Tuesday, May 18, 2010

MENJERITNYA SELUNSONG @ JPMC

Selasa 18.5.2010 jam 6 pagi Emi, Madi dan Piyambut sudah pun berada di JPMC tujuan kan memancing manakala aku menyusuli durang dalam jam 7 pagi selepas aku kerja malam. Sebelum ani kami sudah pun turun memancing disana pada petang hari minggu cuma sekali strike saja pancingku yang menampakkan libasan ekor ikan yang nda diketahui jenisnya akhirnya terlepas, alum rezeki tah tu...namun kali ani ikan bebatik yang kami hajati tetapi selunsong berat 1.4kg yang mengena akhirnya kecundang ulehku , renew tah udah lesen selunsongku tahun ani walaupun selunsong damit...Alhamdulillah jua.. sodaaap kali tu ah...hehe...Jam 12.15 tghari terpaksa tah ku balik kan mengambil anak sekolah balik dan dalam masa ku kan balik, Madi belurih ikan jarang gigi.Semasa aku sudah balik, rupanya Madi belurih sekong ketambak lagi atupun semasanya nyaman tidor jadinya terpaksa tah Emi melayan kail Madi manakala pancing Piyambut tekana strike uleh penyu tapi berjaya melepaskan dirinya.Dalam Jam 2.30 petang aku pun balik semula ke JPMC kan menyambong semula memancing sama durang tapi sayangnya umpan sudahpun habis terpaksa tah kami mengasting saja sementara menunggu pancing yang masih beumpan lagi kena strike. Nda sia2 percubaan Madi berhasil dengan sekong selunsong berat ngam2 1kg menggunakan lure rapala redhead merupakan selunsong yang ke4 buatnya. Tambah tah sakit kepala Emi meliat Madi belureh kali ani hehe...Tahniah....tahniah...

No comments:

Post a Comment