Monday, September 19, 2011

RUMAH TERBUKA LAGI @ TANJONG NANGKA

Sabtu 17.9.2011 jam 8 malam...kali ani rumah terbuka diadakan di rumahku dan diselajurkan dengan majlis doa selamat.Sempat lagi bergambar ramai berdiri di belakang dari kanan Babah, Bugul, Bebeh, Asat Albab, Minan, Achin, Hj Rahim, Kojek, Ahmad Popper dan Khairul aka Langkang manakala duduk di depan dari kanan Aku, Madi aka Kembayau, Kupek, Edin, Jimi, Jaki, Ejam, Hj Pangan aka Piyambut dan Fadli.
Antara tetamu yang hadir terdiri daripada keluarga, saudara mara serta isteri-isteri kepada member2 STA dan juga kawan-kawan yang lainnya yang sedang menikmati jamuan di ruang bilik tamu.
Antara tetamu yang berada di luar kebanyakkannya terdiri dari member-member STA dan juga kawan-kawan sepengailan dan juga saudara mara.
Tidak melepaskan peluang kan merasa menu special iaitu SELUNSONG MASAK ASAM PEDAS hasil dari lurehku mengail tempoh hari, ada jua rezeki bonus untok open house hehe...dalam kesempatan ini ingin saya ucapkan berbanyak-banyak terimakasih kepada yang sudi hadir kemajlis saya terutama buat member-member STA, saudara mara dan rakan-rakan semua...dipohonkan kemaafan jika ada kekurangan makanan dan juga layanan semasa berjalannya majlis tersebut dan bagi yang nda dapat hadir minta maaf jua nda ku dapat menapaukan selunsong asam pedas disebabkan habis jua malam atu hehe...

No comments:

Post a Comment