Saturday, December 25, 2010

TARPON CHALLENGE 2010 @ SG BERAMUNDI

Sabtu 25.12.2010 jam 8.30 pagi, Tarpon Challenge telahpun berjalan dengan lancar yang dianjurkan bersama Selunsong Team, KB Pan Angler, KB Ian Angler, K2G dan MG1 Crew serta member-member pancing lain termasoklah pemancing jemputan dari Miri, Singapore dan Indonesia yang sampai dari Miri, Sarawak. Antara yang ikut serta perlawanan tarpon challenge yang berlangsung di Sg Bera tersebut Azlan(aku), Walid, Madi, Joko Haryadi aka Kent Srg(Indonesia), Mukhtar Mustafa(Singapore), Razi Amin, Moktar Seli(Miri), Siid, Ali(Halifah Dmon), Roy aka Marak, Nazren(Yen), Arun, Firdaus, Nate, Dayat, Cikgu Hj Fadil, Rawi, Asat Albab, Babah, Boy Sangkut dan Jaki. 3 ketegori yang dipertandingkan iaitu 1. tangkapan terpantas 2. tangkapan terbanyak dan 3. tangkapan yang paling berat. Sebelum acara bermula terlebih dahulu taklimat ringkas disampaikan oleh saya sendiri dan setelah itu tepat pada jam 8.30 pagi pertandingan pun dimulakan. Memang berdebar-debar para setiap peserta yang menunggu siapakah yang pembuka tirai bagi menaikkan ikan terpantas sehinggalah 41 minit berlalu iaitu pada jam 9.11 pagi, saya telahpun berjaya menaikkan seekor bulan-bulan berat 200grm sekaligus merupakan tangkapan terpantas bagi pertandingan ini jadinya tinggal kategori paling terbanyak dan juga paling besar lagi dinanti. Setelah itu pada jam 10.12 pagi barulah Nazren(Yen) menaikkan seekor bulan-bulan berat 120 grm dan 3 minit selepas itu pada jam 10.15 pagi, seekor bulan-bulan berat 180 grm berjaya dinaikkan lagi oleh Roy sehinggalah masa pertandingan ditamatkan pada jam 10.55 pagi. Disebabkan kategori tangkapan terbanyak tidak ada peserta yang dapat maka kami dengan kata sepakat mengubah kategori tersebut kepada tangkapan kedua dan ketiga terpantas. Jadinya peserta yang memenangi tangkapan ke2 terpantas dimenangi oleh Nazren(Yen) manakala tangkapan ke3 terpantas dimenangi oleh Roy.
Sebelum pertandingan dimulakan sempat lagi bergambar kenangan bersama peserta dari Miri, Sarawak.
Dari kiri Mukhtar(Miri), Joko Haryadi aka Kent Srg(Miri), Babah dan Azlan(aku).


Kategori ikan terpantas dimenangi oleh Azlan dan hadiah sumbangan daripada anjuran bersama serta ditaja oleh Lun Fishing disampaikan oleh Roy wakil pemancing dari Tutong.






Tangkapan ke2 terpantas dimenangi oleh Nazren(Yen) hadiah daripada anjuran bersama disampaikan oleh Ali aka Halifah Dmon wakil pemancing dari Brunei Muara.





Tangkapan ke3 terpantas dimenangi oleh Roy dan hadiah disumbangkan oleh Anjuran bersama disampaikan oleh Arun wakil pemancing dari Kuala Belait.



Macam ani tah gelagat peserta sempat lagi bergurau sesama sendiri.



Bergambar ramai setelah acara telahpun selesai dijalankan dan dikesempatan ini saya wakil daripada member2 semua ingin memohon berbanyak-banyak kemaafan jika ada kekurangan dan tak lupa diucapkan berbanyak-banyak terimakasih kepada semua yang turut terlibat bagi mengadakan pertandingan ini dan sokongan anda adalah sangat-sangat kami hargai harap-harap pertandingan sebegini akan berterusan dimasa-masa akan datang dengan tujuan bukanlah semata-mata untok menang tetapi dengan tujuan menyatukan dan mengeratkan lagi silaturrahim antara semua pemancing di dalam negeri mahupun dari luar negeri, Syabas kepada yang turut menjayakan pertandingan ini dan tak lupa juga diucapkan berbanyak terimakasih kepada Lun Fishing yang sudi sponsor hadiah bagi pertandingan ini.

No comments:

Post a Comment