Saturday, October 9, 2010

KUNJUNGAN DARI JOHOR MALAYSIA MENOMANLAK @ EPM

Jumaat 08/10/2010 jam 06.30 pagi, pemburu bersiri beraksi lagi meneruskan misi menjejaki tomanlak di EPM tetapi kali ani menggunakan dua buah perahu yang disewa uleh Ken (boss Deep Blue Fishing) terdiri dari perahu pemburu bersiri milik Khairul aka langkang, Pilot Capt Asat Albab dan yang sebuah lagi perahu Awg Sahar. Awg Sahar membawa Ken(boss kedai DeepBlue Fishing) dan seorang rakan perniagaannya dari Johor Malaysia iaitu Ahong manakala Capt Asat Albab membawa Kuang(salesman DeepBlue Fishing) dan John salah seorang lagi rakan perniagaan Ken dari Johor Malaysia. Setelah sampai perahu yang dipandu oleh Capt Asat Albab pun menuju ke sebelah kiri mana kala perahu Awg Sahar menuju kekanan. Setelah beberapa jam beroperasi menjejaki tomanlak, group Asat Albab menerima lst strike iaitu Kuang bejaya menaikkan seekor dalak. Selepas atu baru tah giliran Capt Asat Albab bejaya menaikkan seekor dalak jua manakala John cuma ugat (lepas) dan miscall saja.
Group Awg Sahar juga menerima lst strike yang mana Awg sahar berjaya menaikkan seekor dalak dan 2nd strike Ken berjaya menaikkan seekor toman yang di idam2kannya. 3rd strike Awg Sahar lagi bejaya menaikkan seekor toman jua mana kala Ahong cuma ugat (lepas) dan miscall saja. Tahniah Ken, Asat Albab dan Awg Sahar, kepada John dan Ahong jangan putus asa, boleh cuba lagi di masa2 akan datang dan terimakasih atas kesudian dan kunjungan anda ke Brunei dan sempat lagi beraksi menomanlak harap2 dapat beraksi dilain hari lagi...Dari kiri John(Johor), Ahong(Johor), Kuang(Deepblue), Ken(Big Boss Deepblue) dan Capt Asat Albab berdiri di belakang.Anilah hasilnya 2 ekor toman dan 3 ekor dalak buat trip kali ani....

No comments:

Post a Comment