Monday, May 9, 2011

PESTA TAWIH, BEBATIK & SAPIE @ BATU JERUDONG

Ahad 8.5.2011 jam 1 pagi....sebelum subuh sudah berada di batu Jerudong yang mana aku, Madi, Ejam, Gulin dan anak buahnya Chan terpaksa awal disebabkan takut nda ampit tempat hehe....Jam 6 pagi...keadaan sudah terang kelihatan pemancing2 lain sudah pun ramai berada di sana dan masing2 sibuk mengumpani kail walaupun hujan turun dengan lebatnya buat seketika saja.
Pembuka tirai pancing Madi kena strike sebanyak 4x...2x putus dan 2x terlepas. Selepas atu baru lah giliran kailku kena strike yang mana berhasil menaikkan seekor bebatik merupakan 1st lesenku, 2 ekor tawih renew dah lesen tawih dan 2 ekor sapiee pun dah renew jua...
Manakala Madi pula berjaya menaikkan seekor bebatik(1st lesen jua) dan seekor sapie(renew lesen sapie). Ejam yang cuma membottom sehingga jam 7 pagi saja pun berhasil menaikkan seekor bebatik merupakan 1st lesennya jua.
Gulin yang baru join kami membottom berhasil jua dengan 1st lesen sapiee kali ani..Dalam jam 10 pagi baru tah Rawe sama Labu sampai kan join membottom jua cuma berhasil ikan batu saja...pun sama Jaki dan family turut membottom pada jam 11 pagi nda berhasil apa2...Tahniah kepada yang berhasil dengan 1st lesen dan renew lesen atu...bagi yang kurang bernasib baik cuba lagi....

No comments:

Post a Comment