Monday, May 31, 2010

UNGAH ULANG TAHUN ABDB @ DANAU

Isnin 31.05.2010, yang turun beraksi di Danau Asat, Khairul, Jaki, Kupek, Majidi dan iparnya dengan berbekalkan cuma casting sahaja seawal jam 6.30 pagi. Dalam misi tersebut waktu 15min pun berlalu, tiba2 Khairul telah mendapat strike pertamanya dengan seekor ungah aka siakap merah dengan menggunakan lure halco. Selepas atu nda lagi ada sebarang strike dan durang pun berehat sambil2 menunggu Madi dan Emi yang kan sampai di Danau jua untok mencoba nasib..namun atu saja rezeki untok hari ani, Tahniah Khairul, dengan 1st lesen ikan aing masin merupakan ungah sempena ulang tahun ABDB yang ke- 49 tahun..

No comments:

Post a Comment