Friday, May 6, 2011

SELUNSONG, IBU GELAMA, UNGAH & SEMBILANG LAGI @ DANAU

Khamis 5.5.2011 jam 6 pagi...Rimi membottom seawal pagi seorang diri di Danau lagi dan setelah jam 8 pagi baru tah Madi join membottom sama casting jua. Sekali strike pancing milik Rimi yang belum diketahui ikannya telah berjaya melepaskan diri setelah matakail langkang dan pada jam 10 pagi...strike ke2 kini pancing Rimi sekali lagi kena tarek dan akhirnya selunsong berat 3.5kg telah berjaya didaratkan dan merupakan selunsong ke2 buat Rimi kali ani...Jam 12 tengah hari...sama jua pancing Rimi jua kena strike masih tapi kali ani dengan seekor ibu gelama berat 2.5kg yang berjaya didaratkannya jua...
Manakala Madi mengambil kesempatan mengasting sambil menunggu pancing bottom kena strike dan berhasil dengan seekor ungah menggunakan lure custom made ulehnya.
Asmadi yang teracun uleh Rimi pun join jua di Danau pada jam 2 petang dan berhasil dengan seekor sembilang dan seekor gumbir saja...tahniah Rimi, Madi dan Asmadi...semakin maju dah di Danau ani...harap-harap lah beterusan.... Amin.....!

1 comment: