Saturday, May 29, 2010

UNGAH VS BEKALANG @ DANAU

Jumaat 28.5.2010 pagi Madi, Emi dan Jaki turun memancing dan casting di Danau lagi. Masa atu aing sudahpun pasang, setelah masing2 sudah melabuhkan umpan apalagi acara casting pun dimulakan yang mana Jaki telah pun diduga uleh seekor selunsong monster yang menyambar lure redheadnya tapi sayangnya melepas kali ani. Lepas atu Madi lagi dengan menggunakan lure rapala tiger telahpun disambar uleh ikan monster jua namun kecundang akhirnya yang menyebabkan putus braided line 30lb. Habis tia lure kesayangan tu Madi tapi nda apa tu, sama jua pancing yang beumpan lureh seekong Ungah, berbaloi jua tu. Jam 9 pagi baru tah aku sampai kan join durang disana namun pagi atu nda ada lurehku dan jam 11 kami pun balik sebabnya kan menyambung kepetangnya lagi. Jam 3 petang aku, Madi dan Emi ke Danau lagi dan setelah sampai disana , rupanya Edin dan Raimi(anak buahku) sudah pun terlebih dahulu sampai disana dengan tujuan yang sama. Petang atu giliran ku lagi kena strike dengan menggunakan lure XRap Rapala yang baru ku gunakan tapi alum ada rezeki katakan terputus braided line 20lbs ku kali ani lagi hehe...alum balik modal. Raimi(anak buahku) yang memancing, mengambil kesempatan jua untok cast disebelah pantai akhirnya berbaloi jua mencuba dengan lure redheadnya dengan seekor Bekalang dan dalam masa yang sama, rupanya Emi sedang bertarung dengan seekor selunsong namun kecundang kali ani yang cuma berseorangan cast disebelah batu, sabar Emi andangnya tu tym sorang2 casting hehehe....Tahniah Madi dan Raimi.Raimi dengan bekalang 3kg kaedah casting menggunakan rapala redhead.
Membuang boring tah udah ni Emi(baju merah)yang kecundang uleh selunsong dan Madi pun join mengasting di sebelah Pantai.

No comments:

Post a Comment