukul 12 Emi sempat lagi mengasting sekalinya belureh sotong tah pulang, aha lesen sotong Mi....nda disangka besotong tah jua disana atu. Sekitar jam 1 petang, sedang Madi mengasting jauh dari Emi, tau2 pancing Emi kena strike yang mana pada masa yang sama Emi sedang memindahkan keretanya namun sempat jua Emi mengambil pancingnya dan berhasil jua ia akhirnya menaikan bekalang seberat 4kg. Tahniah Emi..nah giliranmu tah berezeki kali ani..
Lure Eupro hijau jadi kegemaran sotong ani ingatkan selunsong menyambar hehe..."SELUTONG"

Tuesday, May 18, 2010

MENJERITNYA SELUNSONG @ JPMC

Selasa 18.5.2010 jam 6 pagi Emi, Madi dan Piyambut sudah pun berada di JPMC tujuan kan memancing manakala aku menyusuli durang dalam jam 7 pagi selepas aku kerja malam. Sebelum ani kami sudah pun turun memancing disana pada petang hari minggu cuma sekali strike saja pancingku yang menampakkan libasan ekor ikan yang nda diketahui jenisnya akhirnya terlepas, alum rezeki tah tu...namun kali ani ikan bebatik yang kami hajati tetapi selunsong berat 1.4kg yang mengena akhirnya kecundang ulehku , renew tah udah lesen selunsongku tahun ani walaupun selunsong damit...Alhamdulillah jua.. sodaaap kali tu ah...hehe...Jam 12.15 tghari terpaksa tah ku balik kan mengambil anak sekolah balik dan dalam masa ku kan balik, Madi belurih ikan jarang gigi.Semasa aku sudah balik, rupanya Madi belurih sekong ketambak lagi atupun semasanya nyaman tidor jadinya terpaksa tah Emi melayan kail Madi manakala pancing Piyambut tekana strike uleh penyu tapi berjaya melepaskan dirinya.Dalam Jam 2.30 petang aku pun balik semula ke JPMC kan menyambong semula memancing sama durang tapi sayangnya umpan sudahpun habis terpaksa tah kami mengasting saja sementara menunggu pancing yang masih beumpan lagi kena strike. Nda sia2 percubaan Madi berhasil dengan sekong selunsong berat ngam2 1kg menggunakan lure rapala redhead merupakan selunsong yang ke4 buatnya. Tambah tah sakit kepala Emi meliat Madi belureh kali ani hehe...Tahniah....tahniah...

Sunday, May 16, 2010

DALAK EBEL YANG KE46 @ LUBOK PADANG PASIR

Petang hari minggu 16/05/2010 Asat Albab bersama Ebel turun mendalak diLUBOK PADANG PASIR. Apabila sampai disana, durang pun macam biasa lah mencari tempat. Lebih kurang dalam setengah jam cast, baru tah lure Ebel disambar dalak tapi sayangnya ugat (lepas) dan nda lama selepas atu lure Asat Albab lagi kena sambar dalak pun ugat (lepas) jua. Selepas atu sekali lagi lure Ebel kena sambar uleh dalak baru tah berhasil dinaikkanya. Uleh kerana hujan labat, durang pun balik, TAHNIAH Ebel...

Friday, May 14, 2010

POPPER STRIKE PRO VS DALAK ASAT ALBAB KE92 @ LUBOK KUCING

Jumaat 14/05/2010 jam 4.30 petang, Asat Albab turun mendalak lagi kali ani bersama Ebel diLUBOK KUCING. Lebih kurang sejam sudah durang cast alum jua ada strike dalak mau pun miscallnya. Kira2 jam 5.45 baru tah ada dalak yang sudi menyambar lure popper strike pro Asat Albab merupakan dalak yang ke92. Lagi2 baby dalak,tapi nda apa Asat Albab betambah jua lagi koleksi tu. Uleh kerana Ebel jauh dari Asat Albab dan takut gelap tepaksa tah dalak saja yang digambar ulehnya dan selepas begambar tarus tah dilepaskan bebalik ketempat asalnya, Ebel cuma ugat (lepas) dan miscall saja,nda apa Ebel walau pun hari ani nda belureh maseh jua ada rasa2 tarikan betutu 5.5kg tu,hahaha..TAHNIAH Asat Albab..

Thursday, May 13, 2010

DALAK KE91 ASAT ALBAB @ LUBOK KUCING

Khamis 13/05/2010 jam 4.30 petang lagi2 di LUBOK KUCING durang Asat Albab dan Khairul turun mendalak dan sampai saja tempat paking kereta, Ibrahim sama Sofian sudah sedang menunggu. Macam biasalah membawa diri masing2 kan cast. Nda lama selepas atu lure Asat Albab pun kena strike dalak tetapi dalaknya ugat (lepas) dan lebih kurang dalam sejam sudah cast sekali lagi lure Asat Albab lagi kena strike dalak dan barulah berhasil dinaikkanya, cuma saiz baby saja tapi nda apa Asat Albab walaupun baby betambah jua koleksi tu jadi yang ke91 udah ni, hehe..Nda lama selepas atu hujan pun turun dengan lebatnya dan durang pun tarus tah balik behujan2 habis basah yatah sebabnya dalak saja digambar sama sarung tangan cap dan kaca mata saja yang jadi model. Durang Khairul,Ibrahim dan Sofian cuma ugat (lepas) dan miscall saja..TAHNIAH Asat Albab..

Wednesday, May 12, 2010

DALAK KE90 @ LUBOK KUCING

Rabu 12/05/2010 jam 4.00 petang; Asat Albab dan Khairul turun mendalak dan kebetulan durang Ibrahim, Sofian dan seorang member yang sudah awal berada diLUBOK KUCING tujuan mendalak jua yang mana Asat Albab saja berhasil menaikkan seekor dalak menjadikan yang ke90 koleksi dalaknya, 4x ugat (lepas). Yang nda belureh tadi atu sabar saja cuba lagi geng ah,TAHNIAH Asat Albab..gambar atu macam cerita Mr Bean saja bh hehe...jangan marah geng..

Tuesday, May 11, 2010

PELAYAK, UNGAH DAN GUMBIR @ DANAU

Selasa 11-05-2010 Emi, Madi, Majidi, Kupek, Ejal dan Dadi turun di Danau jam 530pagi. Kira2 jam 6pagi, pancing Emi kena strike uleh pelayak dan berjaya dinaikkan seberat 4kg. Setengah jam kemudian, Emi yang mengasting kena strike lagi uleh ungah 1kg mengunakan popper chug bug. Dalam jam 9pagi, Kupek lagi berhasil menaikkan seekor ungah. Dalam jam 11pagi, Dadi lagi berjaya menaikan ikan gumbir manakala Madi ugat beberapa kali saja. Tahniah yang belurih tadi di Danau, teruskan berjuang sehingga kepenghabisan umpan hehe..Selepas lure pelayak baru lureh ungah lagi...baru ya makin menyengat Emi ni..
Kupek pun nda ketinggalan belureh jua ia sekong ungah jr saja, syukur tah..

MENDALAKDUS @ LUBOK BARU TAU

Selasa 11-05-2010 jam 4.30 petang, Asat Albab bersama Khairul dan Ebel turun mendalakdus di lubok yang baru durang tau hasil maklumat dari kawan Khairul dan tarus tah durang mencuba, jadinya lubok atu durang nama kan LUBOK BARU TAU. Sampai saja di sana macam biasalah tu masing2 tah membawa diri. Baru jua 5minit cast kedengaran tia suara Khairul yes!!!!, rupa2nya sedang menaikkan badus aka bujuk. Nda lama selepas atu Asat Albab lagi berjaya menaikkan badus jua dan seterusnya Asat Albab belureh 3ekong badus lagi. Khairul aka langkang belureh 2ekong badus jua, Ebel cuma ugat (lepas) saja, nda apa sabar saja Ebel pasal tadi pagi belureh betutu besar sudah kira bonus tu...hehe..TAHNIAH Asat Albab dan Khairul aka langkang...

MENDALAKTUTU MONSTER @ LUBOK YABAS

Selasa 11/05/2010 jam 10.30 pagi, Ebel turun mendalak seorang diri dilubok kegemaranya iatu LUBOK YABAS mengambil kesempatan dalam masa setengah jam. Jam 10.35 lure Ebel kena strike yang mula2 disangkakannya seekor dalak monster, tau2 ikan betutu aka ketutu monster kalau orang Tutong memanggil ikan 'baka' beratnya 5.5kg. Nda sia2 test lure spinner tok janggut yang dibuatnya sendiri, TAHNIAH Ebel..mahal ketutu tuh...Anitah spinner tok janggut yang dibuat uleh Ebel sendiri, berbaloi-baloi...jua...MACAM KU KENAL RAMBU2 KUNING HITAM ATU hehe...

ASAT ALBAB DALAK KE89 & KHAIRUL DALAK KE49 @ LUBOK TEKAJUT

Isnin 10-05-2010 jam 4.30 petang, Asat Albab bersama Khairul turun lagi mendalak di LUBOK TEKAJUT dan setibanya disana, seperti biasa lah tu membawa diri masing2 Dalam setengah jam durang cast 1st strike Khairul dengan seekor dalak merupakan yang ke49 baginya. Nda lama selepas atu lure Asat Albab lagi kena strike dalak merupakan yang ke89 buatnya. Selepas atu sekali lagi lure Khairul kena strike uleh dalak tapi dalaknya ugat (lepas). TAHNIAH Asat Albab dan Khairul aka langkang..

MENDALAK & RECUE BABAG AKA KURA2 @ LUBOK LUSIR-LUSIR

Isnin 10-05-2010, Emi dan Madi buang boring mengasting di lubok lusir2. Selalunya lubok ani mempunyai badus yang bersaiz m ke xL tapi hari ani size yang ada hanya lah damit2 saja dan banyak kali ugat dan Emi hanya berhasil menaikkan seekor dalak jr yang ke 24 baginya. Tahniah Emi.....Dalam perjalanan balik, Emi sempat berhenti dipertengahan jalan untok rescue seekor kura2(Babag).