Tuesday, May 10, 2011

TRIP MEMBARAB BERKELUARGA SETERUSNYA @ ULU TUTONG

Jumaat 06/05/2011 jam 3 petang... sekali lagi trip kali ke2 berkeluarga ke ulu Tutong menggunakan 2 buah perahu temuai milik Sianggas bersama isteri dan yang sebuah lagi milik Jamil disertai uleh Hj Omar bersama Isteri yang turun dari sungai Benutan untok menuju ke ulu cuma sebuah kenderaan pacuan 4 roda milik Sudin saja menggunakan jalan laluan darat yang disertai uleh Dukun12, Mahali, Asat Albab dan Syukur (anak Sudin). Kali spot yang dituju ialah SUNGAI TUTONG BECABANG DUA dan seterusnya satu tempat lagi dinamakan WASAI MAPAN yang yang sudah lama tidak didatangi uleh orang. Disebabkan hari semakin gelap... durang pun bercadang untok membuat kem ala kadar untok berteduh dan bermalam sementara menunggu keesokkan harinya untok menuju kedestinasi yang sebenarnya. Sesudah keesokkan harinya jam 7 pagi... setelah sampai ketempat yang dituju, hati masing2 pun berdebar2 nda sabar lagi kan casting dan kan merasa strike barab monster memandangkan air pun cun melecun walaupun bekas hujan malamnya namun sesudah melihat keadaan disana sudahpun direntangi pukat yang belum lama dipasangkan..apa buleh buat sudah sampai misi menjejaki barab diteruskan jua. Dalam beberapa jam casting... Asat Albab berjaya menaikkan 4 ekor barab.
Dukun12 pun berjaya menaikkan 5 ekor barab,manakala Sudin bejaya menaikkan 2 ekor barab. Apa kurangnya Syukur (anak Sudin) pun berjaya jua menaikkan 2 ekor barab. Manakala bagi yang membotom...Hj Omar bersama Isteri, Sianggas pun bersama Isterinya, Jamil dan Mahali berhasil jua menaikkan beberapa ekor baung dan lain2 ikan yang dianggarkan dalam 3 ke 4 kilo sesorang.
Sempat lagi mandi air terjun di wasai untok melegakan kepenatan masing2 sebelah kanan Syukur dan sebelah kiri Syukur(anaknya)... TAHNIAH kepada semua yang belureh lauk2kan,ada jua kan dirabus.... kuning jua jaie uleh kunyit atu hahaha...

No comments:

Post a Comment