Monday, November 2, 2009

DANAU TAK SERUPA DAHULU

Sebut saja Danau memang ramai yang tahu akan tempat ani yang sudah terkenal dengan spot pancingnya dengan pelbagai jenis ikan boleh diperolehi melalui khazanah semula jadi yang menghidupi sungai Danau ani yang terletak kira2 10km dari PekanTutong. Memang kami akui tempat ani banyak mengukir sejarah bagi kami mahupun rakan2 lain yang pernah memancing ditempat ini namun tidak pada masa ini disebabkan perubahan masa serta kejadian alam semula jadi telah merubah segalanya. Kalau dulunya kawasan ani sentiasa didalami ataupun diusahakan oleh kontraktor2 bagi mendalami lagi kuala sungai Danau/Kuala Tutong ini tetapi sekarang tidak lagi sehinggalah menyebabkan kawasan ini sudah dinaiki pasir ataupun ketuhuran sudah.Beginilah keadaann disebelah ujung Danau menuju kuala laut yang mana dulunya ditepi piling bagi penahan tembok batu ini memang dalam.


Dan ini sebelah batu Danau menuju kesungai yang sudah tidak dalam lagi setelah dinaiki pasir dari pantai hinggalah hampir hujung batu menuju kedalam sungai Danau.

Harap2 nanti ada pihak2 tertentu akan dapat mengusahakan dan memperbaiki kawasan ini demi untok kita nikmati bersama mudah2an Danau akan kembali pulih seperti dulunya.

No comments:

Post a Comment