Friday, March 5, 2010

AMUKAN SELUNSONG MENJADI-JADI @ DANAU MENJERIT

Khamis 4.3.2010 malam aku, Majidi, Ejal(biras Majidi), Madi, Roy, Jaki, Bugul turun memancing di Danau kan mengintai amukan selunsong lagi yang mana seawal umpananku dengan udang rostris tak menjadi alum rezeki katakan. Lapas atu nda lagi ada strike sehinggalah Roy, Madi dan Bugul balik jam 1 pagi dan yang tinggal bertahan aku, Majidi dan Ejal saja yang tinggal. Membari kalat mata jua banar menunggu masa atu last2 aku pun tido dalam jam 1.3opagi.

Jam 3.15 pagi aku dikejutkan uleh durang Majidi yang mana pancing Majidi kena srtrike selunsong masa atu siuk2 udah tidor dalam sleeping bag hehe....dan Majidi berjaya menaikkan seekor selunsong berat 2.2kg merupakan selunsong ke3 buatnya kali ani. Selang 1 jam berlalu dalam jam 4 pagi pancing Majidi lagi strike amukan selunsong yang semakin menjadi-jadi namun Majidi tewas kali ani disebabkan mainline 40lbs terputus. Serupa jua selepas 1 jam dari strike ke2 dalam jam 5 pagi pancing Majidi lagi strike sama jua tertewas lagi masih jua terputus mainlinenya kalau nda 3 ekor selunsong sudah dinaikkan uleh Majidi, heng jua banar kail atu hehe... Selepas strike ke3 terputus aku pun tidor semula disebabkan masih lagi paning2 lalat sehinggalah jam 6 pagi kali ani pancing biras Majidi Ejal kena strike uleh selunsong sampaikan aku tebangun mendangar durang terais-terais akhirnya berjaya jua seekor selunsong berat 4kg ngam2 dinaikkan ulehnya merupakan 1st lesen selunsong bagi Ejal sanang udah hati tuh nda lagi bini marah balik rumah karang...haha.. Tahniah Majidi lu orang ada heng ini hari, selunsong yang ke3 udah untok tahun ani. dan tahniah jua buat Ejal merupakan 1st lesen selunsong mu kali ani.
Sebelum balik tadi pagi Majidi berhasil lagi dengan seekor sembilang berat 1kg dan dibaginya arah orang yang mengikis ampir kami masa atu.

No comments:

Post a Comment