Monday, July 5, 2010

SELUNSONG MADI YANG KE6 @ DANAU

Isnin 5.7.2010 jam 7.30 pagi Edin dan Madi turun memancing di Danau yang mana Majidi telah pun berada lebih awal disana tujuan yang sama. Sebelum Edin dan Madi sampai di Danau, Majidi mengambil kesempatan untok mencuba cast dan ternyata Rapala Tiger kepunyaannya telah pun disambar selunsong tapi sayangnya terlepas dan setelah atu baru tah Madi dan Edin sampai serta di ikuti uleh Kupek kemudian yang keracunan udah uleh durang. Setelah pancing dipasang, masing² tah jua mengambil kesempatan untok mencuba cast jua setelah mengetahui dari Majidi yang mana lurenya telahpun disambar namun belum jua berhasi sehinggalah kira² jam 10.30 pagi, baru tah pancing Madi yang berumpankan udang rostris disambar uleh seekor selunsong berat 2.5kg dan berjaya didaratkan merupakan selunsong Madi yang ke6 kali ani untok tahun ani. Tahniah Madi, walaupun hujan plus beguruh berabis dimalam tapi mun sudah rezeki nda kan kemana tu.....

No comments:

Post a Comment