Friday, May 7, 2010

DALAK JAKI YANG KE11 @ LUBOK PEMAJAL

Khamis 6.05.2010 jam 5.15 petang, Emi telah pun mengajak Jaki untok mencuba cast di lubok pemajal. Dengan adanya peluang, Jaki ndas menolak ajakan Emi dan apabila memulakan cast Jaki mendapat strike tapi gagal sebanyak 2X ugat(lepas). Sama jua dengan Emi 2x ugat. Lepas atu durang berpindah lagi ke spot yang sama, dalam beberapa minit Jaki mendapat strike pertama iaitu seekor dalak..1.3kg dalam jam 6.15 ptg dan dalak tersebut dilepaskan semula. Memandangkan hari pun sudah gelap dan hujan sudah pun turun, durang pun berkemas dan terus balik, tahniah Jaki.Prihatin jua banar Jaki ani melihat keadaan dalak tersebut macam bertelur, dalak tersebut dilepaskan semula kehabitatnya agar dapat menjaga populasinya daripada kepupusan.

No comments:

Post a Comment